ORANG-ORANG MELOMPAT AKAN DITENDANG RAKYAT
Presiden KEADILAN, Datuk Seri
Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada mana-mana Ahli Parlimen yang melompat
bahawa mereka akan berdepan kekalahan kerana menghina mandat rakyat.
Hal itu, kata beliau telah
berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang menyaksikan undi popular
diterima KEADILAN meningkat daripada PRU 2008, biarpun beberapa Ahli Parlimen
telah melompat menyertai BN sepanjang 2008 - 2010.
"(Pada) 2008, PRU kita
menang dan ada yang lompat (kemudiannya). Pada PRU 2013, dukungan kita
melonjak. Orang-orag yang melompat itu kecundang ditendang oleh rakyat.
"(Mereka melompat) kerana
peribadi mereka, tekanan terhadap mereka, apakah cukai, apakah projek, apa-apa
tekanan lain jadi mereka tiada pilihan. Kononnya (sebelum itu) nak bela nasib
rakyat," kata Anwar dalam siaran media pagi tadi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu
mahu wakil rakyat mempunyai pemikiran lebih rasional. Mandat yang diberi rakyat
kepada mereka wajib dipertahankan, bukannya menghitungkan kepentingan peribadi
atau untung rugi menjual jawatan.
Wakil Rakyat, katanya tidak
wajar beralih arah hanya kerana disekat peruntukan kawasan atau disiasat
perihal isu cukai dan sebagainya.
"Apakah ini menjadi
pertimbangannya? Pertimbangannya adalah untuk wakil rakyat menuntut kerajaan
berlaku adil kepada semua termasuk kawasan pembangkang.
Itu tuntutan kita. Bukannya
tuntutan wakil rakyat harus jadi pejuang rakyat, suara hati nurani rakyat
kemudian mengaku kalah. Ini disebut kegalauan pemikiran.
"Masalah rakyat adalah
pengangguran, ekonomi, rating agensi yang meletakkan Malaysia terus tercorot.
Masalah pelaburan yang kian hilang, ini masalah rakyat sebenarnya. Kalau benar
kita cinta kepada rakyat kita mesti tuntut Parlimen bersidang dan kerajaan PN
berundur kerana hilang majoriti.
"Sekarang, oleh kerana
mereka hilang majoriti maka bergelut membeli (Ahli Parlimen), upah, ugut sedaya
upaya untuk mendapat dukungan sebelum boleh difikirkan Parlimen
bersidang," katanya lagi.
Sikap pemimpin PN itu, kata
Anwar jelas pentingkan diri dan tidak memikirkan derita rakyat terbanyak yang
perlu dibela dan didahulukan.
No comments:
Post a Comment