March 16, 2012

UCAPAN YANG DIPERTUA GABUNGAN MAJLIS GURU BESAR MALAYSIA

UCAPAN YANG DIPERTUA GABUNGAN MAJLIS GURU BESAR MALAYSIA
TUAN HAJI IDRUS BIN DATOK IBRAHIM
PADA 21HB SEPTEMBER 1991


Alhamdulillah kita memanjatkan syukur kehadrat Allah swt kerana dapat berkumpul dalam Majlis Perasmian Perwakilan MGB bagi kali ke 9 di mana dapat kita sama-sama menyonsong perbahasan mengenai perana Guru Besar dan kepentingan pendidikan yang berkesan dalam peranan yang lebih meyakinkan.

Agak wajar pada kali ini kita meninjau kembali pengalaman masa lampau, membuat penilaian prestasi serta meneliti halangan dan lambaran yang pernah dialami. Namun satu fenomena positif ialah bahawa pengalaman mendewasakan kita. Insya Allah dengan kebulatan tekad, perpaduan erat, kita akan dapat menyongsong ke hari muka – ke abad 21 – dengan visi yang lebih jelas menyahut seruan YAB Perdana Menteri merialisasikan Wawasan 2020.

Antara ke sembilan-sembilan dasar yang digariskan oleh Perdaana Menteri dalam Wawasan 2020 kesemuanya bertitik tolak dari bangku sekolah khususnya di sekolah rendah. Anak didik yang berumur 6 dan 7 tahun inilah yang akan menentukan bahawa Wawasan 2020 itu berjaya atau GAGAL.

Tuan-tuan dan Puan-puan Yang Dihormati,

Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi Tahun-Tahun 1980an adalah berlandaskan kepada aspirasi dan perakuan-perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1979, Penyata Razak 1965, Penyata Rahman Talib 1965 dan Akta Pelajaran 1961.

Dalam tepoh satu dekat ini Kementerian Pendidikan telah berjaya melaksanakan pelbagai program pendidikan. Kementerian telah memperkenalkan dan memberi nafas serta hasrat baru bagi meningkatkan mutu pendidikan negara ini. Melalui program KBSR pelajar-pelajar telah dapat meningkat literasi membaca, menulis dan mengira serta meneruskan pengajian untuk mengembangkan bakat dan potensi. Kejayaan dapat dilihat dalam perkembangan serta pembinaan sahsiah berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara.

Kita telah berjaya mendirikan asas yang kukuh dalam pelaksanaan program-program tersebut. Kejayaan Kementerian Pendidikan dalam usahanya meninkatkan lagi mutu dan kuantiti pendidikan ini adalah hasil daripada kesedaran semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pendidikan kanak-kanak.

Kajian-kajian yang berkaitan telah mendedahkan bahawa Guru Besar adalah pusat kepada kejayaan sekolah. Kepimpinan yang diberikan oleh Guru Besar itu menentukan kebersanan sesebuah sekolah itu. Kebersanan sekolah lazimnya diukur dari segi kejayaan sekolah dalam pencapaian akedemik para pelajar dan pengujudan rasa puas bekerja di kalangan guru-guru. Sekolah-sekolah yang berjaya ini dipanggil sebagai sekolah-sekolah efektif.

Di samping memperkatakan visi serta Wawasan 2020, kita juga perlu merenung kembali mengenai murid-murid lepasan sekolah rendah yang masih lagi buta huruf atau tidak dapat menguasai sama sekali kemahiran asas 3M, setelah mengikuti 6 tahun persekolahan ala KBSR. Kita harus juga sedar dengan kelemahan yang terdapat dalam tugas asasi yang kita pikul. Kursus dan segala bentuk kursus dan seminar telah diikuti oleh para Guru Besar untuk mempertingkatkan mutu professional, akan tetapi masih lagi terdaapat anak didik kita yang tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas.

Kita sedar bahawa tanggungjawab Guru Besar perlu dihubungkan dengan matalamat-matalamat negara. Adalah wajar untuk mengharapkan supaya kita mempertingkatkan keselesaan dan kemajuan dalam pendidikan terhadap anak didik di bawah jagaan kita. Sesungguhnya cabaran yang kita hadapi amat berat.

Dalam dekat 80an, pelbagai reformasi dan perubahsuaian pendidikan dilakukan oleh kerajaan bagi memenuhi tuntutan semasa serta meningkatkan lagi mutu pendidikan dalam konteks masyarakat Malaysia.

Reformasi Pendidikan yang diketengahkan oleh pemimpin pendidikan masa kini menagih penglibatan Guru Besar secara langsung, secara lebih aktif untuk mempastikan kejayaan dan keberkesanannya. Tanpa penghayatan dari para Guru Besar sebagai penggerak akar umbi, maka reformasi tersebut hanya menjadi impian yang tidak dapat direalisasikan.

Pendidikan - dalam pengertian proses pengajaran, adalah penerapan adab dalam diri insan danpendidikan yang merangkumi seluruh potensi manusia – rohani – jasmaniah – merupakan satu medan yang lebih luas dari sekadar hanya proses menyampaikan maklumat – the transection of knowledge dan proses pensijilan – certificate process. Oleh itu ia meminta kefahaman yang jelas di kalangan para Guru Besarakan peranan kita yang sebenarnya.

Profession pendidikan lebih tercabar sekarang dengan tugas besar untuk membina ummah. Proses pembinaan ini bermula dari alam persekolahan dan persekitaran. Guru Besar memain peranan besar untuk meletak generasi muda atas landasan dan geraktuju yang tepat dan benar.

Kita seharusnya menyedari bahawa kita memegang suatu jawatan dan tanggungjawab kita mengenepikan peranan kita selaras dengan aspirasi dan matlamat negara. Namun demikian peranan yang dimainkan oleh para guru seharusnya menerima ganjaran yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab..

Pelaksanaan Dua Skim Perkhidmatan telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan pada 13hb September, 1989. Pengumuman yang dinanti-nanti sekian lama oleh para guru kini menjadi satu tanda tanya kepada Guru Besar.

Kita tidak menafikan bahawa Dua Skim Perkhidmatan ini telah memberi menafaat kepada sebilangan besar kaum guru khususnya guru-guru bukan siswazah. Taraf dan status yang diperjuangkan untuk meletakkan guru dalam kumpulan B telah berhasil. Peningkatan tangga gaji tidak lagi bergantung kelayakan ekedemik semata-mata.

Sungguh tidak diduga Dua Skim Perkhidmatan ini telah memperangkapkan guru-guru bukan siswazah dari golongan SPM khususnya yang menyandang jawatan kenaikan seperti Guru Besar di mana tidak terduga bahawa jawatan hakiki mereka dalam Tingkatan Khas atau Tertinggi telah hilang sama sekali. Dan yang lebih mengecewakan adalah pengalaman sebagai Guru Besar berbelas tahun tidak diambil kira untuk peningkatan dalam skim baru ini.

Walaupun bekas Menteri Pendidikan yang lalu telah memberi jaminan bahawa jawatan Guru Besar kekal, akan tetapi Guru Besar Sekolah Gred B akan kekal sebagai guru tingkatan biasa tanpa berpeluang untuk kenaikan pangkat.

Adalah menjadi hasrat MGB untuk membetulkan kepincangan-kepincangan yang terdapat dalam implitasi Dua Skim Perkhidmatan kepada golongan Guru Besar, yang hanya diberi pengakuan KUP dan $60.00 sebulan. Gabungan Majlis Guru Besar sebagai badan professional yang bertanggungjawab mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membetulkan keadaan yang tidak selesa pada kedudukan Guru Besar.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment