WANG DAN PILIHAN RAYA JOHOR
Pilihan raya negeri Johor pada 12 Mac nanti, nampaknya Najib
dengan mantera “cash-is-king”-nya itu masih ke sana dan ke sini, bagi berkempen
setiap hari di Johor.
Mujur, perintah mahkamah baru-baru ini tidak membenarkan Najib
untuk menggunakan dana 1MDB. Namun, cukup mengejutkan bahawa beliau masih boleh
mengeluarkan duit sehingga RM100,000 setiap bulan!
Ayuh kita lihat secara spesifik bagaimana mengolah persetujuan
menggunakan duit akan mempengaruhi pilihan raya negeri Johor yang akan datang.
Umno-BN sudah pun menggunakan imej bahawa mereka juga terbuka
dengan perubahan politik. Manifestonya yang dinamakan “Kestabilan Masa Depan”
ditampilkan bagi memfokuskan usaha merancakkan ekonomi, kebajikan masyarakat,
anak muda, serta urus tadbir dengan integriti serta reformasi politik.
Ketua pemimpin BN Johor, Hasni Mohammad, mensasarkan kerusi
majoriti dua pertiga serta berjanji untuk mengekalkan peruntukan tahunan
sebanyak RM200,000 kepada setiap anggota dewan undangan negeri jika BN menang.
Mengolah persetujuan menggunakan wang nampaknya dilakukan dengan
berhati-hati dan masuk akal, termasuklah janji melibatkan pinjaman bebas bunga
berjumlah RM100 juta kepada industri kecil dan sederhana; bantuan kewangan
RM150 kepada pelajar sekolah menengah dan rendah daripada keluarga
berpendapatan rendah; dan RM500 kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan
rendah.
PENGUNDI BARU DAN MUDA
Kita beralih kepada undi yang mensasarkan pengundi muda pula.
Johor merupakan pilihan raya pertama yang menyaksikan hampir 30% atau 749,731
pengundi baru, berikutan pelaksanaan Undi 18 (penurunan umum pengundian minimum
dari umur 21 ke 18).
Bilangan pengundi baru yang ramai akan menjadi sasaran bagi
mengolah persetujuan. Ianya jelas dengan polisi baru-baru ini berkaitan dengan
hutang mahasiswa yang melampau (menerusi pinjaman pendidikan dari Perbadanan
Tabung Pengajian Tinggi Nasional) yang disasarkan kepada pengundi muda.
Sehingga akhir 2021, PTPTN sudah mengagihkan sebanyak RM64.8bn
kepada hampir 3.5 juta peminjam yang sedang belajar. Hanya sekitar 22% yang sudah pun membayar
hutang mereka. Sehingga kini, sekitar 616,000 atau 51% tidak membayarnya dengan
jumlah hutang terkumpul sebanyak RM3.5bn.
Tidaklah mengejutkan jika kerajaan tidak bersungguh di dalam
percubaannya untuk mendapatkan semula pinjaman, misalnya dengan memberi diskaun
serta tidak mengenakan sekatan perjalanan selepas melihat kepada kebanyakan
yang tidak membayar hutang (sekitar 75%) adalah golongan bumiputra.
Usaha Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan, dari Bersatu, untuk
menyelesaikan masalah ini nampaknya berkurangan. Melihat kepada kedudukan
partinya yang lemah di Johor, jelas bahawa beliau menggunakannya sebagai taktik
bagi mengolah persetujuan.
No comments:
Post a Comment