Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedang meneliti permohonan dan keutamaan kepada golongan sasaran B40. Sebanyak 1,000 tablet akan diserahkan kepada pelajar serta murid yang layak selewat-lewatnya dua minggu lagi.
"Setakat ini, kami menerima lebih 1,000 permohonan, jadi kami sedang meneliti mereka difikirkan layak terutama golongan B40 dan M40 atau mempunyai anak ramai.
"Kalau tiada halangan mungkin seminggu dua lagi ia akan
selesai dan buat permulaan seramai 1,000 pelajar akan menerimanya untuk
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan dan
menyampaikan sumbangan kepada pemilik enam gerai di Pasar Besar Port Dickson
yang terbakar awal pagi hari ini.
No comments:
Post a Comment