March 20, 2022

 EKONOMI "POPULISME" DAN "POLITIK GIMIK"

 

Dasar Ekonomi "Populisme" Dan "Politik Gimik" Sudah Pun Hancurkan Masa Depan Orang Melayu, Terkini Labour Costs Naik 25% Tanpa Sebab.

 

Populism atau populisme merujuk dasar politik yang tujuannya untuk mewujudkan 'feel good' atau 'rasa seronok' semata di kalangan rakyat marhaen yang miskin untuk candukan pemikiran mereka daripada fahami kegagalan dan kebanggangan kerajaan. 

Politik gimik (political gimmick) pun adalah dasar populisme juga yang lebih ekstrim - ia itu dasar Kerajaan yang langsung tiada lojik atau asas yang padu melainkan untuk menyeronokkan rakyat marhaen tanpa peduli kesan buruk jangka panjang (long term negative consequences).

Contoh political gimmick atau politik gimik ialah apabila tiba-tiba mengumumkan cuti am (public holiday) untuk 'meraikan' pasukan bola menang piala pertandingan. Atau mengisytiharkan hari pertama berpuasa sebagai cuti am (public holiday) kononnya untuk meringankan beban puasa pertama itu. Ataupun mengisytiharkan cuti am yang baru untuk menyambut ketibaan musim hujan, atau ketibaan hari dan bulan tertentu dalam kalendar agama dsbnya.  Ia itu cuti am yang tidak masuk akal yang banyak merugikan ekonomi negara. 

Cuti "terkejut tergempar" contohnya apabila pasukan bola menang piala pertandingan merugikan beratus juta Ringgit bagi ekonomi negara apabila kilang terpaksa berhenti, lori hantar barang terpaksa ditunda, tambang tiket kapalterbang hangus, isi barang naik kapal tak jadi, booking bilik hotel terpaksa batal atau kena burn dan berjuta jenis kerugian lagi. 

Dasar politik populisme dan politik gimik biasanya jadi mainan ahli politik yang sudah mati akal, yang tidak cukup berpelajaran dan tidak cukup berpendidikan. Mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk majukan masyarakat dan negara. Mereka banggang.

Tetapi mereka masih perlu pancing undi, mereka perlu mencari publisiti dan populariti dikalangan penyokong dan dikalangan rakyat marhaen untuk mereka survive juga. 

Jadi setiap pagi mereka bangun tidur dan memikirkan gimik politik yang terbaru yang boleh membuat rakyat marhaen merasa teruja. Kalau ada kemenangan bola yang latest maka senang lah - declare saja public holiday. Orang Melayu yang rata-rata menjadi pekerja dan makan gaji  akan happy sungguh - tak payah bekerja sehari. Tak kisah lah jika ekonomi negara rugi beratus juta Ringgit dan rosak, dan peluang pekerjaan akan tipis,  pelabur asing (FDI) segan masuki ekonomi kita. Itu semua mereka tidak peduli. 

Saya melihat keseluruhan daripada Dasar Ekonomi Baru yang wujud sejak 1970 tidak lain hanyalah political gimmick atau gimik politik untuk mencari populariti di kalangan pengundi Melayu OLEH PEMIMPIN POLITIK MELAYU yang tidak tahu menahu cara yang betul untuk memajukan ekonomi, sosial, budaya dan politik orang Melayu dan seluruh masyarakat negara. 

Dasar Ekonomi Baru atau DEB tidak terjumpa dalam  mana-mana buku ekonomi, teori ekonomi atau kuliah ekonomi di mana-mana  universiti di atas muka bumi Allah swt. Langsung tidak terjumpa. DEB itu bukan dasar ekonomi melainkan menjadi dasar political survival parti UMNO selepas mengalami kekalahan pada pilihanraya 1969. Alliance atau Perikatan (BN/UMNO) hanya menang 45% kerusi Parlimen (43% undi keseluruhan). 

Maka DEB menjadi satu lagi gimik politik secara "terkejut tergempar" untuk UMNO/BN menyelamatkan survival politik mereka. Dan seterusnya hancurlah negara kita sampai ke tahap hari ini. PM tak selesa cakap Inggeris, Menteri mempunyai ijazah palsu, rasuah jadi budaya bangsa, maruah jadi perkara yang tidak dikenali, menghantar makanan menjadi kerjaya graduan universiti dan banyak lagi lah. Semuanya hancur. 

Begitu juga mengeksploitasi agama dan isu-isu berkaitan keagamaan untuk manipulasi sentimen politik orang Melayu. Kesemuanya adalah gimik sahaja. 

Contohnya dulu mereka mainkan lagu hudud. Apabila sudah tidak laku mereka bertukar mainkan lagu RUU pula.  Apabila mahu dapatkan jawatan tinggi, mahu kekalkan jawatan, mahu minta duit daripada kerajaan ada juga Pak Lebai yang mainkan isu kepala lembu, isu ratusan ribu anak Melayu masuk Kristian dsbnya. Semuanya adalah gimik untuk mencari populariti yang sangat merbahaya dan boleh bangkitkan ketegangan antara kaum dan agama. Tetapi geng-geng setan itu tidak peduli.

Dan satu lagi trick atau penipuan yang sangat perlu untuk menjayakan dasar politik gimik dan dasar 'populisme' ialah memberi atau menganugerahkan kepada rakyat hadiah percuma daripada harta rakyat sendiri.  They give away what does NOT belong to them.

Contohnya cuti am secara "terkejut tergempar" bila menang bola merugikan pendapatan ekonomi negara. Pengeluaran ekonomi negara kita (atau GDP) adalah sekitar RM1,400 Bilion atau RM1.4 Trilion. Atau  RM1,400b / 365 hari = RM3.8 Bilion rugi setiap hari cuti "terkejut tergempar". 

Jadi lagi banyak cuti am (public holiday) akan lagi rugi lah pengeluaran ekonomi negara kita. Pada jangka panjangnya kita akan jadi miskin. Tahniah. 

Tetapi itulah yang menjadi kegemaran ahli politik yang tidak cukup berpelajaran dan tidak cukup berpendidikan. Yang tidak cukup akal. 

Gimik politik yang latest ialah kenaikan gaji 25% (nauzubillah) tanpa sebab yang munasabah. Dari RM1,200 sebulan Gaji Minima akan di naikkan menjadi RM1,500 sebulan (mulai 1hb Mei 2022). 

Tentu sekali ini adalah satu lagi dasar politik populisme yang akan mendapat sokongan rakyat marhaen. Tetapi percayalah kenaikan Gaji Minima ini akan menghancurkan lagi ekonomi negara.

Contohnya syarikat penerbangan sekarang beroperasi pada tahap 25% of capacity atau kurang dari itu. Maksudnya pada puratanya syarikat penerbangan menjual 25% sahaja tiket bagi setiap penerbangan. 

Syarikat penerbangan kita pula telah di "private"-kan maksudnya syarikat itu tidak lagi tersenarai di Bursa Saham. Oleh sebab tidak tersenarai di Bursa maka mereka tidak perlu mengumumkan berapa banyak bilion Ringgit untung/rugi mereka sejak COVID. Atau berapa banyak bilion Ringgit duit rakyat yang perlu untuk 'menyelamatkan' operasi mereka. Kita tidak tahu. Dalam keadaan begini, tiba-tiba Gaji Minima pula naik 25% - yang akan bebankan kos bukan sahaja syarikat penerbangan tetapi semua syarikat yang beroperasi dalam keadaan darurat dan tenat sekarang ini. Businesses will die.

Dan percayalah banyak Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan tutup atau mengalami kerugian kerana merekalah yang sangat bergantung kepada pekerja bawahan (entry level labour) yang bergaji minima. Beban kos bayar gaji mereka (labour costs) akan melonjak 25%. Samada mereka akan tutup kedai atau mereka akan terpaksa membuang pekerja.

Tutup bisnes atau buang pekerja,  pengangguran akan naik lagi. Jadi saya ingin ucapkan tahniah kepada PM dan Menteri berkenaan kerana berjaya menambahkan kadar pengangguran dalam negara kita.

Dan pengangguran di kalangan anak Melayu yang akan bertambah dengan banyak sekali. Melayu yang akan miskin dulu. 

Dia begini : gaji permulaan (starting salary) bagi ramai graduan universiti (ijazah / diploma) di sektor swasta sekarang hanya RM1,600 - RM1,800. (Gaji syarikat GLC dan Penjawat Awam adalah gaji auta yang tidak mencerminkan realiti ekonomi negara jadi please jangan gunakan gaji GLC dan Penjawat Awam sebagai perbandingan.)

Tetapi kadar pengangguran di kalangan graduan universiti sudah melebihi beratus ribu.

KUALA LUMPUR (July 27, 2021): Malaysia saw its number of unemployed graduates rise 22.5% last year to 202,400 from 165,200 in 2019, the latest report from the Department of Statistics Malaysia (DOSM) revealed.

Beratus ribu graduan universiti menganggur sebab tiada peluang pekerjaan, tiada kilang baru, tiada FDI yang cukup, banyak supermarket tutup, TESCO tutup, 2000 kedai nasi kandar sudah tutup,  hotel tutup, klinik pun tutup. Semuanya tutup. 

Dalam keadaan sakratul maut (sakratul maut = approaching death situation) begini apabila Gaji Minima naik menjadi RM1,500 sebulan ia sudah hampiri Gaji Permulaan (starting salary) bagi graduan universiti.

So what will happen to the SPM leavers? Apa pula yang akan berlaku kepada bebudak lepasan SPM yang mencari kerja? Sebab tentu sekali apabila Gaji Minima menjadi RM1,500 ramai universiti graduates akan merebut jawatan yang dulu di-isi oleh bebudak SPM. Kerani kecil, kerja buruh, driver van dan forklift truck, pemasang kabel, penghantar bunkusan (parcel delivery) yang banyak bergantung kepada pekerja Gaji Minima lepasan SPM akan menjadi rebutan university graduates pula sebab Gaji Minima RM1,500 sudah hampiri gaji permulaan untuk university graduates. 

Jadi lagi ramai bebudak SPM akan tersingkir dan terpinggir, mereka akan duduk berdengung di kampong, jadi Mat Rempit, Mat Lajak, hisap dadah, pil kuda dsbnya. Majulah negara. Happy happy lah kita.  

Jadi inilah akibatnya apabila ahli politik, pemimpin negara dan pemimpin kerajaan tidak tahu menahu apa yang perlu dibuat untuk bangunkan masyarakat dan negara. Mereka sudah mati akal - brain dead.

Maka mereka akan berpolitik gimik, buat dasar ikut populisme untuk mencari publisiti murahan dan menjadi popular di kalangan rakyat marhaen yang sudah susah. 

Tetapi gimik-gimik politik mereka akan memberi keseronokkan sementara sahaja kepada golongan tertentu sahaja. In the long run atau pada jangka masa panjangnya negara kita akan hancur.

Dasar ekonomi baru, dasar perkauman, dasar keagamaan, dasar pendidikan, dasar ketuanan semuanya telah di gimik-kan untuk mencari populariti dan untuk menjaga survival politik mereka. (Oops saya hampir lupa - juga untuk menjaga periuk nasi gergasi kuncu-kuncu dan kroni elit mereka.)

Tuan-Tuan mereka sudah pun hancurkan negara kita.

OutSyed The Box

 

 

No comments:

Post a Comment