46% responden mahu Din letak jawatan
Hanya 19 peratus
responden dalam tinjauan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang berpendapat
bahawa Muhyiddin Yassin sepatutnya kekal sebagai perdana menteri sehingga
tempoh Parlimen berakhir. Hampir separuh (46 peratus) responden berkata
Muhyiddin harus mengundurkan diri kerana dia tidak lagi menikmati sokongan
majoriti sementara 29 peratus pula berkata, pilihan raya umum baru harus
diadakan segera. Dua peratus lagi berkata, bahawa Muhyiddin perlu meneruskan
perisytiharaan darurat untuk terus berkuasa. Dapatan tinjauan itu
dinyatakan dalam laporan "Mood Rakyat Malaysia Siri 1" IDE yang
diterbitkan hari ini. IDE mendakwa bahawa tinjauan dijalankan dalam talian antara
19 Februari dan 28 Februari, bertepatan dengan ulang tahun pertama “Langkah
Sheraton" yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan. Ketika
dihubungi, pengurus kanan bahagian penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir
berkata, 8,352 sampel berkenaan diperoleh secara dalam talian melalui kaedah
pensampelan pelbagai peringkat. Tahap pertama persampelan bertujuan untuk
memastikan bahawa responden mampu menjawab soalan diikuti dengan pensampelan
berstrata rawak dan akhirnya persampelan kuota untuk mewakili setiap wilayah
dan subkelompok. Dalam perbincangan secara maya, dapatan tinjauan berkenaan,
Khairul Arifin berkata, perincian persampelan akan didedahkan pada kemudian
hari oleh
No comments:
Post a Comment