ADA LAGI STRATEGI NAK HALANG DSAI
Tadi aku scroll di Twitter, terjumpa video
Syed Saddiq. Aku tak tengok penuh sebab berasa mual. Antara yang dia sebutkan,
"kita dulu jatuh sebab bergaduh, bergaduh sebab jawatan. Orang yang sama,
sampai hari ini, sudah tiada jawatan pun masih bergaduh..."
Itu yang aku mual. Bercakap macmalah dia
betul sangat. Tapi aku nak beritahu, tiada pergaduhan pun masa PH memerintah.
DS Anwar tak pernah desak Mahathir letak jawatan. Mahathir saja yang rasa
tertekan sebab dah mula rasa terikat dengan janji.
Ok, tapi bukan itu yang aku nak ulas.
Aku mula nampak satu trend dalam
kumpulan pembenci DS Anwar ini. Nampaknya mereka sudah tukar taktik apabila
taktik pertama mereka iaitu mengangkat Mahathir sebagai wira negara dan mangsa
pengkhianatan Muhyiddi ternyata gagal.
Kemudian mereka cuba burukkan DS Anwar
dengan menuduh DS Anwar sebagai gila kuasa. Sesetengah pihak pergi lebih
ekstrem hingga menyebut kes liwat dahulu walaupun puas dijelaskan bagaimana
terangnya kes itu suatu fitnah.
Tapi kebanyakan mereka orang muda.
Sewaktu perbicaraan Liwat 1.0 mereka masih budak hingusan. Sebab itu mereka tak
tahu kisah sebenar. Cuma masalahnya bila kita beritahu, mereka bodoh sombong,
tak mahu dengar penjelasan.
Kini nampaknya mereka mula tukar
strategi apabila kedua cara sebelum ini gagal. Apa dia? Mereka mula meminta
kedua-dua DS Anwar dan Mahathir berundur. Dan aku rasa cara ini lebih berkesan
dari 2 taktik sebelumnya. Macam ada sambutan.
Mereka sedar memburukkan DS Anwar dan
mengangkat Mahathir takkan berjaya. Kini mereka mula meracun fikiran rakyat
supaya menolak kedua dua pemimpin ini. Dengan cara ini mereka nampak seperti
neutral dan lebih mudah diterima.
Tapi... Aku tak percaya mereka. Kenapa?
Sebab persoalannya, siapa tokoh yang
mahu diangkat sebagai pempimpin sekiranya betul DS Anwar berundur dari arena
politik? Siapa?
Shafie Apdal? Pegang Sabah pun tak ke
mana. Mukhriz? Kalaulah Mukhriz itu bukan berbinkan Mahathir, dia bukan
siapa-siapa dalam politik Malaysia. Hanya melukut di tepi gantang.
Rafizi? Nurul Izzah? Saifuddin Nasution?
Mereka ini bagi aku berbakat tapi belum cukup masak. Terutama Rafizi dan Izzah
yang merajuk. Nak jadi ketua tak bolehlah merajuk. Tapi mereka masih muda.
Mereka bakal pemimpin masa depan tapi bukan sekarang. Mereka perlu diuji dengan
lebih keras.
Habis tu siapa? Mat Sabu? Salahuddin
Ayub? Khalid Samad? Adoi... Janganlah buat aku ketawa. Aku akui mereka pemimpin
politik yang hebat tetapi untuk pimpin negara, mereka bukan orangnya. Jenis
yang tak faham sentimen rakyat, nak pimpin negara bagaimana?
Jadi?
Mahu tak mahu, masa itu mereka ini akan
kata kita jemput semula Mahathir untuk jadi mentor orang orang muda ini.
Sekejap sahaja. Bila yang muda dah sedia, Mahathir boleh undur diri. Percaya
tak kalau aku kata itu rancangan sebenar mereka?
Maka sebab itu jangan terima idea
menolak kedua dua pemimpin ini. Itu hanya satu dari helah mereka untuk
menyingkirkan DS Anwar. Bukan Mahathir tak pernah guna helah ini dahulu. Konon
nak bersara tapi konon 'diseru semula' untuk kembali aktif.
Ceritanya mudah. Yang perlu bersara dari
politik hanya Mahathir. Tak perlu libatkan DS Anwar. Dan ketika PH berkuasa, DS
Anwar tak pernah ganggu pentadbiran Mahathir. Sampaikan Mahathir nak habis satu
penggal pun DS Anwar terima.
Yang bersalah, yang berdosa kepada rakyat,
yang menipu, yang gila kuasa dan yang mengkhianat hanyalah Mahathir. Maka
Mahathirlah yang wajib berundur dari politik Malaysia. Kerana dia seorang
sahaja sudah cukup untuk rosakkan segalanya.
Jangan terpedaya dengan permainan licik
mereka. Tetapkan pendirian. Kita berdiri teguh di belakang DS Anwar Ibrahim dan
menyokong penuh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
No comments:
Post a Comment