Ada yang masih hidup tetapi ramai juga yang telah
pergi sebelum dapat menyaksikan Anwsr dibebaskan dari penjara. Mereka itulah
pejuang reformasi tulen yang tidak menuntut apa-apa kecuali ingin melihat Anwar
dibebaskan dari penjara dan memimpin reformasi di dalam negara ini.
Kita yang masih
bernyawa ini meneruskan perjuangan rakan-rakan kita yang telah pergi menemui
Maha Pencipta. Anwar masih berhutang dengan mereka dan kita pula masih
berhutang dengan Anwar kerana Anwar telah mengorbankan segalanya, diri dan
keluarganya demi sebuah perjuangan reformasi yang kita idamkan.
Anwar telah alami
penderitaan dan kesengsaraan. Anwar telah difitnah, dizalimi, diseksa, dipukul
dan diaibkan bertahun-tahun. Insan yang telah melalui pengalaman buruk ini
sudah pasti merasai keinsafan tentang erti kezaliman dan penderitaan. Sudah
tentu beliau tidak mahu rakyat dizalimi dan derita kerana beliau telah
merasainya.
Ayuh, kita tiada
pilihan selain dari mengangkat tokoh ini untuk memimpin negara tercinta ini.
Kita bantu Anwar untuk membayar segala hutangnya kepada pejuang reformasi
terdahulu.
Ada yang tumbang di pertengahan jalan, ada yang belot.
ReplyDelete