BELANJAWAN
2021DILULUS
Selepas Menteri
Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan
termasuk kebenaran mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) seperti yang dituntut pelbagai pihak belanjawan 2021 yang
menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu, akhirnya diluluskan melalui
undi suara di Dewan Rakyat hari ini.
Cubaan Mahfuz Omar
(PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara en bloc tidak
kesampaian apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15
ahli parlimen. Ketika semakan dibuat kakitangan Dewan Rakyat hanya 13 ahli
parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz.
Pengundian hari ini
adalah kekangan pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan
Nasional itu. Selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk
dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.
No comments:
Post a Comment