February 02, 2009

Komputer Untuk Semua

Bukit Mertajam - 1hb Februari 2009. YAB Encik Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang akan tetap meneruskan rancangan pembasmian "miskin tegar" negeri Pulau Pinang walaupun negeri ini dilanda krisis kewangan.

"Kita akan cari dan pinjam wang tetapi wang yang halal, untuk membasmi rakyat miskin tegar negeri Pulau Pinang," kata beliau di majlis Jamuan Tahun Baru Cina, anjuran Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang di Bukit Merajam.

Beliau juga meminta semua rakyat Pulau Pinang mengambil peluang dalam rancangan kerajaan negeri untuk menikmati ekses kepada internet dengan terlaksananya wi fie percuma ke seluruh negeri.

"Bukan yang muda sahaja, yang sudah berumur 70 tahun ke atas pon kena suruh cucu mengajar komputer," jelas beliau.

No comments:

Post a Comment