March 25, 2024

 

KALAU JENIS MALAS MEMBACA, SATU HAPA PUN TAK TAU.

 

Anwar Ibrahim mendapat pujian hasil kenyataan tegasnya mengenai konflik di Gaza diluahnya semasa lawatannya ke Jerman tempoh hari. Apa yang dikatakan perdana menteri tidak perlu saya perinci di sini kerana pasti ramai sudah tahu. Cukup untuk dinyatakan bahawa Anwar “diasak” wartawan Jerman pada sidang media di Berlin mengenai pendirian keras Malaysia terhadap Israel dan keengganan menggelar Hamas kumpulan pengganas.

Ringkasan reaksi Anwar begini. Dasar Malaysia kata beliau adalah konsisten – menentang penjajahan, aparteid, penghapusan etnik dan rampasan harta di mana-mana negara tidak kira Ukraine atau di Gaza.

“Kita tidak boleh padam 40 tahun kezaliman dan pengusiran yang mengakibatkan reaksi dan kemarahan pihak yang menjadi mangsa. Hubungan kami dengan Hamas adalah dengan sayap politiknya dan kami tidak perlu rasa bersalah atau perlu minta maaf tentang hal ini,” kata beliau.

Sememangnya kata kata Anwar berapi dan tidak apologetik. Sidang media beliau masih boleh ditonton di YouTube secara keseluruhan atau pun sedutan beberapa klip. Yang jelas naratif media Jerman malah antarabangsa berbunyi “Malaysia lectures Germany on human rights”. Satu lagi “Malaysia condemns West hypocrisy”.

Paling menarik kenyataan keras itu dibuat di hadapan Canselor Jerman Olaf Scholz pada sidang media bersama di Berlin itu. Kita tahu Jerman menyokong Israel dan menyifatkan serangan ganas Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sebagai hak Israel mempertahankan diri setelah diserang Hamas 7 Okt lalu. Pendirian Jerman, Olaf diulangi pada sidang media itu sebelum Anwar berkata apa yang beliau kata.

Podcast Keluar Sekejap dikendali Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan baru- baru ini mengulas kenyataan Anwar. Kata KJ perlu diingat sidang media diadakan di Jerman yakni “di gelanggang lawan” tetapi beliau kagum dan bangga perdana menteri “tidak berlapik, tidak beralas malah respons beliau bukan sekadar satu dua ayat tetapi respons yang komprehensif”.

Kata Shahril “dalam konteks ini PM kita tidak takut dan tidak terbawa-bawa dengan suasana sesuatu tempat. Maksud saya bila kita pergi ke tempat orang kita dikelilingi dengan suasana tertentu. ‘Mindset’ kita mungkin macam mana nak sesuaikan diri dengan keadaan dan kita boleh kompromi dengan apa yang kita percaya. Dalam hal ini saya yakin jika pemimpin yang tidak tegas dalam pendiriannya akan ‘just follow the flow’ dia akan keluarkan kenyataan yang ok ok untuk selesaikan soalan ini dan pergi ke soalan seterusnya”.

Kesimpulannya KJ dan Shahil berpendapat PMX “mengharumkan nama Malaysia dan tegas di hadapan pemimpin Jerman dalam isu Palestin”.

Dalam penerbangan pulang ke tanah air dari Hamburg setelah apa yang Anwar sifatkan “a hectic, punishing but highly productive official visit to Germany”, beliau mungkin untuk relaks membaca buku berjudul “Until August”. Gambar beliau membaca buku dalam ‘flight’ dipos di Facebook.

Bukan sesuatu yang pelik Anwar baca buku. Beliau dikenali penggemar dan pembaca tegar buku khususnya karya besar sasterawan dan penulis terkenal dunia. Buku “Until August” dikarang Gabriel Garcia Marquez sasterawan “luar biasa”, kata penggemar buku.

Anwar dikata banyak membaca karya Marquez atau Gabo. Tetapi karya kali ini agak berbeza. ‘For starters’ ia nipis. Cuma lebih kurang 130 muka surat. Menurut hantaran Facebook Anwar menyifatkan buku itu sebagai “a fine read” walaupun tidak mencapai kehebatan karya Gabo terdahulu. “But I am not complaining” kata beliau sambil menyifatkan buku itu sesuatu yang menarik dan sukar untuk berhenti baca.

“Until August” dicetak setelah Gabo meninggal dunia. Sebenarnya mendiang tidak mahu lantas tidak izin buku itu dicetak. Bagaimanapun anak-anaknya tidak pedulikan pesan si ayah. Lahirlah “Until August” untuk sajian seluruh dunia.

Sebaik hantaran di Facebook Anwar membaca buku itu seorang kawan menghantar mesej melalui WhatsApp untuk memberitahu mengikut ulasan di media sosial isinya “boleh tahan cabulnya”. Dan “jika ada musuh politik yang selidik tentang isi novel ini tentu riuh-rendah jadinya”.

Memang betul jangkaan kawan saya. Bukan sekadar riuh-rendah. Anwar dikecam dan diserang hebat. “Until August” menceritakan perihal seorang wanita yang sudah bersuami pergi ke Pulau Caribbean setiap bulan Ogos mencari cinta baharu dengan lelaki lain.

Pengkritik Anwar melihat buku itu bagai “porno”. Mereka pantas dan tangkas membidas, mengkritik dan menyerang. Pelbagai tuduhan dilempar di media sosial menggunakan bahasa kasar dan kesat yang saya tidak cadang mengulanginya. Sekadar menyatakan mereka mencemuh Anwar kerana membaca “Until August” terutama pada bulan Ramadan.

“Amalan membaca memang mulia dan sepatutnya diteladani. Menunjukkan kepada masyarakat kepentingan membaca juga sesuatu yang harus dipuji. Tetapi bukan semua buku sesuai dibaca oleh semua orang. Tak semua yang kita baca boleh ditayang kepada umum. Malah apa keperluan?” kata salah seorang pengkritik Anwar. Kritikan beliau adalah antara yang “sopan”. Tidak ramai yang sesopan itu.

Seorang kawan lama yang amat meminati presiden PAS menyiarkan di Facebooknya gambar Hadi Awang membaca buku mengenai takwa untuk dibandingkan dengan gambar Anwar membaca “Until August”. Mengiringi gambar ditulis kapsyen “dua-dua suka buku”. Rasanya boleh difahami mesej apa yang mahu disampaikan.

Saya tampilkan Fathi Aris Omar aktivis media yang umum tahu penggemar dan pembaca tegar buku-buku hebat. Kata beliau menerusi Facebook: “Anwar tidak membaca buku lucah apabila menghabiskan Until August. Bukan begitu tumpuan Marquez walau selalu muncul cerita anak haram, hubungan sulit, kecurangan atau pelacur dalam karyanya”.

Kata beliau, Marquez seperti sasterawan besar abad ke-20 mengupas persoalan budaya dan politik lebih besar melalui watak dan ceritanya. Mendiang bercerita tentang kolonialisme Eropah dan ingatan kolektif.

Lantas Fathi berkata kepada pengecam PMX “saya cadang elok mereka berkenalan dengan buku ini untuk mengenali siapa manusia bernama Gabriel Garcia Marquez”.

Nasihat yang bagus pada hemat saya. Cuma bagi pengecam Anwar mereka lihat apa yang mahu dilihat dan percaya apa yang mereka mahu percaya.

March 13, 2024

Dialog PM bersama di Jerman

 

ISU PEMBUKAAN KANTIN DI SEKOLAH PADA BULAN PUASA

1. Media sosial sedang ribut tentang isu pembukaan kantin di sekolah pada bulan puasa. Pada pandangan saya, memang relevan jika ada Muslim yang tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan yang membenarkan kantin-kantin sekolah dibuka untuk memudahkan para pelajar bukan Muslim mendapatkan makanan waktu rehat.

2. Saya menyebut relevan kerana ada sudut pandang yang boleh diterima. Namun, dalam masa sama tidak patut untuk bermudah-mudah menggunakan label yang diguna secara longgar seperti liberal atau “rahmah yang tidak rahmah”. Sebabnya ini isu polisi yang ada sisi pro dan kontra.

3. Memang mudah sahaja untuk mengutip pendapat-pendapat ulama yang bertegas dalam soal ini dengan menggunakan kaedah “bukan Muslim menjaga sensitiviti umat Islam di negara Islam” sama ada dalam karangan klasik mahupun kontemporari. Katakan, secara umumnya kita boleh menerima kaedah itu sebagai salah satu yang penting demi keharmonian masyarakat, namun sejauh mana isu membuka kantin yang sedang hangat ini termasuk dalam aplikasi kaedah tersebut? Adakah dengan arahan membuka kantin itu bermaksud menggalakkan agar tidak menjaga sensitiviti umat Islam? Kalau tidak makan di kantin, adakah kena makan di kelas atau di tempat duduk berhampiran kelas yang lagi mudah dilihat anak-anak pelajar Muslim?

4. Saya berpandangan isu tersebut tidak termasuk dalam kategori tidak menjaga sensitiviti kerana yang diarahkan untuk dibuka ialah kantin. Para pelajar Muslim tidak pergi ke kantin ketika bulan puasa. Malah saya fikir, dengan sikap mudah menghukum sebahagian masyarakat hari ini, pelajar Muslim yang ada keuzuran daripada berpuasa seperti sakit dan sebagainya pun tidak akan pergi ke kantin pada bulan puasa. Jadi, pengasingan sudah berlaku dan makan di kantin sekolah pada bulan puasa sudah tidak termasuk melanggar sensitiviti.

5. Apatah lagi isu ini melibatkan para pelajar yang dalam usia adik dan anak kita walaupun mereka tidak seagama dengan kita. Tidak sewajarnya kita berlebih-lebihan hingga ke tahap ini.

6. Oleh yang demikian, isu ini melibatkan dasar awam, justeru bersifat boleh dibahaskan lagi sudut-sudut maslahah dan mafsadahnya. Pandangan yang dipetik daripada beberapa fuqaha' juga sebenarnya bersifat tarik-menarik antara maslahah dan mafsadah. Pihak pentadbiran sekolah juga boleh diberi kepercayaan untuk mengurus isu ini dengan bijaksana dalam kerangka kebenaran membuka kantin oleh pihak kerajaan. Jadi, tiada pandangan muktamad dan terlampau jelas sehingga boleh laju dan melampau dalam memberi aneka label kepada pihak yang dikritik.

7. Adakah ini bermaksud orang Islam terlalu mengalah, terlampau toleransi atau “terpaling” rahmah? Jawabnya, saya tidak faham mengapa tindakan sebegini dianggap sebagai “mengalah” dari pihak Muslim? Apa sebenarnya yang kita telah mengalah? Lagi-lagi hal ini melibatkan anak-anak pelajar yang senegara dengan kita dan ruang kantin pula tidak lagi dikunjungi pelajar Muslim pada bulan puasa sebagaimana telah diterangkan sebentar tadi. Kita juga tidak sesekali mengalah dari segi kepercayaan bahawa puasa wajib kepada Muslim. Kita juga bersetuju bahawa pendidikan kepada pelajar untuk berpuasa adalah dengan menyediakan suasana yang menyokong mereka untuk berpuasa. Jadi, tidakkah wajar kita berdebat isu sebegini dengan sekadarnya tanpa melampau?

8. Saat isu yang terbuka kepada perdebatan ini dibingitkan secara berlebihan oleh sesetengah ahli akademik dan agamawan, anehnya sebahagian pihak pandang sepi sahaja isu 164 tuduhan pecah amanah, menipu dan terbabit pengubahan wang haram atas penderitaan rakyat Palestin. Sedangkan isu pecah amanah ini lagi wajar diberi perhatian besar termasuk mendesak kerajaan bertindak dengan peraturan lebih jelas untuk mengawal pertubuhan dan NGO yang mengutip dana awam dan kegiatan kemanusiaan.

9. Selamat berpuasa, berbahaslah dan promosilah pandangan anda tapi jangan melampau.

 


 

March 11, 2024

Ucapan YAB PM dalam Majlis Ramah Mesra Bersama PDRM dan Masyarakat di Se...

 𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥, 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥

1. Bila kerajaan umumkan pelaburan diluluskan RM329.5bil terbesar dalam sejarah, pembangkang gelisah.

2. Semasa Kerajaan Tebok Atap, diumumkan juga lulus 'pelaburan terbesar dalam sejarah' tapi tidak pula dipertikai PN-PAS.

3. PMX ke hulu dan ke hilir mempromosi dan berjumpa syarikat2 dan pelabur. Kelmarin di Australia, hari ini di German (rakan dagang terbesar dikalangan negara europe).

4. Pembangkang pula hari2 membuat cerita dongeng 'tebok atap' dan mewujudkan sentimen negatif untuk takutkan pelabur.

5. Tun M turut menasihati 'orang luar' supaya tak perlu datang ke Malaysia. Orang seperti Isham Jalil pula hari2 cuba yakinkan seakan-akan Malaysia kini bukan destinasi pelaburan terbaik.

6. Penutupan kilang Goodyear sengaja diperbesarkan walhal itu sebahagian dari plan penstrukturan semula syarikat Goodyear seluruh dunia untuk jimatkan USD1bil sebelum 2025. Banyak kilang Goodyear lain turut ditutup di UK, German, US dll. Meniaga ni kan ada pasang surut. Pasaran tayar pun dah banyak berubah.

7. Haji Hadi berucap di Parlimen mengkritik nilai pelaburan yang diumumkan. Tetapi saya juga tertanya, berapa ramai pelabur timur tengah yang berjaya ditarik semasa dia menjadi duta khas bertaraf menteri (dan berpencen)?

8. Gambar2 berjumpa syarikat2 dan pelabur2 timur tengah tidak kelihatan berbanding gambar2 memancing ikan yang lebih banyak disebarkan.

9. PMX pula agresif berjumpa kapten2 syarikat terkemuka. Tentulah ada yang berjaya, ada yang tidak. Tetapi lebih banyak promosi, lebih besarlah peluang kita.

10. Di Australia, PMX berjumpa 18 Syarikat malah berjumpa secara satu dengan satu untuk mendengar pandangan. Syarikat mohon keizinan melabur dengan RM24.5bil nilai pelaburan dan 1,200 potensi peluang kerja mahir dijana. Kita dapat juga potensi RM962.1 juta nilai eksport dari pelbagai produk.

11. Berbanding pembangkang yang hanya jadi 'jaguh kampung', PMX manfaatkan hubungan baiknya dengan pemimpin dunia dan kebolehan berbahasa inggeris dengan mantap untuk membina hubungan diplomatik dengan pemimpin antarabangsa, menarik pelabur2 asing dan juga suarakan pendirian kita khasnya isu di Gaza.

  

March 09, 2024

 PMX BERTEMU PERSATUAN PEMANDU TEKSI

 

Kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dan mengambil berat masalah pemandu teksi disanjungi oleh Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Lapangan Terbang Se-Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain.

Menurut beliau, PMX telah menemui dan mengambil maklum masalah pemandu teksi dalam pertemuan mereka beberapa minggu lalu dan semalam telah memberikan bantuan kewangan kembali ke sekolah kepada anak anak pemandu teksi GTSM bagi mengurangkan beban membeli kelengkapan pendidikan.

"Saya berjuang dalam industri teksi ini sudah lama. Saya melalui banyak PM. Inilah PM pertama dalam sejarah, baru setahun menjawat PM membuka pintu mendengar masalah kami.

"PM sebelum ini bukan sahaja tidak balas surat, jumpa kami pun tidak. Datuk Seri Anwar bukan sahaja membalas surat permohonan, bahkan membuka pintu mendengar masalah rakyat bawahan. Kami terharu dengan keprihatinan dan kecaknaan beliau," katanya.

Menurut Kamarudin, dalam pertemuan tersebut 3 cadangan telah diserahkan.

Pertama, kerajaan dicadang membenarkan kenderaan recon (diperbaikkan) dari luar negara untuk diperkenal dalam industri teksi dengan jenama Malaysia Madani Yellow Cab dan Black Cab.

"Sebab kalau nak suruh pemandu beli (kereta) baru tak mampu. Kalau boleh bawa masuk (kereta recon) dari Jepun, Singapura maka mereka mampu

"Kedua, kami cadangkan untuk menubuhkan aplikasi e-hailing milik kerajaan, kerana ia melibatkan masalah rakyat. Ini bukan isu kecil, hari ini kita dapat lihat berbilion wang dari industri telah dipunggah ke luar negara (akibat aplikasi syarikat luar) tanpa memberi manfaat kepada pemandu teksi.

"Tetapi jika aplikasi ini milik kerajaan maka wang terkumpul hasil komisen kita boleh pakai untuk tambah baik industri teksi, beli insurans berkelompok, pinjaman mudah dan lain lain," katanya.

Cadangan ketiga pula, jelas Kamarudin, GTSM mahu kerajaan fokus masalah kadar tambang e-hailing yang tidak ada harga lantai.

Katanya, apabila syarikat e hailing bersaing sesama mereka dengan merendahkan tambang maka bukan pemandu e-hailing sahaja teraniaya tetapi pemandu teksi juga terkesan kerana rakyat akan memilih kadar tambang paling murah.

Farhan menyerahkan sumbangan tunai peribadi DS Anwar kepada anak anak pemandu teksi

Dalam pada itu, Setiausaha Politik PM, Ahmad Farhan Fauzi yang menyerahkan sumbangan peribadi PM kepada anak anak pemandu teksi tersebut berkata, bantuan terbabit diharap meringankan beban para pemandu teksi dalam menyediakan kelengkapan anak anak mereka memulakan sesi persekolahan baharu 11 Mac ini.

"Majlis ini (adalah untuk) anak anak pemandu teksi yang kurang berkemampuan. Kita beri dalam bentuk wang tunai 200, boleh beri kelengkapan macam beg sekolah dan sebagainya

"Sumbangan ini dari Datuk Seri Anwar sendiri," katanya.

 


 DR. KHAIRUDDIN DILANTIK KETUAI J-KOM.

Dr. Khairuddin Othman secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom yang baru bagi menggantikan tempat Dr Mohd Agus Yusof.

Khairuddin ialah bekas Adun Paya Jaras dan sekarang merupakan Setiausaha PKR Selangor.

Sebelum menyertai PKR, beliau adalah ahli Pas yang memenangi kerusi Dun Paya Jaras buat kali pertama pada PRU13. Pada PRU14, setelah keluar Pas dan menyertai PKR, beliau sekali lagi berjaya memenangi kerusi tersebut atas tiket PH.

Bagaimanapun dalam PRN Selangor tahun 2023 yang lalu, Khairuddin gagal mempertahankan kerusi Dun Paya Jaras apabila PN melalui calonnya, Ab Halim Tamuri berjaya merampas kerusi tersebut.

Dengan Dr Khairuddin yang berkelulusan PhD dalam bidang pengajian media dan perang saraf dilantik mengetuai J-Kom, isu kelemahan media serta komunikasi yang dihadapi kerajaan ketika ini boleh dikira selesai dengan sendirinya.

Sudah tentu Dr Khairuddin dengan kelulusannya itu memiliki kepakaran, pengetahuan, idea dan cara bagaimana untuk menggerakkan J-Kom terlihat lebih berperanan mengungguli perang di alam maya yang ketika ini secara majoritinya kandungan yang anti kerajaan.

Meskipun J-Kom tentunya ada tugas serta peranan lain selain berperanan di media sosial, tetapi haruslah diingat dunia sekarang ialah dunia maya.

Kata orang sekarang, siapa menguasai dunia maya, dialah yang menguasai dunia.

Lagi pun, sejak kebelakangan ini kesian juga melihat Anwar Ibrahim digasak teruk di media-media sosial, terutama berkenaan janji-janji lamanya yang dituntut untuk ditunaikan setelah kuasa kini berada dalam genggamannya.

Maka itu, J-Kom di tangan Dr Khairuddin mesti menguasai dunia maya, terutama dalam mempertahan dan membela Perdana Menteri, termasuk dalam waktu yang sama, beliau sendiri juga mestilah secara automatik menjadikan dirinya sebagai seorang yang paling aktif di pelbagai platform media sosial.

Jika gagal berperanan aktif, sejarah Dr Agus pasti hanya menunggu masa saja untuk menghempapnya nanti.