INTISARI UCAPAN PMX
·
Kerajaan beri jaminan tindakan keras terhadap pelaku insiden
serangan, pelampau dan keganasan
·
Ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan di luar jangkaan sebanyak
4.2 peratus pada suku pertama 2024
·
Cita-cita Ekonomi MADANI iaitu menaikkan lantai dan siling atau
mengangkat darjat hidup rakyat dan menstrukturkan semula ekonomi bagi
melonjakkan Malaysia sebagai jaguh di rantau Asia
·
Kerajaan MADANI serius mahu menambah pendapatan rakyat
·
Khazanah Nasional Bhd telah menggerakkan usaha melahirkan
usahawan baharu sektor berpertumbuhan tinggi dengan dana RM1 bilion
·
Insiden serangan: Pasukan keselamatan beri jaminan keadaan akan
kembali tenang
·
Kerajaan tidak akan masuk campur proses kehakiman, beri ruang
sepenuhnya kepada PDRM, SPRM banteras rasuah, ketirisan hasil negara
·
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor
swasta
·
Ekosistem perniagaan sedang diperluas dan ditambah baik
antaranya bagi kluster elektrik dan elektronik di wilayah utara dan pembangunan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
·
Bagi 2024, setakat Mac, negara berjaya menarik potensi pelaburan
asing berjumlah RM76.1 bilion
·
Kerajaan jimat RM4 bilion melalui penyasaran subsidi mengikut
penggunaan elektrik
·
Kabinet setuju laksana penyasaran subsidi bahan api dimulakan
dengan diesel, libatkan pengguna di Semenanjung Malaysia
·
Jumlah penjimatan kepada kerajaan dijangka (secara kasar)
sekitar RM4 bilion setahun daripada usaha penyasaran subsidi diesel
·
Kerajaan setuju sediakan bantuan tunai kepada pemilik individu
kenderaan diesel yang layak
No comments:
Post a Comment