Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil berkongsi di Facebook klip temu bual media Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, berserta gambar yang memaparkan Muhyiddin tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai.
PETALING JAYA: Seorang
pemimpin Barisan Nasional (BN) menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
menjelaskan tindakan yang diambil terhadap “orang besar” yang dipaparkan dalam
gambar tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
“Orang besar” yang
dimaksudkan adalah Muhyiddin sendiri.
Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil berkata dalam sebuah
catatan di Facebook, Perdana Menteri perlu menjelaskan hal ini supaya tidak
timbul “kegentaran awam”.
Isham membuat gesaan itu susulan temu bual media dengan
Muhyiddin malam tadi, apabila beliau berkata tindakan akan diambil terhadap
sesiapa sahaja yang melanggar peraturan Covid-19.
“Kita tidak amalkan layanan dua darjat. Tidak kira sama ada
menteri atau perdana menteri, sesiapa yang langgar (peraturan Covid-19), dan
kita ada bukti ikut undang-undang, mereka takkan terlepas hukuman,” katanya
dalam temu bual yang disiarkan di televisyen.
Susulan itu, Isham berkongsi di Facebook klip temu bual
tersebut, berserta gambar yang memaparkan Muhyiddin tidak memakai pelitup muka
di khalayak ramai.
Gambar berkenaan memaparkan Muhyiddin tiba di mesyuarat Bersatu
Johor pada 31 Mac.
Laporan berita bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat itu, dan
gambar menunjukkan ketibaannya diterbitkan di beberapa portal berita, termasuk
Kosmo!, Utusan Malaysia, dan Sinar Harian.
“Sudah hampir dua bulan ada orang besar itu dilihat langgar SOP
tetapi sehingga kini apakah tindakan yang diambil?”
“Habis ini macam mana cerita?” soal Isham di Facebook.
Mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan
berkaitan Covid-19, individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam
akan dikompaun RM1,500.
No comments:
Post a Comment