February 21, 2009

Siapa Yang Lebih Tidak Bermoral

Heboh dan hangat diperkatakan! Seorang wakil rakyat wanita Barisan Nasional (BN) telah ditangkap berkhalwat dan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim di sebuah hotel terkemuka di ibu negara beberapa hari lalu.

Bila UMNO berbicara soal moral sila ikuti link ini

February 09, 2009

Adakah BN Menang di Perak

Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU12, menang besar di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semua kemenangan ini dengan dokongan rakyat.

Apakah BN menang di Perak? BN dapat sebuah negeri tetapi akan kehilangan lebih besar sokongan dari rakyat kerana taktik kotor yang dipakai -ugutan dan habuan. Kemenangannya adalah satu Pyrrhic victory, atau lebih kosong dari itu.
sila baca seterusnya

Insya Allah, kemenangan itu hampir.

February 07, 2009

Reformasi kedua di Kuala Kangsar

FEB 7 — Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.

Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.
sila baca seterusnya

KEBANGKITAN RAKYAT PERAK

You see what I see.

YB Saudara Tian Chua menyampaikan ceramah,

Solat Hajat di kediaman Menteri Besar.
Rakyat dan anggota polis
Perhimpunan di Perak

February 05, 2009

PADAH LOMPAT-MELOMPAT

Saudara Mustaffa Kamal, Setiausaha Perhubungan Pulau Pinang


Sejak beberapa hari lalu, perkembangan di Perak menjadi tanda tanya kepada semua peminat politik tanah air, khusus penyokong Pakatan Rakyat. Pertanyaan bertali arus menghubungi Pejabat Keadilan Pulau Pinang.

Setiausaha Perhubungan Negeri, Saudara Mustaffa Kamal memberi komen yang jelas kepada penyokong parti.

“Perubahan atau melompat parti adalah perkara biasa yang berlaku di dalam senario politik tanah air. Di dalam UMNO, Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan ramai lagi keluar UMNO dan menubuh Semangat 46.”

“Akan tetapi apabila wakil rakyat UMNO menyertai keadilan, UMNO beria-ia mendesak supaya diperkenalkan undang-undang anti lompat. Di mana letaknya kesungguhan mereka apabila wakil rakyat keadilan mentertai UMNO?” ujar Saudara Mustaffa Kamal.

“Wakil rakyat atau ahli boleh meninggal parti akan tetapi parti akan tetap utuh dan mantap,” tambah beliau.

Bekas pemimpin agung Umno Tun Dr Mahathir Mohamad mencatatkan dalam blognya:

“Apakah Umno begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka kerajaan pimpinan Umno (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam (pilihan raya umum ke-13).

“Umno sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej Umno akan jadi lebih buruk.”

Senyuman para pemimpin Umno dan BN yang dilihat di kaca TV sewaktu mengumumkan sokongan wakil-wakil rakyat daripada Pakatan kepada BN di Putrajaya hari ini mempunyai makna yang tersendiri.

Dua kali BN ditolak rakyat dan tersungkur dalam pilihan raya kecil sejak Mac 8 tahun lalu; dengan mudah sahaja ia menumbangkan sebuah kerajaan negeri melalui lompatan dalam sekelip mata.

Sekarang semua wakil rakyat boleh melompat.

Yang mengetap bibir menahan pilu adalah rakyat Malaysia yang bergelar pengundi. Igauan Sabah di mana fenomena “YBs For Sale” berleluasa sepanjang tahun-tahun 1990-an kini sudah merebak di Semenanjung.

Dan sekarang rakyat Malaysia di Semenanjung tidak boleh lagi mendabik dada kononnya hanya di Sabah ahli-ahli politik mudah dijual beli.

Apa yang dianggap sebagai tamparan hebat kepada Umno tidak sampai dua minggu lalu kini menempeleng kepimpinan Pakatan Rakyat.

Nasarudin melompat semula kepada Umno manakala dua exco kerajaan negeri Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu, kedua-duanya dari PKR, dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong dari DAP mengisytiharkan diri wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Dengan itu, “kejayaan” melompat ini meletakkan BN sebagai parti dengan kelebihan majoriti tiga kerusi iaitu 31 berbanding 28 milik bersama PKR, DAP dan Pas. Sama ada BN menubuhkan kerajaan negeri Perak akan ditentukan dalam masa sehari dua ini.
Yang pasti, pemimpin dan ahli parti-parti Pakatan Rakyat marah dan melenting dengan tindakan tiga wakil rakyat mereka melompat parti.

Yang pasti, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semakin membenci Umno dan Barisan Nasional kerana didakwa menggunakan umpan wang dan pangkat serta ugutan untuk menarik wakil-wakil rakyat Pakatan.

Sepertimana wakil rakyat Bota, Dato' Nasaruddin menyatakan beliau bukannya lompat parti, akan tepi beliau berhijrah dari UMNO ke PKR, sekarang beliau berhijrah semula kepada UMNO.

Persolannya apakah matlamat hijrah beliau? Tepuk dada tanya selera.

February 03, 2009

Perak political theatre escalates

Photos: Mr Osman Jailu (left) and Mr Jamaluddin Mat Radzi (below) apparently decided to quit the Pakatan Rakyat.

IPOH,MALAYSIA: It could end up dealing a major blow to opposition leader Anwar Ibrahim and the Pakatan Rakyat (PR) coalition he heads.

After the March general election last year, Perak was tenuously controlled by the three-party PR.

Its wafer-thin majority of three in the State Assembly rose only recently to five, after a member of the Barisan Nasional coalition - in power nationally but in opposition in Perak - jumped ship.

However, now two state ministers - Mr Jamaluddin Mat Radzi, 52, and Mr Osman Jailu, 57 - have apparently decided to quit PR.

With rumours in the wind that others may join them, the state government might not survive.

Moves and countermoves to foil any defection are now the talking point among Malaysians.

Yesterday, the Speaker of the State Assembly informed the body that regulates polls - the Elections Commission - that the two men have "resigned" their seats.

This would pave the way for fresh by-elections, which the PR - having handily won the last two such contests - would be tipped to win.

But the two men insist they have no wish to quit, saying they were forced last March to sign undated resignation letters.

Mr Osman has even filed a police report denying any resignation.

Adding spice to the mix is the fact that both face corruption charges.

Some have suggested that they are hoping to save their own skin by switching allegiance now.

The two men called press conferences yesterday, but failed to show up: Representatives read out statements, in which they said they were not quitting and had vanished from public view because they were on "medical leave".

So what's next?

Even if the Elections Commission decides on a by-election, some observers think the matter will end up in the courts.

Both men have already spoken of consulting their lawyers over the undated resignation letters.

"In 1992, the Supreme Court had ruled that using such undated letters was not valid as it was against the freedom-of-association provision under the Federal Constitution," commented Mr Wong Sai Wan in The Star, a Malaysian daily.

And there is still the "nuclear option": The PR may move to dissolve the entire state assembly and hold statewide polls.

For now, that's not on the cards, said senior state executive councillor Ngeh Koo Ham, one of the key PR leaders.

But as the drama drags on, it's hard to say what will happen next.

Anwar dakwa Najib terbabit

DSAI berada di Pulau Pinang mengikuti majlis sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Mertajam, Machang Bubok, Penanti dan Seberang Jaya. Selain daripada majlis Kong Xi Fa Cai, DSAI melancar cawangan parti serta mengikuti majlis perkahwinan dan jamuan.

Majlis terganggu dengan deringan telefon dari pimpinan KeADILan Perak, Menteri Besar Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan pimpinan PAS serta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pimpnan DAP, lantaran drama kehilangan dua ADUN Perak.

"Semua keenam-enam ADUN Perak termasuk Dato' Nasaruddin menemui saya di Yayasan Aman, Penanti. Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai," tegas DSAI

Dalam nada yang sama DSAI menyatakan, "Pertama, babak kehilangan menggerunkan kerana mengingatkan tragedi Altantuya dan detektif Bala yang ada kaitannya dengan tokoh yang sama. Dalam babak terbaru ini, Dato' Seri Najib terlibat secara langsung!"

"Malah dalam ucapan menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, saya telah menjangka tindakan lebih ganas oleh pimpinan Umno-BN. Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bedakan dengan pendirian Dato' Nasa di Bota!"

"Kedua, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kongkalikong mengalu-alukan kehadhiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut!"

"Ketiga, apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu? Dato' Seri Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua ADUN tersebut."

"Akhirulkalam, kita yakin insya-Allah dengan suara rakyat. Jentera kita harus bersedia bertarung di gelanggang Perak."

February 02, 2009

Komputer Untuk Semua

Bukit Mertajam - 1hb Februari 2009. YAB Encik Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang akan tetap meneruskan rancangan pembasmian "miskin tegar" negeri Pulau Pinang walaupun negeri ini dilanda krisis kewangan.

"Kita akan cari dan pinjam wang tetapi wang yang halal, untuk membasmi rakyat miskin tegar negeri Pulau Pinang," kata beliau di majlis Jamuan Tahun Baru Cina, anjuran Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang di Bukit Merajam.

Beliau juga meminta semua rakyat Pulau Pinang mengambil peluang dalam rancangan kerajaan negeri untuk menikmati ekses kepada internet dengan terlaksananya wi fie percuma ke seluruh negeri.

"Bukan yang muda sahaja, yang sudah berumur 70 tahun ke atas pon kena suruh cucu mengajar komputer," jelas beliau.