December 01, 2020

 

KENAPA SAYA TERTARIK PADA PKR

Walaupun rakan2 saya mengatakan DS Anwar masih on track, saya mengambil pendekatan tidak mengapalah jika Anwar bukan menjadi PM yang penting parti PKR ini diperkukuhkan kerana ia parti masa depan jenerasi Malaysia.

Jika ditakdirkan Allah, Anwar bukan menjadi PM kita kena redha. Namun Anwar tetap akn dikenang oleh anak cucu kita sebagai jambatan rakyat melawan korupsi yang menjadi kanser rakyat negara ini. Anwar akan menjadi ikon Reformasi yang akan dikenang dari zaman ke zaman.

Bayangkan jika Anwar tidak berani. Maka semakin ramai pemimpin menjadi penyamun. Macam dulu2 kita hanya menunjuk Istana hebat itu rumah wakil rakyat. Terima kasih Anwar kerana sanggup terkorban untuk generasi Malaysia.

Saya yakin suatu masa nanti mungkin bukan generasi saya, cucu2 saya pasti akan dapat melihat Malaysia yang baru. Di mana Malaysia rakyatnya takut untuk melakukan rasuah, hukuman yang tidak berbeza, pemimpin tidak menjadi kaya raya dan yang penting tidak ada permusuhan atau kebencian antara kaum yang kritikal lagi angkra politik.

Saban tahun bangsa Malaysia akan melahirkan generasi yang semakin bijak. Dengan kemudahan media sosial ini, rakyat tidak sukar lagi mendapat maklumat yang betul. Jika 60 tahun dahulu orang Melayu hanya berani membisik ke telinga untuk melawan kemungkaran, kini segalanya dihujung jari.

Yang penting mesti ramai yang muncul berani menulis kebenaran. Semua orang boleh menjadi pemimpin, penceramah yang ribuan membacanya. Rakyat perlukan maklumat dan ia tidak boleh terhenti. Percaya tak BN dulu ditewaskan kerana kuasa media sosial. Kerana keberanian saudara2 semua bukan kerana Mahathir.

Bukan sahaja lawan korupsi tapi tugasan kita menghapuskan kebencian antara kaum ini. Kalian di dlm PKR semua bangsa mesti memainkan peranan, yang Melayu tulis kebaikan orang Cina, yang Cina tulis kebaikan orang Melayu, begitulah juga bangsa India dan lain2.

Saya melihat PKR ini adalah parti masa depan. Ia akan menjadi hampir sempurna menjelang 2050. Pemikiran pemilik parti ini sangat jauh ke hadapan. Politik perkauman akan terhapus suatu hari nanti apabila cukup 70% org Melayu bijak.

Saya melihat di dalam PKR ramai Melayu, India, Cina, Dayak, Iban, Dusun, Bajau, Suluk, Bugis intelektual. Sebab itulah kekuatan PKR adalah di bandar2 besar buat masa ini. Teruskan Insyallah 20 tahun lagi kita akan dapat benar2 melihat Malaysia baru.

Anwar Ibrahim mungkin sudah tiada 20 tahun lagi. Harap2 Mahathir pun sama. Jadi apa yg kita perjuangkan adalah untuk masa depan anak cucu kita sepertimana dilakukan oleh Ghandi. Jadi fokus perkuatkan PKR, suatu hari nanti mungkin parti ini boleh sendiran menjadi kerajaan kerana ia parti bangsa Malaysia.

Masihkah kita ingat kata2 ini hampir 100 tahun dahulu. We'll never surrender, we'll win or die you have to fight the next generation and the next and I'll live longer than my hanger, ia kata2 hebat As Syahid Omar Mothar. Beliau tewas dalam kemenangan. Kemenangan Omar Mothar apabila perjuangnya yang disambung generasinya.

Untuk saya, saya berbangga menjadi sebahagian pejuang2 kecil melawan kerosakkan politikus itu. Akhir kata Anwar tidak tewas walaupun dia gagal menjadi PM, dia sebenar menang. Dia adalah satu2nya pemimpin yang menerima sokongan begitu ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.

 


No comments:

Post a Comment