June 04, 2021

Petisyen pecat Azmin

Petisyen bagi mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Azmin Ali meletakkan jawatan tidak akan memberi impak meskipun mendapat setengah juta tandatangan.

Pertama, ahli politik di Malaysia tidak akan berundur akibat tekanan daripada orang ramai kerana 'kompas moral' mereka yang lemah.

Justeru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan memecat Azmin kerana pentadbirannya bergantung kepada sokongan yang tipis di parlimen.

Bukan setakat itu, malah Azmin disiifatkan sebagai "timbalan perdana menteri de facto" bagi pentadbiran sekarang.

"Azmin adalah timbalan PM de facto dan bersama-sama (Menteri Dalam Negeri) Hamzah Zainuddin adalah tonggak kekuatan bagi PM walaupun bukan kepada rakyat."

 

Situasi Azmin tidak sama seperti ahli parlimen dari Umno Tajuddin Abdul Rahman, yang dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd setelah menimbulkan kemarahan orang ramai berikutannya kenyataannya mengenai insiden pertembungan dua tren LRT baru-baru ini.

Kerajaan PN memperoleh kuasa melalui rampasan kuasa politik pada tahun 2020 dengan Azmin yang juga bekas pemimpin PKR dan penyokongnya memainkan peranan penting ketika itu.

Sokongan mereka sangat mustahak buat Muhyiddin, yang mempunyai 112 anggota parlimen untuk terus memegang jawatan.

Petisyen terhadap Azmin boleh ditafsirkan sebagai petisyen terhadap PN. "Itu tidak boleh diterima oleh Putrajaya. Sebab lain PM tidak akan bertindak berdasarkan petisyen ini adalah kerana yang lain tidak cukup bagus untuk menangani kesan Covid. (Menteri) Kewangan, pendidikan dan hal ehwal wanita mungkin akan jadi yang seterusnya. Jadi ini tidak boleh dimulakan.

 

Azmin menjadi sasaran kritikan selepas sejumlah sektor perniagaan terutama sektor pembuatan dibenarkan untuk terus beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown).

Kelulusan juga diberikan sebelum ini untuk kilang minuman keras beroperasi sehingga mencetuskan perbalahan antara Azmin dan Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, tindakan di saat akhir yang memerlukan perniagaan daripada semua sektor meminta kebenaran Miti melalui Sistem Pengurusan Pintar (CIMS 3.0) untuk beroperasi juga mencetuskan perbalahan.

Ketika berita ini ditulis, lebih 130,000 individu telah menandatangani petisyen agar Azmin meletakkan jawatan

 

No comments:

Post a Comment