Malaysia disenarai penerima vaksin Covax AS
PETALING
JAYA: Amerika Syarikat (AS) akan menyumbang sebanyak tujuh juta dos vaksin
Covid-19 ke Asia melalui Covax dan Malaysia turut termasuk dalam senarai
penerima.
Dalam
satu kenyataan, Presiden AS, Joe Bidden mahu menjadikan AS sebagai gudang
vaksin untuk dunia bagi membantu mencapai imuniti bagi masyarakat dunia.
“Dalam
usaha untuk merealisasikan perkara itu, pentadbiran AS akan mengambil beberapa
langkah tambahan dengan penyediaan kos yang cukup tinggi untuk Covax.
“Sumbangan
bekalan vaksin AS kepada dunia ini diharapkan dapat mendorong negara lain untuk
melakukan perkara yang sama serta bekerjasama dengan pengeluar AS untuk
meningkatkan pengeluaran vaksin seluruh dunia,” katanya.
Selain
itu, sumbangan itu turut diharapkan dapat membantu lebih banyak negara
mengembangkan kemampuan mereka sendiri untuk menghasilkan vaksin termasuk
melalui sokongan rantaian bekalan global.
“Strategi
vaksin ini adalah komponen penting strategi global kita secara keseluruhan
untuk memimpin dunia dalam perjuangan mengalahkan Covid-19 termasuk
bantuan kesihatan awam bagi menghentikan penyebaran.
“Dengan
vaksinasi itu, ia dapat menguatkan keupayaan kesihatan awam secara global dan
sentiasa bersedia meningkatkan tahap ketahanan diri bukan setakat virus
Covid-19 tetapi juga virus lain yang mungkin wujud di masa depan,” katanya.
Secara
keseluruhannya, lebih kurang enam juta dos untuk Amerika Selatan dan Amerika
Tengah iaitu Brazil, Argentina, Colombia, Costa Rica, Peru, Ecuador, Paraguay,
Bolivia, Guatemala, El Salvador, Honduras, Panama, Haiti dan negara Komuniti
Caribbean (CARICOM) serta Republik Dominika.
Sementara
itu, lebih kurang tujuh juta untuk Asia iaitu India, Nepal, Bangladesh,
Pakistan, Sri Lanka, Afghanistan, Maldives, Malaysia, Filipina, Vietnam,
Indonesia, Thailand, Laos, Papua New Guinea, Taiwan dan Kepulauan Pasifik.
No comments:
Post a Comment