Ahli perniagaan dalam buruan Low
Taek Jho, atau Jho Low, yang menjadi 'mastermind' dalam skandal 1MDB percaya
dia tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang daripada
1MDB. Pengakuan Jho Low itu dibuat melalui rakaman perbualan telefon
dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad yang didedahkan melalui sebuah dokumentari disiarkan stesen
penyiaran Al Jazeera.
Dokumentari bertajuk 'Jho Low -
Hunt for a Fugitive' yang berdurasi selama sejam itu dimulakan dengan panggilan
telefon antara Jho Low dan kerajaan Malaysia antara Mei hingga November
2018.(saksika videonya di bawah) Tegas Jho Low, dia hanya meminjam wang
berbilion dolar berkenaan daripada 1MDB untuk dirinya.
"Saya percaya saya tidak
melakukan apa-apa kesalahan," katanya melalui satu rakaman perbualan
telefon yang diperoleh secara eksklusif oleh Al Jazeera. Tambahnya,
wang tersebut dibelanjakan antara lain untuk membeli hartanah mewah di seluruh
dunia, karya seni, jet peribadi, kapal layar besar dan arak mahal.
Malah, Jho Low sedia memulangkan
semula wang berkenaan, asalkan dia tidak didakwa di mahkamah. "Semua
ini sebenarnya hanya pinjaman, secara langsung atau tidak langsung, tetapi,
akhirnya, saya rasa, masanya telah tiba, kami mahu membantu mengembalikan
semula aset ini. "Dan sebagai balasan atas kerjasama yang diberikan,
kami mahu meneruskan kehidupan tanpa berdepan sebarang tuduhan,"
katanya. - DR
Sementara itu, pendedahan
dokumentari khas oleh Al-Jazeera berjudul Jho Low: Hunt For A Fugitive di mana
Jho Low mendakwa mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yang berkuasa ke
atas kelulusan semua transaksi 1MDB adalah bukti terbaru berkaitan
penyelewengan wang 1MDB melibatkan dana hampir RM20 bilion. Jho Low juga
mendakwa bahawa hampir RM4 bilion (AS$1bilion) telah dimasukkan ke akaun
peribadi Najib yang merupakan satu tuduhan berat. Oleh kerana Najib sering
‘flip flop’ tentang hubungan dengan Jho Low walaupun dia dituduh sebagai rakan
sejenayah dalam skandal mega ini, maka Najib perlu mengheret Jho Low ke
mahkamah jika ikhlas mahu membersihkan namanya daripada tuduhan ini.
2. Apatah lagi, Jho Low menuduh
pentadbiran Najib tidak mahu mendedahkan dokumen ketika mana dia berunding bagi
penyelesaian tuntutan mahkamah 1MDB dan DOJ Amerika Syarikat seolah-olah
misteri kehilangan Jho Low ini mungkin dilindungi oleh seseorang yang berkuasa.
Pihak berkuasa terutama Polis DiRaja Malaysia dan SPRM harus menyiasat
pendedahan ini supaya skandal kleptokrasi terbesar dunia ini disiasat sehingga
ke akar umbi memandangkan ia melibatkan integriti dan maruah negara.
3. Dakwaan Jho Low bahawa hampir
RM 2 bilion (AS$500 juta) dibelanjakan untuk membeli barang kemas Rosmah Mansor
juga amat mengejutkan. Pendedahan ini jika benar adalah satu pengkhianatan
kepada rakyat dan negara kerana hutang 1MDB perlu dibayar oleh negara. Setakat
ini, dianggarkan lebih RM14 bilion hutang 1MDB dibayar melalui kantung negara.
Sudahlah kantung negara semakin tenat, rakyat kian menderita akibat tiada
pembelaan kerajaan yang tuntas.
4. Wang sebegini besar seharusnya
boleh digunakan membantu PKS memajukan perniagaan mereka dan membantu mereka
yang hilang pekerjaan terutama ketika kita berhadapan pandemik Covid-19 ini.
Pembangunan infrastuktur rakyat seperti pembinaan 4 buah hospital besar dan 60
buah sekolah boleh digunakan jika jumlah wang ini tidak dibelanjakan untuk
kemewahan diri. Pengkhianatan seperti ini tidak boleh dilupakan rakyat Malaysia
yang ikhlas menolak pentadbiran kleptokrasi dalam PRU yang lalu. - Faiz
Fadzil
Najib lupa dia kenal mamat ni...
ReplyDeleteBukti jelas hanya untuk bukan walaun.
ReplyDelete