SALAHKAN
KPM, DIDIKTV, BUKAN GURU.
PETALING JAYA: Aktivis
memberitahu Kementerian Pendidikan (KPM) dan penerbit DidikTV supaya mengambil
tanggungjawab ke atas rancangan TV Pendidikan yang dikecam secara meluas
berikutan murid Tahun 2 dua diajar mengenai sistem reproduktif.
Bekas
timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching berkata, guru DidikTV hanya
menjalankan tugas mereka dan tidak sepatutnya dipersalahkan.
Katanya,
kementerian itu perlu menggunakan kebijaksanaan dalam memilih guru dan
memastikan kandungan rancangan terbaik.
Pengguna
media sosial mengecam klip video pendek seorang guru yang menerangkan topik
sistem reproduktif dengan menggunakan bahasa Inggeris yang lemah di saluran TV
yang baru dilancarkan itu.
Teo
berkata, beliau terkejut mendengar guru yang bersiaran secara langsung itu diminta
menulis skrip mereka sendiri sedangkan staf teknikal yang relevan boleh
dimanfaatkan oleh kementerian terbabit.
“Ini
merupakan tempoh mencabar dan murid-murid kita berhak mendapatkan yang
terbaik,” katanya.
“Ini
bukan masanya untuk kita mengejek guru, tetapi untuk mempersoalkan mereka yang
bertanggungjawab, iaitu menteri pendidikan dan pihak lain di kementerian itu.”
Teo juga
bertanya mengapa program pendidikan tidak disiarkan di saluran penyiar awam
RTM.
Pengerusi
Gerakan Akademik Malaysia, Zaharom Nain berkata, semua pihak yang terlibat
dalam penerbitan rancangan DidikTV perlu dipersalahkan atas kesilapan itu.
Beliau
berkata, skrip diguna pakai lemah, selain mempersoalkan sisipan pendapat dan
ideologi yang “tidak begitu halus” yang tidak ada tempat dalam program sains
untuk murid-murid Tahun 2.
“Pengarah
pelakon perlu diganti kerana tidak menjalankan kerja,” katanya.
Zaharom
berkata, guru terbabit seharusnya menolak tawaran untuk muncul di kaca TV
kerana beliau jelas penguasaan bahasa Inggerisnya lemah.
“Jika
dikatakan beliau mengikut arahan, maka ‘kebodohan’ mentaliti feudalistik ‘saya
yang menurut perintah’ kitalah yang patut dipersalahkan,” katanya.
Zaharom
juga berkata, isu itu akhirnya menunjukkan dari “masalah bergenerasi ” yang
melanda sistem pendidikan kita.
Beliau
antara lain menyenaraikan masalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah,
latihan yang lemah dan gaji guru yang rendah.
“Ini
adalah sistem yang tidak membayar gaji selayaknya kepada guru,” katanya.
“Ia
adalah sistem yang tidak mendorong meritokrasi, tetapi kulitokrasi.
“Ini
adalah sistem yang menghasilkan idea yang tidak begitu bijak untuk memulakan
saluran TV baharu untuk pendidikan, malah mengabaikan pelbagai sumber perisian
pendidikan yang dibuat secara profesional, yang boleh diperolehi secara percuma
dan dalam talian.
“Ia
seperti mencipta semula roda kayu ketika kita sudah mempunyai rim tayar sport
dan tayar simpanan.”
Tunku
Munawirah Putra daripada Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan
mempersoalkan samada pelajaran itu telah melepasi penelitian profesional
sebelum disiarkan di TV.
“Adakah
ini merupakan sabotaj terhadap niat KPM untuk meningkatkan piawaian bahasa
Inggeris dan program dwibahasa?
“Pada
akhirnya, yang rugi adalah anak-anak kita. Guru, yang mungkin memberikan yang
terbaik, tetapi tidak menyedari mereka boleh memperbaiki diri dengan bimbingan
dan latihan berkesan bagi mencapai potensi terbaik juga rugi.”
No comments:
Post a Comment