June 05, 2012

Jelajah Merdeka Rakyat


Dalam siri jelajah kali ini Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah, Raymond Ahuar yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR juga telah muncul.Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu malam tadi, 3 June 2012.
Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis. Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa, (gambar bawah)  beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR malam tadi lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.

TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti turut memberikan ucapan dalam ceramah ini.

Perlu diakui jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan beliau yang sebelum ini, kali ini beliau memperlihatkan kebolehannya dalam mengupas isu-isu di peringkat nasional.

Chegu Bard penggerak utama program Jelajah Merdeka Rakyat ini turut memberikan ucapan..Beliau mengulas akan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang diperintah oleh Najib terhadap peserta himpunan BERSIH 3.0.

Kisah beliau dibelasah oleh pihak berkuasa menimbulkan rasa simpati ramai pendengar malam itu yang masih kurang jelas akan apa yang telah berlaku sebenarnya dalam himpunan tersebut.

Raymond melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat ribuan yang hadir baik dalam ceramah ini mahu pun dalam himpunan ‘Hijau Menuju Putrajaya’ yang diadakan oleh PAS pada malam sebelumnya. Ini kerana menurut beliau, rakyat di Sabah hanya mengetahui dua atau tiga ribu orang sahaja yang hadir ke majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat melalui media massa yang dikawal UMNO.

Selain itu turut dipertikaikannya ialah sikap pemimpin UMNO Sabah atau Ketua Menteri Sabah yang amat sukar untuk didekati oleh rakyat, ini berbeza dengan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng yang amat mudah untuk didekati oleh rakyat.

Turut diluahkannya ialah nasib Bangsa Murut yang dibiarkan ketinggalan dari segi pelajaran oleh Kerajaan UMNO/BN hinggakan setelah berpuluh tahun memerintah Sabah hanya terdapat dua orang pemegang PhD dari bangsa Murut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan ucapan sebelum DS Anwar Ibrahim berucap.

Menerangkan secara terperinci akan kejayaan yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam memerintah Pulau Pinang.

Beliau turut membidas pihak UMNO yang secara berterusan menggunakan isu-isu sensitif untuk menyerangnya ini termasuk isu-isu yang melibatkan Raja-raja dan juga perkauman.

Diakhir ucapannya sekali lagi beliau menegaskan jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya tol lebuhraya Utara-Selatan akan dihapuskan..

Penceramah utama DS Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh muncul sekitar jam 11.00 malam di sini. 

Jika di Selangor Pemuda UMNO dilabelkan sebagai celaka dan sial oleh DS Anwar Ibrahim di sisni mereka dilabel sbagai kurang ajar pula.

Diawal ucapannya beliau membidas pemuda UMNO Permatang Pauh yang katanya kurang ajar kerana telah bertindak menurunkan banyak bendera PKR dan juga banner hebahan untuk program ini.

DS Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pihak SPRM yang telah melepaskan Sharizat tapi dalam masa yang sama mensasarkan Azmin Ali sebagai sasaran siasatan mereka.

Meskipun kes telah berlalu dan ditutup hampir 17 tahun yang lalu ianya dibuka semula semata-mata untuk mencari dan menunjukkan kepada rakyat keburukkan pemimpin dari Pakatan Rakyat.

June 04, 2012

Selagi UMNO memerintah lebih banyak wang negara akan 'dilahap' oleh 'penyangak'...

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan terpilih dalam kes melibatkan pimpinan Umno dan KEADILAN.

Menurutnya, SPRM sepatutnya mengambil tindakan terhadap Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil atas penglibatannya dalam penyalahgunaan dana National Feedlot Corporation (NFCorp).

Namun Kata Anwar, SPRM membebaskan tuduhan terhadap Shahrizat, meskipun banyak pendedahan dibongkar bagi membuktikan peranan beliau dalam kes itu semasa menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 "Sebaliknya kesAzmin Ali pada tahun 1995 yang telah pun ditutup kerana didapati tidak mempunyai unsur rasuah oleh BPR ketika itu, kini dibuka semula bagi mengalih pandangan sebenar isu membabitkan penyelewengan kepimpinan Umno dan BN," katanya ketika berucap di Taman Guar Perahu, Penanti di Permatang Pauh semalam.

"Biar mereka buat pendakwaan terpilih, kita akan terus membongkar dan mendedahkan penyelewengan kepimpinan Umno-BN yang semakin parah dan melampau kebelakangan ini, " ujarnya di hadapan lebih 10 ribu hadirin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat mampu menilai bagaimana pemimpin Umno yang kebas wang rakyat, boleh bebas.

"Ada bukti, ada dokumen sahih penyelewengan NFC, mereka kata menteri tidak terlibat. Begitu mudah mereka membuat keputusan tanpa dibawa ke muka pengadilan.

"Inikah kerajaan yang kita mahu biarkan terus memerintah negara dalam pilihan raya umum yang akan datang?, " tanya Anwar sambil laungan ' tidak' disambut hadirin.


Jelasnya lagi, jika negara terus dipimpin Umno-BN, lebih banyak wang negara akan 'dilahap' oleh 'penyangak' dan perasuah, manakala rakyat akan tambah menderita.

Hadir sama dalam ceramah Merdeka Rakyat tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard.