AUDIO ANWAR – ZAHID, TAKTIK BASI PECAHKAN PH
Audio
perbualan kononnya di antara Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dan
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular dalam kalangan pimpinan
dan ahli Umno bukan sahaja palsu malah taktik basi untuk menimbulkan kecurigaan
dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH).
Datuk Seri Anwar sebaliknya berkata, taktik seperti itu
tidak akan mampu menggugat perpaduan dalam PH.
“Ini nak gunakan kita, nak lawan politik dalam Umno. Nak
gunakan kononnya perbualan saya dengan Datuk Seri Zahid untuk politik Bersatu
nak menikam pimpinan Umno.
“Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya juga arah pegawai
saya buat laporan polis, biar siasat siapa yang punca ini.
“Tapi ada suara macam saya. Saya tak peduli. Nyata ada
usaha untuk memfitnah, merekayasa dengan lebih canggih supaya dengan KEADILAN
orang tanya (persoal), DAP atau Amanah akan persoal. Nasib baik kita ini (dalam
PH) rakan setia dan tidak mudah tergugat dengan fitnah macam ini,” katanya
dalam ceramah pelancaran Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama
KEADILAN Selangor di Shah Alam, malam tadi.
Menurut Pengerusi PH itu lagi, taktik tersebut sebenarnya
mendedahkan betapa gundah gulananya rejim PN untuk mempertahankan kuasa
sehingga sanggup menggunakan apa sahaja cara bagi melemahkan lawan politik.
“Zahid pagi tadi menafikan keras. Saya malam ini ingin
menyatakan, bukan sahaja penafian, tetapi ternyata ia ini menunjukkan betapa
gundah gulananya pimpinan negara ini mencari apa sahaja tipu helah.
“Dia dah ugut, beli orang, tak makan. Maka dia sebarkan
fitnah. Bukan taktik baru, taktik lama. Kita harus matang dalam hal ini. Saya
percaya kita hadapi dengan berani dan nyatakan ini tidak akan menggugat usaha
kita untuk mencabar mereka dan mendedahkan penipuan serta rasuah dan
penyelewengan dan ketakutan mereka menghadapi rakyat,” katanya lagi.
Semalam tular dalam kalangan pimpinan dan penyokong Umno
kononnya audio perbualan antara Zahid dan Anwar mengenai Perhimpunan Agung Umno
(PAU) lebih seminggu lalu.
Dalam audio itu terdapat suara kononnya Anwar memuji Zahid
dalam menekan PN melalui PAU. Bagaimanapun pendedahan audio seperti itu
dikritik netizen yang menganggap ia hanya akan menyebabkan orang luar kurang
percaya kepada sekuriti maklumat di Malaysia.
No comments:
Post a Comment