January 01, 2021

 

RUPANYA ZA'BA PUN BIMBANG TEGUR MELAYU

 

KASIHAN AGAMA DAN BANGSA KU

Tahajjud itu bagus yang tidak bagus ialah menunjuk nunjuk dan disertai no akaun. Aku biasa melihat orang bersedekah yang dirakamkan tapi tidak pernah melihat orang bertahajjud merakamkan dan meletakkan no akaun. 

Setahu aku Rasulullah amalan sunatnya dibuat di rumah kerana tidak mahu umatnya mengikuti nanti kerana bimbang ia akan menerbitkan rasa riak apabila orang melihat... wallahuallam.

Teringat aku pada valet doa. Apa mereka ini ingat Tuhan tidak mendengar doa ibumu di rumah di Tanah Melayu? Bukankah Tuhan itu ada di mana sahaja. 

Tanya pada diri kita adakah lebih baik kirim doa dengan bayaran RM 2,500 pada individu yang berniaga dengan doanya atau memohon ibu sendiri mendoakan kebahagian kita sambil kita bersedekah kepada ibu duit untuk sara hidupnya? Cuba tanya guru2 kita. Tapi jangan tanya guru yang terlibat dalam politik...ok.

Menegur orang Melayu bukannya mudah. Kalau aku penulis kecil tentulah dengan mudah dikatakan barua atau RBA. Tapi bagaimana dengan tokoh2 hebat. Abdullah Munsyi memberitahu jika dia menegur orang Melayu secara terangan terangan nescaya dia akan diikat di pokok dan orang Melayu akann mengetuk ngetuk kepalanya.

Rupanya buku terhebat karya Pendita Za'ba telah lama diilhamkan oleh tokoh ini semasa hidupnya apabila mengamati sikap yang telah menjadi sebati dalam diri orang Melayu. Matlamatnya bukan mahu mempersenda atau memperlekehkan bangsa sendiri tetapi mahu memberi kesedaran kepada orang Melayu.

Mesej Za'ba mahu orang Melayu berusaha bersungguh-sungguh dalam semua aspek kehidupan dunia mahupun akhirat dan tidak bergantung semata-mata kepada pertolongan orang lain.

Memetik kata Datuk Haji Hassan Ahmad (Ketua Pengarah DBP ketika itu), sebenarnya ada kisah di sebalik penerbitan buku ini. Za’ba mungkin menyedari mesej yang ingin disampaikan oleh beliau di dalam penulisan ini amat berat untuk diterima orang Melayu. 

Oleh sebab itu, beliau tidak pernah mengajukannya kepada mana2 penerbit semasa hayat beliau. Namun, setelah lapan tahun beliau meninggal dunia, karangan ini telah disampaikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk diterbitkan oleh anak beliau.

 Mengamati penulisan Za'ba, beliau sifatkan kebergantungan kepada orang lain sudah sebati dalam hidup segelintir orang Melayu yang tidak mahu berusaha dan hanya berharapkan bantuan dan ehsan orang lain.

Selain itu, Za’ba turut mengkritik amalan bidaah masyarakat Melayu yang terpesong dari Quran dan as-Sunnah. Kebergantungan masyarakat sepenuhnya terhadap para ulama amat ketara sehingga ada yang memohon daripada golongan alim untuk berdoa bagi pihak mereka. 

Malah skop pemahaman mereka tentang amalan kebajikan untuk bekalan akhirat hanya terhad dalam konteks ibadah seperti wirid, zikir, tahlil dan sebagainya sahaja. Manakala perkara2 baik seperti berdakwah, bekerja keras, berakhlak mulia diketepikan dalam kehidupan.

Begitulah juga pandangan Munshi Abdullah, seorang yang berfikiran saintifik sangat mementingkan imbangan akal yang sihat. Sebagai contoh ketika merakamkan insiden pawang gajah menangkap sekawanan gajah untuk Residen Inggeris, Farquhar, Munshi mengkritik kejahilan orang Melayu yang dibodoh-bodohkan oleh pawang ini. 

Menurut Munshi Abdullah, gajah2 itu berjaya ditangkap bukan sangat kerana ilmu mistik atau mantera kepawangan menundukkan gajah tersebut tetapi ia lebih kerana common sense di mana haiwan ini didorong untuk masuk ke dalam kandang yang penuh pisang dan tebu sebelum dikurung beberapa lama sehingga lapar. 

Saya tertarik dengan penulisan  Dr Mohd Tajuddin Rasdi, Professor of Architecture at a local university. Ayuh mari kita baca penerangannya yang sangat bernas.

Katanya...."Setelah menganalisa beberapa berita yang disebar di WhatsApp, saya dan isteri dalam kumpulan saudara mara dan rakan handai yang berjumlah lebih dari 10 “group”, saya membuat kesimpulan orang Melayu tidak boleh berfikiran waras, tidak tahu menilai secara kritis dan tak mahu fikir langsung jika sesuatu berita itu dikaitkan dengan isu Melayu dan Islam.

Boleh dikatakan kalau diceritakan dongeng 1001 malam tetapi ia berkait dengan menegakkan ketuanan Melayu dan melindungi Islam dari tercemar, orang Melayu akan percaya bulat-bulat dan tungang langgang.

Kalau berita atau isu yang dicoretkan itu mempunyai “watak jahatnya” sebagai orang Cina, orang India, DAP, Kristian, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, maka orang Melayu akan “totally lose it” atau dia hilang akal, tak tahu di mana otak dan fikirannya. Yang dia tahu adalah marah yang membuak-buak dan muka yang merah padam....

Siapa orang Melayu yang tidak boleh berfikiran waras ini? Adakah mereka orang kampung? Adakah mereka sekolah setakat Darjah 6? Adakah mereka ini kaki kedai kopi dan kedai mamak? Kalau itu sajalah golongannya, tuan-tuan, saya tak tulis artikel ini.

Kalau orang berpendidikan rendah berfikir macam tu memang kita boleh agak dan fahami dan maafkan. Tetapi sebaliknya, bukan golongan macam ini saja. Kebanyakan 99% Melayu kenalan saya yang pernah belajar di universiti luar negara, universiti tempatan, dah ada Master dan dah ada PhD, semuanya sama macam orang kampung dan kaki kedai kopi yang tidak berpendidikan tinggi.

Saya mempunyai ramai kenalan Melayu dan saya berani katakan yang tidak boleh berfikiran rasional, tidak tahu berfikiran kritis, tidak mahu berfikir panjang-panjang adalah orang-orang yang jawatannya tinggi-tinggi belaka.

Apa jawatan mereka? Guru sekolah menengah, guru besar, profesor madya, profesor VK7-6-5, arkitek, jurutera, pegawai tinggi GLC, pegawai eksekutif dan doktor. Bukan calang-calang pendidikan, tuan-tuan. Semuanya extra hebat belaka. Tapi fikiran? Macam tak sekolah tinggi pun.

Percaya bulat-bulat, tunggang langgang dan habis-habis. Sebab? Nak menegak ketuanan Melayu dan keagungan Islam. Dosa fitnah? Tak kisahlah. Dosa mencerca? Sikit saja. Dosa menyampai-nyampai? Tak ada hal punya beb.

Apa nak jadi dengan orang Melayu macam ini saya pun tak tahu. Negara kita ni bakal hancur dengan Melayu yang tak boleh nak urus emosi dan berfikiran rasional. Tengoklah kes Kuil Seafield dan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Waytha dituduh tak semena-mena. Kenapa tuduh dia bertanggungjawab? Dia pukulkah? Polis kata samseng yang pukul. Dia arah kah? Polis kata mungkin One City punya lawyer bagi upah. Belum tahu lagi sebab penyiasatan tak habis. Tetapi orang Melayu dalam kumpulan WhatsApp mempunyai “karamah” dan ilmu ghaib. Tak payah siasat. Tak payah soal suspek. Tak payah “post mortem”....

Kalau tanya 100 Melayu ada kemungkinan yang kata pernah dengar tapi tak pernah beli. Kalau tanya 200 orang Melayu kemungkinan ada yang membeli tapi tak tahu simpan di mana. Kalau tanya 400 Melayu mungkin jawapan yang ada adalah pernah beli, ada kat rak buku tapi takut nak baca sebab ustaz kata kalau baca buku sendiri kita jadi sesat.

Kenapa orang Melayu suka sangat percaya pada fitnah dan dongeng WhatsApp? Tak takutkah pada dosa? Kenapa perlu takut? Tak pernah pun dengar khutbah Jumaat kata percaya kat WhatApp tu berdosa. Tak ada dalam kitab lama pun tentang bencana Instagram, WhatApp, Facebook atau Twitter. Maka itu tak berdosalah. Lagi pula kalau tersilap pun, kita nak jaga kedaulatan Melayu dan Islam. Perjuangan suci kononnya.

Aduhai, kesian orang Melayu, kata Datuk Ismail Kamus selalu. Beliau pernah berpesan, “Kita harus membetulkan yang biasa dan biasakan yang betul”. Kata-kata hikmat itu saya pegang sehingga hari ini. Kita umat Islam harus ada integriti............

Wahai orang Melayu, tolong betulkan yang biasa dan biasakan yang betul."

 

No comments:

Post a Comment