August 05, 2022

 

 TRAGEDI BALING.

Banjir puing yang berlaku di 12 kampung di daerah Baling awal bulan lalu sehingga meragut tiga nyawa disebabkan oleh fenomena proses geologi berangkai adalah berdasarkan laporan Pasukan Khas Siasatan Bencana. Siasatan yang dilakukan oleh pasukan berkenaan turut mengesan ratusan tanah runtuh kecil yang sudah berlaku sejak lebih 15 tahun lalu.

Penemuan laporan kajian, merumuskan bahawa faktor penyebab utama bencana di Sungai Kupang, Baling, Kedah adalah disebabkan fenomena proses geologi berangkai iaitu kejadian tanah runtuh serentak secara meluas di cerun perbukitan granit terluluhawa. Ia menyebabkan cetusan hujan lebat melampau dan diikuti pula pembentukan aliran puing, banjir puing dan banjir lumpur serta hakisan di hutan sekunder akibat penukaran guna tanah kepada hutan ladang sejak tahun 2010.


Anggota Bomba dan Penyelamat meninjau keadaan timbunan kayu balak yang berada berhampiran rumah penduduk di Kampung Iboi, Kupang selepas banjir besar pada 5 Julai lalu.

 

Perkara itu diburukkan lagi apabila jambatan Kampung Iboi yang menjadi 'empangan sementara' ketika banjir puing berlaku sehingga menyebabkan banyak puing pasir dan kayu kayan terkumpul lalu pecah dan menghasilkan kuasa damparan tinggi sekaligus mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda.

Keadaan sebuah kereta yang hanyut di bawa arus dalam kejadian banjir lumpur di Kampung Iboi pada 6 Julai lalu. - Foto fail NSTP/Luqman Hakim Zubir

 


Hujan lebat melampau di Gunung Inas

Tragedi itu disebabkan oleh hujan lebat yang melampau yang berlaku di Gunung Inas diikuti pembentukan aliran puing, banjir puing dan banjir lumpur.

Tolok hujan di tanah tinggi Gunung Inas berlaku dan pengukuran curahan hujan di Kampung Iboi menunjukkan 36 milimeter (mm) untuk tempoh tiga jam dan jumlah berkenaan tidak mungkin mencetuskan tanah runtuh mahupun aliran puing.

Untuk sisa batuan, bongkah batuan dan kerikil dan pasir di kawasan bencana akibat fenomena itu tersangatlah banyak, bongkah terdampar di hulu dan pasir banyak terdampar di Sungai Iboi sehingga beberapa kilometer ke Selatan.

 


No comments:

Post a Comment