TIADA RAMPASAN
DARI PEMIMPIN PKR
Oleh: Redzuan RF8 Media February 17, 2021
Laporan mendakwa
timbalan pengerusi KEADILAN Perak M A Tinagaran terlibat dengan siasatan dan wang
tunai jutaan ringgit milik beliau dirampas adalah berita palsu.
Pengerusi Majlis
Pimpinan Negeri KEADILAN Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata,
beliau kesal dengan sebuah portal berita yang sengaja memutarbelitkan fakta
untuk mensensasikan berita, sedangkan wang yang diambil untuk siasatan lebih
kecil jumlahnya.
“Saya ingin membawa
perhatian orang ramai kepada berita palsu yang dilaporkan oleh beberapa media
melibatkan Timbalan Pengerusi KEADILAN Perak, M A Tinagaran.
“Sebelum ini semua
pihak disarankan agar tidak membuat andaian, namun sikap tidak bertanggungjawab
wartawan bernama Fazreen Kamal di portal Malaysia Now telah memberikan gambaran
negatif dengan memutar belitkan fakta secara prejudis.
“Tiada aset atau wang
tunai berjumlah berjuta ringgit yang dirampas milik Tinagaran. Sebaliknya wang
sejumlah RM17 ribu dalam denominasi kecil telah diambil untuk siasatan. Kereta
yang disita bukanlah miliknya tetapi oleh seorang kenalan yang menumpang
tempat.
“Lebih mendukacitakan
adalah apabila beberapa portal lain juga sekadar memetik sumber untuk
mensasikan laporan tanpa membuat usul periksa secara lanjut,” katanya.
Farhash mengingatkan
pengamal media bahawa penyebaran berita palsu adalah menyalahi Akta Komunikasi
dan Multimedia.
Katanya,
sebaik-baiknya kerajaan dalam hal tersebut segera menjalankan siasatan terhadap
portal berkenaan dan mengambil tindakan tanpa ‘pilih bulu’.
“Saya ingin
mengingatkan bahawa penyebaran berita palsu merupakan kesalahan di bawah
Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Diharap kerajaan tidak
bersikap berat sebelah di dalam pemantauan berkenaan isu ini.
“Media harus lebih
cermat kerana siasatan masih dijalankan dan semoga proses perundangan berjalan
secara lancar tanpa prejudis,” katanya lagi.
Semalam beberapa
portal berita menyiarkan laporan bahawa MA Tinagaran ditahan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan.
Namun belum ada
kenyataan rasmi dikeluarkan SPRM berhubung siasatan berkenaan mahupun rampasan
wang tunai sebagaimana dilaporkan media.
No comments:
Post a Comment