LANGKAH
TERDESAK DENGAN UGUTAN
PKR mengecam langkah terdesak untuk
membuatkan Ahli-ahli Parlimen mereka keluar parti menjadi bebas atau menyertai
parti Kerajaan, sama ada melalui ugutan mahupun habuan.
Setiausaha
Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Ahli-ahli Parlimen PKR harus berpegang
teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat reformasi, serta sentiasa beringat
bahawa rakyat menilai setiap tindakan mereka dan siap membalasnya pada
Pilihanraya Umum ke-15 kelak.
Beliau
mengambil maklum bahawa wujud langkah-langkah terancang yang sedang diusaha
pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat terutama Ahli-Ahli
Parlimen pembangkang termasuk dalam kalangan PKR.
“Ini
sedang dilakukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan sama ada berkait isu
cukai pendapatan, siasatan polis dan SPRM atau melalui tawaran projek dan
jawatan dalam GLC,” katanya.
Saifuddin
percaya tindakan terdesak ini berlaku tatkala kerajaan sedia ada sudah hilang
sokongan majoriti di Parlimen, dan dalam keadaan sidang Parlimen boleh diadakan
sewaktu darurat berkuatkuasa.
“Pada
masa yang sama, jelas di mata ramai bahawa kerajaan kini sudah tidak mampu
menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, sama ada berkait pendidikan, pekerjaan,
mahupun kesihatan awam,” kata beliau.
Ini
susulan titah YDPA bahawa parlimen boleh bersidang semasa darurat, ekoran itu
pembangkang mula mendesak Muhyiddin segera menghadap Agong bagi menentukan
tarikh yang sesuai.
Dalam
masa yang sama Muhyiddin sudah kehilangan majoriti apabila tiga Ahli Parlimen
BN menarik sokongan kepadanya, iaitu Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh
Hamzah, MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub dan MP Padang Rengas Nazri Aziz telah
mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN. Keadaan kerajaan Muhyiddin
seperti telur dihujung tanduk.
No comments:
Post a Comment