November 22, 2020

 KENALI ANWAR

Sejujurnya semasa Ku Li lawan Mahathir sekitar tahun 86 - 87, masyarakat dihidangkan dengan buku propaganda Ku Li yang kandungan buku tersebut hanyalah memburukkan Ku Li, menununjuk kemewahan itu dan ini gambar belia dengan pakaian pakai topi yang ada tanda salib, banyak sekali propaganda dalam buku tu, rasanya orang lama dalam politik mesti ingat buku tu.

Masa itu tiada internet, sumber maklumat masa itu hanya dari saluran media perdana sahaja, memang kuat propaganda yang terpaksa Ku Li hadapi, dengan kehadiran buku propaganda tersebut, ditambah pula surat berantai yang memburukkan Ku Li  memang makan dalam pada orang-orang awam yang ketika tu masih mentah lagi dan tidak faham mainan sepak terajang orang-orang politik.

Malangnya, kesan propaganda dari buku tersebut memberi impact yang sangat besar pada pemikiran masyarakat umum terhadap Ku Li, selama berpuluh tahun kesannya terhadap pandangan kepada Ku Li..

Hanya selepas PRU12 dan menjelang PRU 13 barulah masyarakat mum dapat  berlapang dada menerima Ku Li selepas membaca betapa rasionalnya beliau membicarakan tentang perjanjian Petronas dengan kerajaan Malaysia. (Namun, bebas pandangan buruk terhadap Ku Li tidaklah menjadikan semua orang menyokong politik beliau, hanya pandangan terhadap beliau lebih adil berbanding dulu)

Begitulah juga yang sedang dihadapi oleh Anwar kini, generasi baru kadang-kadang tidak tahu bahawa Anwar ini pernah menjawat jawatan TPM dan pernah jadi Menteri Kewangan apatah lagi pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia.

Mereka tidak tahu. Sedari kecil ramai dari kalangan mereka disumbatkan dengan maklumat-aklumat yang salah mengenai Anwar.

Hanya di zaman ini mereka lebih beruntung kerana zaman ini ada media sosial, mereka boleh dapatkan info alternatif yang tepat mengenai Anwar Ibrahim dari pelbagai sumber dan tidak hanya bersumberkan media perdana sebagaimana zaman dahulu.

Tahun lepas, pernah seorang pemuda berusia sekitar 24 tahun membuat pengakuan di dalam satu majlis bahawa beliau dulunya tidak mengenali Anwar,  dan maklumat yang di sogokkan kepada beliau adalah tuduhan-tudhan ke atas Anwar, pernah kena penjara dan sebagainya. Semenjak berbelasan tahun beliau disogok dengan cerita-cerita Anwar yang mempunyai sifat dan berkelakuan ganjil diluar tabii manusia biasa.

Beliau menyatakan ketika berada di IPT, beliau mula mencari siapa Anwar kerana pada waktu itu beliau berasa sangat hairan, mengapa di sebelah pihak, Anwar ini sangat dimusuhi, tetapi disebelah pihak yg lain, Anwar sangat disanjung dan disayangi. Maka beliau cuba cari maklumat tentang siapakah Anwar ini, apa prinsipnya apa perjuangannya, beliau fikir mesti ada sebab mengapa orang menyanjungi insan yg bernama Anwar Ibrahim ini.

Satelah mengkaji dan baca serta membandingkan maklumat yang diperolihi, akhirnya beliau mula memahami mengapa pemimpin-pemimpin elit  tertentu terlalu memusuhi Anwar dan mengapa pula rakyat bawahan menyanjungi Anwar. Beliau mengakui terpesona dengan kekuatan prinsip Anwar Ibrahim ini dan akhirnya beliau sendiri menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Propaganda hebat, fitnah boleh diatasi dengan fakta yg benar, asalkan ada yang sentiasa sanggup berusaha menyampaikan fakta yang benar tanpa jemu dan diri kita sendiri pula, rajin mencari fakta, membaca sumber jika mahu menilai dengan adil.

Kedua-dua sosok ini sengaja diketengahkan pada keadaan pertembungan identiti mutakhir ini.  

 

No comments:

Post a Comment