KEHIDUPAN ANWAR DI FITNAH
Prof. Sidek Baba
dibayar RM 15,000 sebulan untuk burukkan Anwar?
"Ada sesuatu yang
tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil
dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut,
apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat,"
kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Dr Sidek
Baba.
"Bila saya masuk
(tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998) selama 16 hari saya
juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya
terima," katanya.
Sidek berkata beliau
meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28
individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat
Istikharah bagi memohon petunjuk.
"Ada orang kata
saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan
kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab
depan Allah nanti.
"Saya tidak tuduh
dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti
Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama
dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku
adillah pada saya," katanya.
Sidek juga berkata
beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang
perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.
Hmmm... bettul ke apa
Sidek Baba katakan itu?
Baca apa yang ditulis
oleh Hj Omar Bin Abdul Rahman dari Iph, Perak yang mendakwa dirinya adalah Ahli
UMNO yang bersifat nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba..
Sidek Baba Pejuang
Islam: Orang kesayangan Anwar Ibrahim
Saya mengenali Sidek
Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi
AJK Minggu Orientasi-UM.
Kami panggil dia Cikgu
Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari
segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi
umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
Saya mengikuti dari
dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari
keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas
malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah.
Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek lembut orangnya.
Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu
itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai
lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah.
Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.
Sidek juga mengajar di
Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di
depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh
Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu
anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang
miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.
Semasa di universiti
hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia
Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah
selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam
dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat
Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang
diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik”
bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat
betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.
Anwar selalu masuk
kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana
membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini
yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar
adalah Sidek.
Selepas lulus dari
universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru
Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai
Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari
belakang.
Hubungan saya dengan
Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di
Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua
Unit.
Adalah menjadi amalan
Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong,
sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu
tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan
Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat
ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat
persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
Malah diantara tajuk
yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau
lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan
Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk
bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.
Saya memang tidak
berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang
Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi
akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli
UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap
keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki
bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka
dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia,
satu penipuan.
Allahyarham Datuk
Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam
menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters.
Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau
buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin
memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
Tapi bila melobi
kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib,
Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu
Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada
Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit
taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas
kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat
murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib
Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
Sidek waktu itu
Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana
Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai
Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor.
Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan
itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan
tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik
yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle)
dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu
cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek
amat kecewa.
Bila Pakatan Rakyat
merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi
ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang
dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata
kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib
Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang
sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri
bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak
cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable
academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International
Journal yang beliau hasilkan.
Bila Dr Mahathir
menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi,
Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek
mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang
merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan
RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM
mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan
semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang
ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik
Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi
sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk
Dusuki Ahmad.
Sidek tidak ditahan
lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk
bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan
Reformasi.
Bila saya berjumpa
beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau
kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat
dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan
tidak jejas. Saya faham keadaanya.
Pada satu Jumaat dua
bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya
tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak
kena.
Kini baru saya faham
kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan
jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek
dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek.
Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah
ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang
nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan
lagi orang kesayangan Anwar.
Sidek tiada pilihan.
Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir
tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada
pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah.
Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman
yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.
Anak buah saya kini
berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas
Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota
kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini
merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti
113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa
mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar
Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka
sanjung satu masa dahulu.
Saya bukan penyokong
Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan
saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis
bukan Islamis seperti Sidek Baba.
Ipoh Perak.
No comments:
Post a Comment