December 09, 2020

 


MALAY REFORM VS NASIONAL REFORM

Tokoh yg mempopularkan slogan Reformasi tidak lain tidak bukan adalah DSAI. Perjuangan Parti Keadilan juga adalah berlandaskan reformasi. Demi memertabatkan negara, Parti Keadilan berjuang bersungguh-sungguh menggarab kerjasama melalui islah reformasinya melalui Pakatan Harapan. 

 

Ini semua rakyat nampak dan sedar. Rakyat tahu tapi rakyat juga mahu tahu adakah DSAI atau Parti Keadilan membawa nafas reformasinya unt mereformkan orang-orang Melayu itu sendiri dalam partinya atau dan juga sehingga sampai ke peringkat nasional? 

 

Kalau ada yang sensitif dgn mengatakan bahawa idea ini bercanggah dgn dasar-dasar perjuangan Keadilan itu sendiri maka terserah kepada pemikiran itu sendiri samada ianya bersifat rigid atau statik sedangkan PKR sendiri adalah sebagai sebuah parti yg pragmatik. 

 

Sedangkan diluar sana boleh dikatakan hampir keseluruhan pejuang-pejuang atau pemimpin-pemimpin dari hampir keseluruhan parti politik membawa gagasan pembelaan untuk membela anak-anak bangsanya sendiri. 

 

Walaupun DSAI menggunakan slogan anak melayu anak kita, anak india, cina, kadazan, iban, dll itu semuanya sebagai anak kita atau anaknya namun yang masih utama diluar sana adalah anak bangsa sendiri berbanding semua anak Malaysia itu sebagai anak sendiri. 

 

Lalu adakah DSAI memarjinalkan, mengenepikan tuntutan atau menidakkan pembelaan bangsanya sendiri? Mana kebajikan nya terhadap orang-orang Melayu itu sendiri khususnya? Kalau mahu sokongan orang-orang Melayu itu sendiri buktikan. 

 

Keadilan perlu mengambil bahagian. Jangan biarkan gagasan mereformkan orang-orang Melayu juaranya adalah parti-parti lain. Oleh kerana ketidak jelasan inilah maka itu sebab Keadilan kurang popular dikawasan-kawasan majoriti Melayu saperti diluar-luar bandar. Keadilan ada sebahagian potongan keknya sendiri. Jangan biarkan kek ini dirampas oleh mereka yg khianat dan rasis itu.

 

Keadilan perlu bersiap siaga. Perjuangan Keadilan bukan lagi berlandaskan kesian pada DSAI semata-mata. DSAI adalah simbol perjuangan kita dan dirinya sendiri adalah idola kita. Kita rakyat mahukan DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Bukan Muhyidin atau yang lain-lainnya.

 

Sementara DSAI masih ada, kita fikir-fikirkanlah. Sedangkan agenda bangsa terlalu besar diluar sana. Kalau DSAI sudah tiada siapa lagi yang sanggup mengangkat semua anak Malaysia itu sebagai anaknya.

 

Wallahuaklam. Kembalikan perjuangan Melayu dinusantara ini melalui Keadilan dan PH amnya. Badinda Sultan payung kita.

 

No comments:

Post a Comment