January 11, 2012

Pembebasan Anwar saja tak cukup

Ketika pemimpin BN bermegah kononnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II membuktikan badan kehakiman adil danbebas, seorang bekas menteri dan veteran Umno berpandangan sebaliknya.


Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata keputusan itu "tidak cukup" untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan nstitusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan.

"Ini tidak cukup... Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak," katanya yang juga bekas menteri pelancongan dan penerangan.


Kadir menjawab soalan berhubung laporan media arus perdana termasuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah itu membersihkan kerajaan daripada tuduhan campur tangan dan konspirasi politik.

zaki azmi interview 140911

"Bersejarah tetapi mengejutkan"

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai "bersejarah tetapi mengejutkan", Kadir menegaskan ia peluang terbaik bagi memulihkan imej badan kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria dilihat berpeluang untuk memperbetulkan persepsi itu.Dalam wawancara denganMalaysiakini, Kadir berkata Ariffin tidak pernah terbabit dengan parti politik dan seorang yang ‘takut’ kepada Allah berbanding penyandang sebelum ini Tun Zaki Azmi (kiri) yang pernah menjadi penasihat undang-undang Umno.

Sebelum keputusan diumumkan, Kadir berkata beliau pergi ke kediaman Anwar dan menemaninya sehingga ke mahkamah sebagai tanda rasa simpati dan memberi sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya lagi, sebelum keputusan diumumkan, beliau percaya 70 peratus Anwar yang juga ketua pembangkang akan dihumbankan ke penjara.

NONE

Kawan setia

"Saya adalah kawan yang setia... Dr Mahathir membuatkan saya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami memang berkawan rapat dan saya betul-betul kasihan kepadanya dengan apa yang berlaku kepadanya... saya simpati kepadanya dan kali ini saya benar-benar bersimpati dengannya," katanya.

Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dari sudut politik, Kadir dilihat tidak dapat menyembunyikan pujiannya terhadap tokoh politik kelahiran Kampung Cherok Tok Kun, Pulau Pinang itu.

"Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat. Dan (sikap) beliau yang natural (semulajadi).

"Apabila beliau masuk ke kampung, apabila beliau bercakap dengan orang kampung, beliau nampak natural. Beliau tidak perlu tunjuk lagaknya. Main drama kata orang," katanya.

NONE

Berjiwa rakyat

Menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti pengasas negara sebelum ini, Kadir menambah kampung Anwar berdekatan dengan kampungnya - di Kulim Bandar Baharu - yang terletak kira-kira 10 kilometer.

"Jadi beliau adalah pemimpin berjiwa kampung. Sebab itu jika beliau berpeluang menjadi perdana menteri, beliau menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat, (sikap) semulajadinya (yang suka) mengambil berat tentang rakyat," katanya yang mengelak untuk membandingkan kepimpinan Anwar dan Najib.

Kadir, 73, adalah anak sulung kepada 12 adik beradik. Bapanya merupakan pengasas kepada Umno di Kulim Bandar Baharu.

mca agm 2005 opening 200805 keng yaik and kadir

Beliau aktif dalam politik sejak tahun 1970-an di bawah pentadbiran perdana menteri kedua Tun Abdul Razak. Pernah menjawat jawatan menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan pada tahun 1999 di bawah kepemimpinan Tun Mahathir Mohamad.

Kemudian, menyandang jawatan sebagai menteri penerangan di bawah pimpinan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kini Kadir selaku bendahari Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu - bahagian yang diwakili sejak lima penggal sebelum menyerahkan kepada adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada pilihan raya umym 2008.

Bagaimanapun, Abdul Aziz tewas kepada wakil PKR Datuk Zulkifli Noordin sebelum beliau mengisytihar diri keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.

source:malaysiakini

January 09, 2012

Pendakwaan kaji keputusan sebelum buat rayuan


Pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan berhubung keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat hari ini.Peguam cara II negara Datuk Mohd Abiden memberitahu Malaysiakinibahawa mereka akan membincangkan hasil keputusan itu."Pihak pendakwaan akan menunggu penghakiman terlebih dahulu dan mengkajinya," katanya.Yusof mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar. Beliau dijadualkan bersara pada 1 Feb.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit dalam membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA. Beliau sebelum ini, menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.Pada peringkat akhir pembelaan, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah.Meskipun menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan - Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon(kanan), mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.NONEPeguam Karpal Singh (kiri) berkata beliau berharap pihak pendakwaan tidak membuat akan rayuan terhadap keputusan itu.Sambil menyifatkan kes itu sebagai antara kes yang paling sukar pernah dikendalikannya, Karpal berkata Anwar telah telah ‘dibersihkan’."Kami seru Peguam Negara tidak memfailkan rayuan dalam kes ini. Ini bukan kes yang sepatutnya untuk buat rayuan."Anwar telah banyak merana. Trauma yang dialami oleh keluarga ..., dan mereka harus dibiarkan bersendirian. Ini satu kemenangan besar bagi pasukan pembelaan dan Pakatan Rakyat. "Karpal berkata, terdapat tumpuan yang lebih besar dengan pilihan raya umum yang akan datang, dan tumpuan harus diberikan kepada Anwar supaya menjadi Perdana Menteri akan datang.Selain dari Karpal, pasukan pembelaan yang lain terdiri daripada Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, dan Sankara Nair.source:malaysiakini

Anwa Not Guilty

Sodomy II verdict: Anwar NOT guilty!!!!!


Anwar NOT guilty!!!!!


Anwar NOT guilty!!!!!


Anwar NOT guilty!!!!!