Beberapa pemimpin utama UMNO nampaknya begitu bersungguh-sungguh
mengkritik hakim dan badan kehakiman di ketika rayuan Najib Razak dalam kes SRC
International semakin berada ke penghujung.
Dalam rayuan kes SRC International
ini, perkara pokok dan terpenting sekali yang harus disedari ialah tentang
kemasukan wang daripada dana syarikat itu sebanyak RM42 juta ke akaun peribadi
Najib dan bagaimana wang itu telah dibelanjakannya.
Dalam
hujahan pendakwa, disebutkan bahawa Najib sendiri memang sedar kemasukan wang
itu ke dalam akaun bank peribadinya dan tahu ia datang daripada SRC
International.
Sepatutnya,
jika ingin mengukuhkan hujah rayuan, yang perlu disangggah atau dinafikan ialah
tentang kemasukan wang sebanyak RM42 juta itu serta perbelanjaannya.
No comments:
Post a Comment