January 30, 2009

Masyarakat Yahudi di Iran

Tidak banyak yang mengetahui bahawa penduduk Yahudi kedua terbesar setelah Israel tidak tinggal di Amerika atau Eropah akan tetapi tinggal di Iran. Bukankah Iran berseteru dengan Israel dan Ahmadinejad pernah mempersoalkan kebenaran jumlah korban Holocaust?

Pada masa ini lebih kurang 25,000 orang penduduk Yahudi di Iran dan mereka mempunyai perwakilan di parlemen Iran. Walaupun pemerintah Iran bermusuhan dengan Israel tapi mereka tetap tinggal di Iran dan tidak bersedia untuk dirayu pindah ke Israel.

Bahkan ketika pemimpin Israel mencadangkan untuk membayar keluarga Yahudi Iran yang mahu pindah ke Israel sebanyak $60,000, masyarakat Yahudi Iran mengecamnya dengan menyatakan, ”Identiti Yahudi Iran tidak dapat dibeli dengan wang. Masyarakat Yahudi Iran adalah termasuk penduduk Iran tertua. Yahudi Iran mencintai identiti dan budaya Iran mereka.”

Meski pun Iran dianggap sebagai negara yang ’tidak toleran’ di mata Barat, utamanya dalam perseteruannya dengan Israel, pemerintahnya memberikan tempat dan perlindungan bagi warga Yahudi Iran. Bapak Revolusi Iran, Imam Khomeini, melindungi agama dan penduduk Yahudi dan seperti Kristen Armenia, mereka dianggap sebagai ’Ahli Kitab’ dan mendapatkan kebebasan menjalankan agama mereka berdasarkan Konstitusi Islam Iran Tahun 1979. Imam Khomeini membedakan antara masyarakat Yahudi dengan Zionisme dan menganggap penduduk Yahudi tersebut sebagai warganegara Iran belaka dan melindungi hak-hak mereka.

Berdasarkan Konstitusi tersebut masyarakat Yahudi Iran dapat memilih perwakilannya di parlemen Iran dan menikmati hak-hak pentadbiran tertentu. Penguburan dan hukum perceraian Yahudi diterima oleh pengadilan Islam Iran. Bahkan penduduk Yahudi Iran wajib berkhimat di dalam angkatan tentera.

Memperkasakan Jentera Parti

Sempena thema Kongress National 10 hingga 13hbNovember 2008, Jawatankuasa Latihan Parti Keadilan Rakyat, Negeri Pulau Pinang mengambil langkah untuk menyahut cabaran yang telah disuarakan oleh perwakilan dengan menyusun beberapa Seminar dan Latihan yang akan diadakan suku pertama 2009.

Tuan Haji Idrus Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Latihan telah merancangkan Seminar Pengurusan Pusat Khidmat pada 31hb January 2009 di Yayasan Aman, Penanti dan diikuti pada 8hb Februari, Seminar khas kepada semua Setiausaha Bahagian, Wanita dan AMK. Seminar yang akan diadakan dengan kerjasama Fadzil Corporation dari Action Coach akan diadakan di Hotel Summit. Bukit Mertajam.

Peningkatan Celik Komputer kepada Ahli Bahagian akan didakan pada tiap-tiap minggu sepanjang bulan Mac 2009. Latihan Komputer akan diadakan di Yayasan Aman, Penanti di bawah kelolaan Saudara Mohd Rodzi Abd Hamid.

Pendedahan jangka panjang melengkapkan ahli-ahli dengan tugasan PACA akan diadakan di setiap JDM, bermula di Bahagian Permatang Pauh.

January 22, 2009

Projek Bekalan Air

Permatang Pauh - YB Mohammad Fairus, TKM1 Pulau Pinang merangkap ADUN Penanti merasmikan projek bekalan air kepada 18 keluarga di Kampong Telok Wang, Penanti yang tidak mendapat bekalan air bersih akibat status tanah yang dididuduki dan masalah kewangan. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Puan Masirah Che Ali, Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh Encik Che Mat Hashim, Ketua Wanita Puan Khatijah, Ketua Angkatan Muda Encik Amir Ghazali dan Jawatankuasa Bahagian.

18 keluarga Kampong Telok Wang menggunakan perigi selama hampir 50 tahun sebagai sumber bekalan air utama. Mereka hanya dapat melihat jiran-jiran sekeliling menikmatinya pembangunan kemerdekaan selama ini. Bantuan ini sebagai tanda keperihatinan kerajaan negeri kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Penerima bantuan terdiri dari berbagai kaum yang tinggal di Kampong Telok Wang, yang majoritinya masyarakat Siam.


Peruntukan ADUN Penanti sebanyak RM24000 termasuk segala urusan pemprosesan, bil diuruskan oleh Pejabat ADUN Penanti.

Dalam majlis yang sama YB Fairus menerima borang keahlian dari penduduk perkampungan Siam sebagai tanda sokongan mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Dipetik dari LAMAN REFORMASI