KENYATAAN MEDIA
Saya ikuti pendedahan yang dibuat Tan Sri Abdul Hamid Bador tempoh hari terkait Institusi Kepolisian negara
Pendedahan tersebut amat mendukacitakan serta telah mencemarkan
nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang, PDRM seharusnya bersifat bebas daripada campur tangan politik.
Campur tangan yang berlaku ini secara tidak langsung membuktikan pemerintah yang tiada keabsahan ini menggunakan pelbagai cara dan helah untuk berpaut pada kuasa.
Langkah ini juga telah merobek keyakinan rakyat sehingga boleh menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti PDRM saat ini.
Saya menggesa siasatan menyeluruh dan lengkap dilakukan bagi menyiasat pendedahan ini, dan pemerintah mesti menjawab segala dakwaan sesegera mungkin.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment