June 14, 2011

Decision to carry out the election of mosque officials

GEORGE TOWN -- The Penang government will not budge from its decision to carry out the election of mosque officials as it in accordance with the laws, said its Religious Affairs, Domestic Trade and Consumer Affairs Committee chairman Abdul Malik Abul Kassim.

He said the proposed election adhered to Section 104 (a) (b) of the State of Penang Enactment 2004 and 4 (1) Congregation Committee and Mosque Officials Requirements (Penang).

"The new procedure introduced by the Penang Islamic Religious Council is an improvement of existing regulatory procedures adopted by the previous state government," he told reporters here yesterday.

Commenting on calls for the state government to get the consent of the Yang di-Pertuan Agong before holding the mosque polls, Abdul Malik, said the new procedure accorded congregators the rights to nominate candidates through mosque committees to the council before getting the consent of the king.

Abdul Malik said the mosque congregation committees would decide whether the congregators were eligible to vote and the state government would set up the congregators' database after the election.

After nomination was closed last Tuesday, 193 out of 200 mosques had sent the nomination lists, he said, adding that this showed the proposed election had received an overwhelming response from congregators.

Meanwhile, Penang Umno Liaison Committee chairman Zainal Abidin Osman said the state Umno had sent an appeal letter to the Yang di-Pertuan Agong through Minister in the Prime Minister Jamil Khir Baharom, to oppose the move.

"I hope the Yang di-Pertuan Agong as the head of Islam will prevent the mosque polls from taking place as it could divide the Muslims," said Zainal.

Pihak yang membantah (BERSIH 2.0) diselar.


SHAH ALAM 14 JUN : Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyelar tindakan setengah pihak yang membantah serta membuat laporan polis berhubung langkah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan.

Justeru, perhimpunan BERSIH ini bukan sahaja perlu didokong oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini bahkan setiap wakil rakyat yang telah dipilih oleh pengundi juga sewajarnya menyertainya.

Katanya, ini kerana perhimpunan BERSIH diadakan secara bertanggungjawab, aman dengan matlamat murni agar pilihan raya bebas dan adil diadakan di negara ini.

Oleh demikian Zaid memberitahu jemputan untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang sudah pun dipanjangkan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan perlu disambut baik parti-parti politik baik daripada pembangkang mahupun daripada kerajaan.

"Sepatutnya apa yang dibuat oleh BERSIH ini perlu disokong semua pihak kerana ia bukan difokuskan untuk pembangkang sahaja. NGO-NGO mengajak semua pengundi tak kira dari parti mana untuk turut serta demi menjaga kepentingan mereka sendiri supaya pilihan raya di Malaysia dijalankan dengan bersih,telus dan adil. Supaya kita punya undi itu benar-benar bermakna," katanya memberitahu Tv Selangor.

"PERKASA sekalipun patut bersama-sama dengan BERSIH dalam menjayakan perhimpunan ini, malah siapa-siapa sahaja yang di negara ini wajar untuk menyertainya supaya hasrat rakyat dan kehendak rakyat betul-betul teserlah dan dapat dizahirkan melalui pengundian,"tegasnya.

Bersih 2.0 akan berhimpun pada 9 Julai ini untuk menuntut enam perubahan dalam sistem pilihan raya yang dijalankan sekarang.

Tuntutan mereka itu meliputi penggunaan dakwat kekal, pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, tempoh minimum kempen selama 21 hari, akses kepada media yang bebas dan adil, pengukuhan institusi awam, menghentikan rasuah sewaktu pilihan raya dan juga menghentikan amalan politik kotor sewaktu berkempen.

Satu majlis pelancaran perhimpunan besar-besaran juga akan diadakan pada 19 Jun ini.

Mengulas lanjut berhubung laporan polis yang dibuat dalam tempoh empat hari di Perlis untuk membantah "perhimpunan Bersih" pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur disifatkan Zaid sebagai pelik.

Malah Zaid turut mempersoalkan tindakan setengah pihak yang membantah perhimpunan itu.

"Mereka yang membantah terutamanya mereka-mereka yang telah dipilih oleh rakyat merupakan satu perkara yang pelik. Adakah mereka tidak bersetuju dengan kita yang inginkan satu pilihan raya yang adil dilakukan?Adakah mereka tidak bersetuju kalau kita adakan pilihan raya yang betul-betul bersih? soalnya.

" Bagi kita amat pelik kalau ada orang yang tidak bersetuju, terutamanya orang-orang yang terlibat dalam politik kerana ini adalah untuk kebaikkan mereka," katanya lagi.

Sebanyak 36 laporan polis telah dibuat dalam tempoh empat hari di Perlis, membantah cadangan pembangkang mengadakan "perhimpunan Bersih" pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Jelas Zaid lagi, pihak yang terlibat dalam membuat laporan polis ini sewajarnya tidak berbuat demikian, namun apa yang perlu adalah untuk meneliti terlebih dahulu hasrat yang terkandung dalam cadangan itu.

"Mereka perlu meneliti kembali apa yang kita cadang dan sarankan ini agar hasrat pengundi ini betul-betul terserlah dan itulah yang seharusnya terjadi agar proses pemilihan itu nanti tidak akan ada orang yang akan mempertikaikan keputusan undi,"tambahnya lagi.

Semalam, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.

Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.

UMNO Takut Hilang Penguasaan Mereka Ke Atas Masjid2 di Pulau Pinang

Bunyi2 bising yang dikeluarkan oleh UMNO berkaitan pilihanraya AJK Masjid seluruh Pulau Pinang adalah kerana mereka takut kehilangan penguasaan mereka ke atas masjid2 seluruh Pulau Pinang.

AJK2 Masjid yang ada sekarang adalah dari lantikan UMNO sebelum kerajaan BN Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mahu membuka perlantikan AJK Masjid secara demokrasi, maka melompatlah UMNO seluruh Pulau Pinang.

Ini kerana, seperti juga di mana mana tempat, orang UMNO yang aktif di masjid adalah minoriti.

Apabila dibuka untuk pilihanraya terbuka, nescaya AJK2 UMNO ini akan kalah tergolek.

Perkara yang sama berlaku di Selangor baru2 ini. Individu2 yang pro kepada UMNO boleh dikatakan rata-rata ditolak oleh jemaah Masjid.

Mempelajari nasib rakan2 mereka di Selangor, maka UMNO sekarang ini sedaya upaya mahu menghalang pentadbiran Masjid2 dipilih oleh jemaah masjid.

Alasan perpecahan dan berpuak-puak dalam masjid adalah alasan dangkal. Di seluruh Selangor, tidak berlaku perpecahan di kalangan jemaah masjid.

Yang berlaku hanyalah individu2 yang menjadi proksi UMNO hilang jawatan dalam AJK2 Masjid.

May 14, 2011

Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah


SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.

Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.

Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.

Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.

Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar Ibrahim, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.

Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.

Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.

Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.

"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," tegasnya.

Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah SWT datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.

Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok.

"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.

November 11, 2010

Welcoming the Blessed Dhul-Hijjah


In The name of Allah,The Most Merciful,The Most gracious

Welcoming the Blessed Dhul-Hijjah

Sunday (November 7th) is the first day of the month known as Dhul-Hijjah. the Muslims performing Hajj will be in ‘Arafah on Monday 15 November 2010 (9 Dhul-Hijjah 1431) , and the Muslim Ummah shall be celebrating ‘Eed al-Adhaa on Tuesday 16 November 2010, (10 Dhul-Hijjah 1431), inshaa.-Allaah.

Alhamdulilah…My Parents are also on HAJJ Now… :)

For those of us who are not performing the Hajj, there are still many ways to make the most of this blessed time!


Virtues of the first 10 Days of Dhul-Hijjah

How many times have we heard Surat Al-Fajr recited, be it in our homes, while memorizing, or in the mosque? As a shorter surah, it may be a frequent part of our prayers, but taking the time to reflect on even a part of the first verse reveals a treasure of meaning. In the first two ayahs (verses) of Surat Al-Fajr, Allah says:

“By the dawn; And [by] the ten nights.” (89:1-2)

According to scholars of the Qur’an, the days mentioned as significant enough for Allah to swear by them are the first ten days of Dhul-Hijjah.

Describing how these ten days are among the best, the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said:

“There are no days on which righteous deeds are more beloved to Allah than these ten days.” They said: “Not even jihad for the sake of Allah?” He said: “Not even jihad for the sake of Allah, unless a man goes out himself for jihadtaking his wealth with him and does not come back with anything.” [Bukhari, 2/457]

The Prophet (peace be upon him) also said: “There is no deed that is better before Allah or more greatly rewarded than a good deed done in the (first) ten days of al-Adha.” He was asked: “Not even jihad for the sake of Allah?” He said: “Not even jihad for the sake of Allah, unless a man goes out himself forjihad taking his wealth with him and does not come back with anything.” [Al-Daarimi, 1/357]

Thus, the ten days are better than all other days of the year, with no exception, even the last ten days of Ramadan. (The last ten nights of Ramadan, however, are understood to be better than the nights of Dhul-Hijjah, because they include Laylat al-Qadr (the night of power), which is better than a thousand months. (Qur’an 97:3)

Therefore, whoever is not able to go to Hajj should use this blessed time to complete even more righteous deeds than usual. These can include anything such as giving charity, honouring one’s parents, upholding the ties of kinship, and enjoining what is good and forbidding what is evil. Fasting and remembrance are particularly recommended:

1. Fasting Nine days, especially on the Day of ‘Arafah:

It is Sunnah for the Muslim to fast on the first nine days of Dhul-Hijjah, because fasting is one of the best of deeds. In a hadith qudsi, Allah says:

“All the deeds of the son of Adam are for him, except fasting, which is for Me and I shall reward for it.” [Bukhari, 1805.]

The Prophet (peace be upon him) used to fast on the first nine days of Dhul-Hijjah.

The Prophet (peace be upon him) said, “The Prophet used to fast on the first nine days of Dhul-Hijjah and the day of Ashura, and three days each month, the first Monday of the month and two Thursdays.” [Abu Dawood 2/462]

The ten days of Dhul-Hijjah include Yawm al-`Arafah (the Day of `Arafah), on which Allah perfected His Religion. The Prophet (peace be upon him) said: “Fasting the day of `Arafah expiates the sins of two years: the past one and the coming one. And fasting the day of Ashura expiates the sins of the past year.” [Muslim]

2. Remembrance

It is Sunnah to recite remembrances known as the takbeer, tahmeed, tahleel, and tasbeeh during the first ten days of Dhul-Hijjah, saying these words out loud in the mosques, homes, streets and every place in which it is permissible to remember Allah:

  • Takbeer: Allahu akbar (God is most great)
  • Tahmeed: Al-hamdu Lillah (All praises be to God)
  • Tahleel: Laa ilaha ill-Allah (There is no god but Allah)
  • Tasbeeh: Subhaan-Allah (Glory be to God),

The Prophet (peace be upon him) explained how, “There are no days that are greater before Allah or in which good deeds are more beloved to Him, than these ten days, so recite a great deal of tahleel, takbeer and tahmeed during them.” [Ahmad, 7/224]

While there are different versions, the takbeer can also be recited as follows:

Allahu akbar, Allahu akbar, laa ilaaha ill-Allah, Allahu akbar, wa Lillaah il-hamd.

Allah is Most Great, Allah is Most Great, there is no god but Allah; Allah is Most Great and to Allah be praise.



July 16, 2010

Bawalah Politik ke Masjid

Sebagai “Rumah Allah”, masjid merupakan institusi terpenting dalam pembinaan ummah yang bertamaddun. Malah penubuhan Negara Islam oleh Baginda saw. di Madinah al Munawwarah menyaksikan bagaimana masjid dinobat sebagai mercu peradaban dan kedaulatan yang dibina.

Pembinaan masjid di Quba’, Wadi Ranuna’ [Tempat mula–mula Nabi saw. mendirikan solat jumaat di Madinah. (di Tengah–tengah Wadi Ranuna’) Rujuk: Sirah an Nabawiyyah Li Ibni Hisyam. M/s 315 Juz. Pertama. Cetakan Dar Ibn Rejab. Mansourah] dan di Yathrib (Madinatun Nabi) menjadi batu asas pembinaan tamaddun Islam unggul berpaksikan kedaulatan syariat dan ummah yang bermartabat.

Ianya (masjid) tidak dibina semata–mata untuk mendirikan solat, tetapi juga sebagai nokhtah mula keagungan ummat. Dari situlah nabi saw. menggerakkan jentera kerajaan dan mengatur strategi membangunkan ummah.

Masjid: Iktibar dari Seerah an Nabawiyyah
Syeikh Dr. Musthafa as Sibae’i menyebut di dalam kitabnya as Seeratun Nabawiyyah : Durus wa I’bar :
“Memang tidak dapat disangkal lagi, bahawa masjid membawa risalah kemasyarakatan dan kerohanian yang agung nilainya terhadap kehidupan ummat Islam. Masjid lah yang menyatukan saf–saf ummat Islam, menyucikan jiwa mereka, menghidupkan hati dan aqal mereka, menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka dan akhirnya menampilkan kekuatan jua hubungan erat mereka.
Sesungguhnya telah terbukti bahawa sejarah masjid di dalam Islam, menjadi markaz bagi tentera Islam berangkat ke medan untuk menakluki muka bumi dengan hidayah Allah swt .
Dari masjid jua terpancarnya sinaran cahaya dan hidayah buat ummat Islam dan lainnya malah masjidlah juga berkembangnya peradaban Islam. Bukan kah Abu Bakar, Umar, Uthman, A’li, Khalid, Saad, Abu U’baidah dan tokoh–tokoh seumpama mereka yang terdiri daripada pemimpin–pemimpin agung dalam sejarah Islami merupakan anak-anak murid di Madrasah al Muhammadiyyah yang berpusat di Masjid an Nabawi.”
Antara keistemewaan yang lain, masjid pada setiap minggu berkumandang kalimah al haq menerusi seruan khatib yang menentang kemungkaran, memperjuangkan syariat, menyeru kearah kebaikan, menginsafkan mereka yang lalai, menyeru kearah kesatuan, membasmi kezaliman dan memerangi perbuatan yang melampaui batas.
Sesungguhnya kita telah menyaksikan bagaimana dulunya masjid–masjid menjadi markaz–markaz yang menyemarakkan gerakan anak watan menentang penjajah Perancis. Berpangkalan di masjidlah, tokoh – tokoh jihad menetang penjajah dan menentang zionisme.
Apabila kita menyaksikan kepincangan masjid hari ini dari fungsi dan peranannya yang hebat, maka tiada lain melainkan kesalahan sebahagian khatib yang terdiri daripada khatib yang hanya bertugas memburu elaun atau jahil lagi leka.
Alangkah beruntungnya, jika dalam keadaan seperti ini, lahir segolongan pendakwah yang tegas membawa kebenaran, bangkitnya ulama yang memperjuangkan syariat Allah. Mereka ikhlas kerana Allah dan Rasulnya saw., mereka menasihati pemimpin dan ummat Islam seluruhnya.
Mengembalikan masjid sebagai tempat kegiatan masyarakat , mendidik tokoh–tokoh dan melahirkan pejuang–pejuang, mengislahkan kefasadan, memerangi mungkar dan membentuk masyarakat berasaskan taqwa dan redha Allah swt.”
Rujuk : Seerah an Nabawiyyah : Durus wa I’bar
Oleh Dr. Musthafa Sibae’I . Muka surat 74 – 75
Cetakan ke 9 oleh al maktab al islami ( 1986 ) Dimasyq

Masjid Terbelenggu.
Realiti hari ini bertambah parah apabila melihat nasib masjid dan pengurusannya yang kian terabai. Lebih malang apabila wujudnya fenomena terancang untuk membelenggu masjid agar ia tidak berfungsi sebagai markaazul ummah.
Siapa lagi yang lebih bejad daripada mereka yang menghalang rumah Allah (masjid) agar tidak diimarahkan dengan ilmu dan zikrullah. Lebih parah apabila mereka “sampai hati” meruntuhkan rumah Allah yang pastinya dibina di atas tanah waqaf milik Allah swt. Firman Allah swt :
“Siapa lagi yang terlebih zalim daripada orang yang menghalang masjid–masjid Allah bahawa disebut didalamnya namaNya dan berusaha merobohkannya? Mereka tidak layak memasukinya kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Bagi mereka kehinaan di dunia dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat di akhirat.” Surah al Baqarah. Ayat: 114
Terlalu banyak masjid dalam Negara kita hari ini hanya dijadikan tempat solat dan lebih melucukan bagaimana terdapat masjid yang hanya berfungsi sebagai tempat kunjungan pelancung selain daripada solat berjamaah yang sangat kecil kuantitinya berbanding saiz masjid tersebut.
Keghairahan mendirikan masjid yang tidak seimbang dengan keghairahan mengurus dan mengimarahkannya meletakkan situasi ini sebagaimana yang pernah dibimbangi oleh Rasulullah saw. dalam hadis baginda yang diriwayatkan dari Saidina Ali Karramallahuwajhah:
Sudah hampir suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid–masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama’ mereka adalah sejahat–jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali.
Rujuk Kanzuul U’mal M/surat 80, Juzuk 11 Cetakan Darul Kutub al I’lmiyyah Beirut
Pengalaman saya dikepung oleh polis yang lengkap bersama anjing, menyerbu masuk ke kawasan laman Masjid Peramu Kuantan sementara waktu itu saya sedang menyampaikan ceramah Maulidur Rasul saw, cukup menggambarkan bagaimana masjid dibelenggu .
Perlantikan ahli jawatan kuasa masjid dikalangan mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke masjid semata–mata tidak mahu masjid itu diimarahkan dengan majlis ilmu antara bukti bahawa pembelengguan masjid sangat ketara.
Menghantar SB [Antara contohnya sebagaimana yang berlaku kepada Surau al Muhajirin Bandar Muadzam Shah. Kelihatan SB sering memantau aktiviti di surau berkenaan dan saya sendiri selaku salah seorang tenaga pengajar di surau tersebut pernah diadu ke Pejabat Agama kononnya saya mengajar ajaran salah] untuk memantau aktiviti masjid atau surau bukan sahaja menakut–nakutkan masyarakat untuk menghidupkan aktiviti masjid dan surau tetapi juga bermaksud untuk memberi tekanan kepada penceramah dan guru agama yang mengajar agar tidak menyentuh soal penyelewengan dan mungkar yang berlaku dalam Negara.
Sedang kelab–kelab malam dan pusat–pusat hiburan yang menjadi tempat subur untuk bercambahnya maksiat dan jenayah tidak dilayan sedemikian rupa.
Pekeliling yang pernah dihantar kepada surau dan masjid di Lembah Klang agar tidak mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan juga mempunyai maksud yang sama untuk mengekalkan pembelengguan tersebut.
Arahan agar khatib hanya dibenarkan membaca teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama meskipun khatib tersebut seorang yang diiktiraf ilmunya oleh universiti yang mu’taraf turut dilihat sebagai usaha menyempitkan fungsi surau dan masjid.
Sudahlah ruang dan peluang untuk bercakap Islam amat terhad, tiba–tiba masjid dan surau yang dianggap ruang yang paling kondusif untuk berbicara perkara agama turut dikekang, maka dimana lagi Islam ini boleh dijelaskan secara bebas dalam Negara ini?
Pengurusan Masjid.
Selayaknya masjid diurus selia secara professional dan jujur bagi meletakkannya sebagai institusi penting dan suci dalam masyarakat .
Sangat malang apabila masjid bagaikan bangunan usang yang terbiar tanpa dipedulikan penyelenggaraannya sebagai sebuah tempat ibadah. Masing–masing melepaskan tanggungjawab kepada pihak yang lain dan akhirnya semua berlepas harap.
Sesetengahnya sangat berbangga dengan jumlah kutipan derma mingguan yang meningkat saban minggu dan dipaparkan di papan putih masjid berkenaan, sedang masjid tersebut sangat tidak terurus dengan sistem pengaliran air di kolam wudhu’, kebersihan tandas yang sangat rendah dan menyedihkan, sistem pembesar suara yang uzur serta lemah dan pelbagai kelemahan yang ketara.
Kenapa tidak wang yang begitu banyak hasil sumbangan orang ramai dimanafaat sepenuhnya untuk meletakkan masjid dan surau sebagai sebuah institusi yang hebat dan menarik. Apa yang paling penting ialah masjid mesti menjadi tempat yang paling selesa dan tenang untuk ummat mengabdikan diri kepada Allah swt.
Imej tandas masjid sebagai tandas yang paling kotor sepatutnya tidak kedengaran lagi. Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab utama setiap individu muslim? Bukan sahaja bermaksud supaya masjid tidak dipandang rendah oleh masyarakat umum, tetapi juga untuk mencari redha Ilahi .
Peranan dan Fungsi Masjid.
Selayaknya masjid diimarahkan. Sebagaimana tiada nilai masjid yang tidak diurus, begitulah tiada erti dan gunanya masjid yang diperbesar dan diperbanyakkan tetapi sepi tanpa aktiviti. Masjid juga mestilah dilihat sebagai mesra remaja dan mesra ummah seluruhnya.
Masjid tidak sepatutnya menghadkan aktiviti kepada solat berjamaah semata–mata, demikian juga tazkirah dan kupasan ilmu yang hambar dan tidak membawa ahli jamaahnya wujud dalam cabaran zaman mereka yang sebenarnya.
Sebaliknya masjid mestilah aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang mendekatkan masjid kepada mereka yang cuba menjauhkan dirinya daripada masjid. Malah aktiviti kemasyarakatan dan budaya mereka yang tidak bercanggah dengan Islam amatlah baik didekatkan kepada masjid .
Biarpun asalnya aktiviti itu bukan berbentuk ibadah namun apabila ia bertolak dari masjid dan surau, kita mengharapkan ia menjadi satu bentuk ibadah yang diredhai oleh Allah swt .
Tuisyen akademik juga boleh diadakan di masjid atau surau agar tidak sahaja ustaz dan pak lebai menguasai ruang legar masjid tersebut tetapi juga guru akademik dan murid–muridnya berhak ber“mesra” dengan masjid.
Saya berkeyakinan, jika semua pihak mengambil ruang dan bahagian mem“peranan”kan masjid seperti kaum ibu dengan aktiviti mereka, pelajar dengan aktiviti mereka dan ajk masjid dengan aktiviti mereka, masjid akan dilihat makmur, meriah, ceria dan menarik.
Pengalaman saya di Damsyik dan Tanta dapat melihat dari dekat bagaimana di sana terdapat masjid yang dilengkapi dengan maktabah (perpustakaan) untuk masyarakat merujuk pelbagai sumber ilmu dan Klinik yang beroperasi di masjid sepanjang hari dengan hanya ditutup pada waktu solat.
Keadaan itu tidak lagi meletakkan masjid dan surau sepi bersendirian dan akhirnya menjadi sasaran mat gian dan kaki lepak beroperasi dan mencuri. Malang ada masjid yang kehilangan besi keranda, tongkat khutbah dan set P.A system. Jawab mudahnya, kerana masjid tersebut sepi ditinggalkan oleh imam dan makmumnya.
Masjid sepatutnya tidak perlu berkunci dan berjaga, sudah cukup amalan iktikaf dan mengimarahkan masjid menjadikan masjid kawasan atau zon paling selamat dalam dunia.
Kalaupun keadaan memaksa demi memelihara barangan milik masjid daripada dicuri oleh penjenayah, maka saya syorkan agar sediakan kawasan berkunci untuk menyimpan barangan berharga milik masjid sementara ruang masjid terbuka untuk aktiviti umum mengabdikan diri kepada Allah swt.
Ataupun, sediakan ruangan khas yang tidak berkunci (sebahagian dari masjid) tersebut agar tidak menghalang aktiviti ummah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. terutama buat musafir lalu .
Pendekkata, sebagaimana pengurusan hotel ada kursus yang disediakan untuk meningkatkan prestasi pengurusan maka saya kira pengurusan masjid juga min baabil aula [terlebih layak] patut diadakan kursus untuk tujuan meningkatkan kesedaran dan keinsafan dikalangan ummah terhadap pengurusan masjid dan surau.
Berpolitik di Masjid.
Politik sebahagian daripada Islam yang telah dibawa oleh Nabi saw malah perjuangan baginda saw diwarnai oleh gerakkerja politik sehingga tertegaknya Negara Islam pertama di Madinah al Munawwarah. Pengurusan, pentadbiran dan pemerintahan Nabi saw juga berpusat di Masjid an Nabawi .
Masjid an Nabawi turut menjadi tempat Nabi saw mengajar ilmu politik kepada ummah agar mereka kekal menjadi ummah yang bertanggungjawab memelihara dan mentadbir negeri atau negara berdasarkan agama yang telah diwahyukan oleh Allah swt. sehingga lahir sebuah negera yang aman, maju, sejahtera dan mendapat keampunan daripada Allah swt.
Memisahkan Masjid daripada politik dan aktivitinya yang benar dan tulen mengikut ajaran Islam adalah satu percubaan untuk mensekularkan ummah dengan menjarakkan urusan politik daripada agama.
Tindakan memisahkan politik daripada masjid hanya menjadikan politik itu kotor kerana terpisah dari ruh agama. Sebetulnya inilah yang sangat diinginkan oleh ahli–ahli politik sekular agar politik mereka bebas dari pengaruh masjid yang mengingatkan mereka kepada syurga dan neraka serta dosa dan pahala. Tentunya politikus duniawi ini akan rimas dan lemas apabila politik mereka diganggu oleh ulama’ atau imam yang mengingatkan tentang dosa pahala dalam berpolitik lantaran politik mereka adalah membujur lalu melintang patah, dihulur aku sapu yang hilang aku tak kisah. Segala elemen negatif seperti politik kebencian dan fitnah yang terbentuk dari aksi politik duniawi dan sekular sewajar dihapuskan kerana politik sedemikian tidak memberi keuntungan kepada ummah dan negara. Justeru itu, masjid bagaikan “washing machine” untuk membersihkan politik dari segala elemen negatif tersebut.
Bawalah politik masuk ke dalam masjid nescaya politik itu akan menjadi tenang, murni dan terhindar dari sebarang fitnah dan kebencian sesama ummah. Bukankah masjid adalah tempat suci yang dilarang keras pengunjung membuat bising tidak tentu pasal apalagi melemparkan fitnah dan menghasut masyarakat agar saling benci membenci kerana masjid adalah simbol perpaduan dan kasih sayang.
Bertolak dari masjidlah, politik ummat Islam harus digerakkan untuk memerangi kemungkaran politik, kebathilan politik, kemaksiatan politik, penyelewengan politik dan penyalahgunaan kuasa politik kerana segala macam kemungkaran, kemaksiatan dan kebathilan itu adalah dosa dan noda yang mesti disucikan sebelum mati bettemu Allah swt.
Inilah bezanya politik Islam yang membawa ke akhirat. Berbanding kitaran politik sekular yang hanya berlegar di kaki dunia dan tidak pun sekali–kali mampu melepasi sempadannya.
oleh :Nasrudin Hassan at-