November 24, 2020

Adakah orang Melayu masih tetap mahukan penyamun, perompak, pemakan rasuah dan penunggang agama terus diangkat jadi pemimpin

Pada PRU-14, seramai 70% dari pengundi di negara kita menolak reform yang sepatutnya dilakukan terhadap institusi-institusi kerajaan agar negara boleh ditadbir dengan ketelusan, pertanggung-jawaban dan akauntabiliti yang tinggi supaya ahli-ahli politik tidak boleh lagi menunggang jawatan mereka untuk kepentingan diri dan seterusnya merosakkan negara seperti apa yang sedang berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

Malangnya, majoriti orang Melayu masih tetap mahukan penyamun, perompak, pemakan rasuah dan penunggang agama terus diangkat jadi pemimpin disebabkan oleh semangat perkauman yang tebal hinggakan agama pun diseleweng dan dicemar kesuciannya agar ia dapat digunakan untuk tujuan semangat perkauman sempit ataupun asabiyyah yang keterlaluan. Rakyat yang kurang daya fikiran mereka kerana mempunyai IQ tahap kura-kura mudah ditipu dengan retorik ini sementara yang menipu mereka pula mempuyai matlamat utama yang tidak lain hanyalah untuk memperkayakan diri dan keluarga sendiri sahaja.

Tanpa sokongan majoriti dan padu dari bangsa Melayu untuk melihat usaha reform ini berjaya, kerajaan yang ingin melaksanakannya pincang dan lemah walaupun ia memenangi PRU kerana kemenangannya datang dari hampir 90% sokongan dan undian dari orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Akibat dari ini, setiap yang dilakukan oleh kerajaan untuk melaksanakan agenda reformnya dijadikan modal politik orang Melayu yang hanya tahu mencari alasan untuk membangkitkan rasa marah masyarakat semata-mata kerana pemimpin-pemimpin korup yang mereka sokong tidak lagi berkuasa. Tanpa sokongan majoriti orang Melayu, kerajaan PH sebenarnya lemah, dan keadaan inilah yang telah diambil kesempatan oleh mereka yang gila kuasa untuk sanggup berpakat dengan penyamun-penyamun dan penunggang-penunggang agama untuk merampas kuasa dengan cara yang tidak bermoral dan beretika.

No comments:

Post a Comment