KUASA
1. Dalam sistem
demokrasi, kuasa ditentukan oleh rakyat. UMNO antara parti terkuat di Malaysia,
yang berkuasa menjatuhkan mereka adalah rakyat pada 2018.
2. Tapi sayang, kuasa
rakyat itu dikhianati. Ada parti politik merasakan mereka boleh menentukan masa
depan negara dengan membelakangkan mandat rakyat.
3. Maka diperingkat
awal Langkah Sheraton, nampaklah "mereka" cerdik, dapat kedudukan
Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Kekal di Perak. Kemuncaknya adalah
apabila mereka berjaya menubuhkan PN dan kejayaan yang terbaru dengan merampas
Sabah daripada tangan Warisan.
4. Parti kecil yang
merasakan mereka kuat, sebenarnya lemah. Mereka hilang kuasa di Johor, hilang
kuasa di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa hanya di
Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Semuanya ditentukan UMNO.
5. Kuasa terakhir
adalah pada Perdana Menteri, namun keabsahan bilangan sokongan turut bergantung
kepada UMNO. Muhyiddin akhirnya terpaksa melutut kepada umno, melihat begitu
saja babak Timbalannya dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu dirampas satu
persatu.
6. Benarlah kata Datuk
A Kadir Jasin, umpama ular lidi yang cuba memakan ular sawa. Langkah politik
terakhir Muhyiddin adalah dengan cadangan darurat kepada negara, syukur negara
tidak dikorbankan.
7. Politik dihadapan
tanpa berpegang kepada mandat rakyat akan belit-membelit, penuh tipu muslihat,
percaya dan tidak percaya. Kita perhatikan sahaja.
No comments:
Post a Comment