DI ANTARA 2 DARJAT
1. Jika didapati ada 'orang-orang besar' langgar SOP, pasti kita akan dengar pihak berkuasa buka kertas siasatan dulu. Kemudian kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Timbalan Pedakwa Raya atau melalui proses tertentu.
2. Kes seorang artis merentas negeri ke Langkawi dan majlis kahwin yang tidak patuh SOP, di keluarkan sebarang kompaun, kemudian dengan sengaja melanggar SOP lagi.
3. Kenapa mengambil masa begitu lama? Sedangkan di media sosial tersebar luas gambar yang cukup jelas boleh dijadikan bahan bukti.
4. Tapi kalau rakyat biasa yang langgar SOP, lain pula caranya. Biasanya kita dengar akan dikompaun terus.
5. Terbaru, seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000. Sekali lagi, ada kita dengar pihak berkuasa buka kertas siasatan dan kes peniaga burger ni akan melalui proses panjang terlebih dahulu sebelum dikompaun?
6. Jawapannya, tiada. Peniaga burger tersebut terus dikompaun di tempat beliau berniaga. Dikompaun dalam keadaan beliau sedang kemas untuk menutup perniagaan dan tiada lagi pelanggan disitu.
7. Ada dua persoalan difikiran semua orang. Pertama, mengapa perlu ada cara yang berbeza apabila hendak menjatuhkan hukuman? Cara untuk hukum rakyat lain, cara untuk hukum Kluster Kayangan pula beza. Kedua, apakah tidak punya budi bicara daripada pihak berkuasa apabila berhadapan dengan rakyat yang susah atau kesalahan yang tidak berat?
8. Tidak menjadi kesalahan untuk kompaun, tiada siapa nafikan atau halang. Tapi lihat juga keadaan pada ketika itu. Kalau perlu guna budi bicara, sila gunakan.
9. Dalam keadaan rakyat susah, ekonomi tak sihat, perniagaan merosot sebab wabak Covid-19 yang melanda. Jangan disusahkan lagi rakyat yang sedang susah.
10. Pihak berkuasa juga wajib berlaku adil dalam soal ini. Jangan sesekali berat sebelah. Kalau rakyat biasa boleh dikompaun terus, mengapa Kluster kayangan perlu dibuka kertas siasatan dulu?
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment