50 TAHUN SELEPAS DEB, KEKAYAAN DAN ETNIK TERBAHAGI
Dibentangkan di
parlimen 50 tahun yang lalu sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia
Kedua pada 12 Julai 1971, DEB dipromosikan sebagai strategi 20 tahun kerajaan
untuk mengurangkan kadar kemiskinan secara menyeluruh dan menyusun semula
ketidakseimbangan masyarakat yang menjadi pencetus kepada rusuhan kaum 1969.
Walaupun secara rasmi
DEB berakhir pada 1990, ia telah meletakkan asas untuk tindakan afirmatif
berdasarkan kaum yang terus berlaku dalam dasar kebangsaan hingga hari ini.
Pengurangan kemiskinan,
kelas menengah Melayu yang semakin meningkat
Melihat 50 tahun ke
belakang, salah satu langkah yang banyak digunakan oleh penyokong DEB bagi
menunjukkan kejayaannya ialah penurunan kadar kemiskinan negara, terutama dalam
kalangan bumiputera.
Pada 1970, kira-kira
separuh daripada populasi negara hidup dalam kemiskinan. Antara tiga kumpulan
utama etnik, bumiputera - terdiri daripada orang Melayu dan penduduk peribumi -
adalah yang paling miskin, dengan 65 peratus daripada mereka hidup dalam
kemiskinan.
Pada tahun 1990 -
iaitu akhir DEB - hanya ada 15 peratus penduduk yang miskin dan hanya satu per
lima lima bumiputera terlibat dalam kelompok tersebut.
Kelas menengah Melayu
juga berkembang pada masa yang sama, daripada 12.7 pada 1971 menjadi 27 peratus
pada 1990.
Kini mungkin ada sebahagian dari "kelas menengah (bumiputera) yang dilupakan", dengan perbezaan kekayaan dalam masyarakat bumiputera nampaknya kian melebar.
"Kami ada dengar
kerajaan mengumumkan sejumlah besar dana (untuk membantu usahawan bumiputera)
tetapi ketika kami cuba untuk memohonnya, lain pula ceritanya," kata
Safwan.
Walaupun DEB awalnya
dipertimbangkan sebagai cara untuk memastikan "dalam satu generasi"
bumiputera menjadi "rakan kongsi penuh dalam kehidupan ekonomi
negara", matlamat akhir yang ditetapkan di atas kertas ialah ekuiti
korporat namun ia tetap sesuatu yang jauh dari gapaian pengusaha kecil
bumiputera.
Ketika DEB
dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976, sasaran yang ditetapkan
adalah untuk 30 peratus ekuiti dimiliki bumiputera, di samping 40 peratus di
tangan bukan bumiputera dan 30 peratus pihak asing.
Sasaran 30 peratus
adalah tinggi ketika ekuiti korporat bumiputera pada 1970 hanyalah dua peratus.
Pakar yakin sasaran tersebut belum dapat dicapai sehingga ini.
Pengarah Program
Kajian Malaysia di Institut Ideas-Yusof Ishak, Lee Hwok Aun, berkata pencapaian
tertinggi dasar itu ialah pada tahap 23.4 peratus dan dicatatkan pada 2011
namun menurun kepada hanya 16.2 peratus pada 2015.
Ia termasuk ekuiti
yang dimiliki oleh individu bumiputera dan agensi amanah. (Lihat carta di
bawah)
Negeri bumiputera
masih miskin
Seorang penyelidik
yang rajin mendalami DEB ialah profesor ekonomi politik Universiti Malaya,
Edmund Terence Gomez.
Katanya selama
bertahun-tahun, jauh daripada merapatkan jurang, DEB sebaliknya mewujudkan
"ketidaksamaan ruang" dengan kemiskinan yang lebih tinggi dicatatkan
di negeri-negeri dominan Melayu-bumiputera.
“Jika anda melihat
negeri-negeri termiskin di negara ini, mereka adalah Kelantan, Terengganu, Kedah
dan Sabah. Ini semua negeri yang dikuasai bumiputera.
“Sekiranya DEB masih
ada sekarang, ia atau dasar seupama DEB menyasarkan bumiputera itu akan berusia
50 tahun. Mengapa negeri yang majoriti bumiputera masih menjadi negeri
termiskin?" soalnya.
Data Jabatan
Perangkaan menunjukkan ekonomi tertumpu di wilayah Kuala Lumpur dan Selangor
yang menyumbang kepada 40 peratus KDNK tahunan pada 2018, sementara
negeri-negeri majoriti bumiputera seperti Kedah, Kelantan, Pahang, Sabah dan
Sarawak jauh ketinggalan.
Gomez mengaitkan
keadaan tersebut kepada akses yang tidak seimbang apabila peruntukan yang
ditujukan untuk orang miskin "dirampas" oleh orang lain dalam
kedudukan yang lebih istimewa melalui amalan digelarnya "kapitalisme
kroni".
"Orang yang
memerlukan tidak mendapat bantuan dan itulah sebabnya sekarang kita hadapi
masalah jurang perbezaan yang kita bicarakan," katanya.
Kesan rasuah pada agenda bumiputera ada dibangkitkan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diusahakan Putrajaya dan menjadi dokumen dasar yang menetapkan agenda nasional seperti DEB.
Di dalamnya, kerajaan
mengambil maklum sumbangan yang tidak seimbang dalam perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) jika dibandingkan dengan jumlah kontrak yang diberikan kepada
kumpulan itu sepanjang 20 tahun sehingga 2015.
Data kerajaan
mencatatkan perolehan, bekalan dan perkhidmatan bernilai RM1.1 trilion di bawah
Rancangan Malaysia Ke-7 hingga kesepuluh dengan lebih daripada 50 peratus
diperuntukkan kepada syarikat bumiputera.
Namun, pada 2015, PKS
bumiputera menyumbang kurang dasripada 9 peratus KDNK tahunan.
Sambil mengiktiraf
kejayaan tindakan afirmatif dalam pendidikan, Gomez berkata perkara yang sama
tidak dapat dinyatakan untuk penyertaan bumiputera dalam perniagaan, dengan
hanya menyebut satu atau dua nama terkemuka di antara 50 syarikat teratas di
Malaysia.
Dia berkata DEB juga
seperti telah kehilangan sasaran utamanya, katanya - untuk memupuk perpaduan
nasional.
Pengekalan dasar
berasaskan kaum di luar DEB bagaimanapun menyebabkan perdebatan berterusan
mengenai hak dan identiti, menurut Gomez.
"Ada rasa
terpinggirkan di antara beberapa segmen masyarakat," katanya, sambil
menambah ia mendorong kira-kira tiga juta rakyat Malaysia tinggal di luar
negeri, yang kebanyakannya adalah profesional.
"Sebilangan
mereka yang telah pergi, cukup menarik, adalah orang yang mempunyai kekayaan,
pendidikan dan mereka pindah ke luar negeri," katanya.
Katanya, perasaan
terpinggir bukan hanya antara etnik, antara bumiputera dan bukan bumiputera,
tetapi juga dalam kalangan sesama bumiputera.
"Di antara
bumiputera, itu kerana mereka tidak mempunyai akses kepada hak yang dimaksudkan
untuk mereka tetapi dirampas. Perbezaan kelas kemudian muncul dalam komuniti
bumiputera," katanya.
Menurutnya ia kemudian
menimbulkan ketidakpercayaan dan ketegangan hubungan antara etnik.
Penyalahgunaan DEB,
katanya, menyebabkan penurunan institusi awam termasuk sekolah, universiti dan
agensi kerajaan, menjadikan orang miskin - tidak dapat memperoleh alternatif
swasta - dengan pilihan yang lebih rendah.
Membangun semula kepercayaan antara
etnik dengan beralih ke dasar berdasarkan keperluan
Lima puluh tahun
setelah DEB diperkenalkan, masih ada kekurangan pendekatan "berdasarkan
bukti" dalam mengukur kesan dasar, termasuk tindakan afirmatif berdasarkan
kaum, kata Pengarah Eksekutif Institut Dasar dan Pengurusan Awam Antarabangsa
(Inpuma) UM, Shakila Parween Yacob.
Katanya ia menyukarkan
pembongkaran dasar berasaskan kaum, dan memupuk kepercayaan antara etnik.
Dia berkata
penyalahgunaan tindakan afirmatif selama puluhan tahun dalam komuniti
bumiputera menyebabkan tekanan yang teruk terhadap hubungan antara etnik,
terutama ketika didorong oleh kepentingan politik.
Katanya ia kelihatan
menyimpang dari visi inklusif Malaysia yang disokong oleh bapa pengasas
Malaysia, yang membawa kejayaan awal DEB.
"Saya percaya
kita tidak boleh lagi menggunakan dasar berdasarkan kaum. Ia mesti berdasarkan
bukti.
“Sekiranya seseorang
bertanya, 'mengapa kita perlu menolong orang Melayu?' maka kita dapat
mengatakan, nah, inilah datanya... inilah yang berlaku di Kuala Terengganu ’.
"Ini dapat
membina kepercayaan dalam kalangan etnik,” katanya.
Sejak awal pandemik
Covid-19, Shakila berkata jurang kekayaan yang ada bertambah besar, dengan
keluarga kelas menengah mengalami kehilangan pendapatan dan masuk ke kategori
B40.
"Ini membalikkan kejayaan yang kita lihat berlaku melalui DEB terutama dalam kalangan masyarakat Melayu," tambahnya.
Beralih dari dasar
berasaskan kaum ke dasar berdasarkan keperluan akan mengatasi kritikan bahawa
DEB dan warisannya meminggirkan masyarakat bukan bumiputera yang memerlukan.
Setelah menghabiskan
beberapa dekad bekerja dengan komuniti terpinggir dari pelbagai etnik, Timbalan
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan percaya Malaysia perlu beralih
kepada tindakan penegasan berdasarkan keperluan tanpa mengira etnik.
Katanya pengenalan DEB
pada 1971 untuk menyusun semula masyarakat yang tidak setara tinggalan Inggeris
adalah sistem yang betul pada masa itu.
Sebenarnya, dia
berpendapat, sistem kuota pendidikan yang kontroversi dirasakan oleh banyak
orang bukan bumiputera, menghukum mereka secara tidak adil dan menyukarkan
mereka memasuki universiti, juga membantu banyak pelajar India yang kurang
bernasib baik.
"Sekiranya ia
berdasarkan prestasi, kebanyakan tempat teratas akan pergi kepada kumpulan
etnik Cina (yang pada masa itu lebih beruntung dari segi ekonomi), dan
kebanyakan orang Melayu dan India akan menderita," katanya.
Kini beberapa dekad
selepas merdeka, katanya, melangkah dari dasar berasaskan etnik akan memastikan
setiap orang yang memerlukan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk
mendapatkan bantuan yang diperlukan.
"Ini akan
memastikan pertolongan bagi majoriti bumiputera Melayu sementara kaum India,
Cina dan etnik lain akan mendapat sebilangan besar bahagian masing-masing tanpa
merasa dipinggirkan," katanya.
Tetapi untuk
melakukannya memerlukan kesungguhan politik yang mungkin kekurangan dalam
masyarakat di mana politik identiti tetap menjadi asas, dan parti politik
berasaskan etnik menjadi pelakon utama.
Kuota masih penting,
tetapi objektifnya mesti jelas
Salah satu objektif
DEB ialah untuk menghilangkan identifikasi sektor dan industri dengan etnik
tertentu. Dengan kata lain, orang Melayu tidak hanya ditakdirkan menjadi
nelayan dan petani, mereka juga boleh menjadi sesiapa sahaja yang mereka
mahukan.
Untuk tujuan inilah
kuota perkauman ditetapkan di pelbagai sektor termasuk pendidikan dan
perniagaan.
Bagaimana kuota serupa
boleh digunakan hari ini untuk menghilangkan identifikasi etnik yang serupa
dengan pekerjaan tertentu, atau untuk memastikan perwakilan yang beragam di
sektor lain?
Ahli ekonomi, Muhammed
Abdul Khalid percaya adalah "hipokrit" untuk menentang kuota perkaum
bagi memajukan penyertaan bumiputera dalam bidang tertentu - seperti kuota
untuk wanita bumiputera dalam tenaga kerja.
Sebaliknya, hujah yang
sama dapat dikemukakan untuk kuota bagi memastikan penyertaan bukan bumiputera
di kawasan lain, seperti perkhidmatan awam yang kini dikuasai oleh bumiputera,
katanya dalam majalah tempatan Svara.
Pada 2016, ketika
berada di badan pemikir Khazanah Research Institute, dia bersama-sama membuat
kajian mengenai mobiliti sosioekonomi dan mendapati bahawa 73 peratus responden
bumiputera yang dilahirkan oleh ibu bapa di kuintil pendapatan isi rumah
terbawah, mengatakan mereka berada pada kedudukan lebih baik daripada ibu bapa
mereka.
Ini mungkin
menunjukkan bahawa tindakan afirmatif probumiputera menyumbang dalam beberapa
cara untuk membantu yang terburuk dalam masyarakat, dan itu tidak sepenuhnya
ditangkap oleh golongan elit.
Bagaimanapun kajian
yang sama mendapati sebahagian kecil orang India dalam kategori yang sama
dilaporkan mendapat kedudukan lebih baik daripada ibu bapa mereka.
Khalid berkata antara penambahbaikan yang
dapat dilakukan untuk memastikan hasil yang adil bagi semua orang ialah
menyediakan biasiswa kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan tanpa
mengira bangsa dan mengharamkan biasiswa khusus bumiputera untuk golongan kaya
di antara mereka.
Dia juga mengemukakan
langkah-langkah yang lebih ketat untuk memastikan kontrak kerajaan tidak
diberikan kepada syarikat "ali baba" yang dimiliki bumiputera
penyewa, yang sumbangannya hanya untuk meminjamkan nama mereka kepada syarikat
bukan bumiputera untuk membida projek.
Wawasan Kemakmuran
Bersatu 2030 dilaksanakan Putrajaya adalah laluan 10 tahun dengan matlamat yang
biasa - untuk menyusun semula ekonomi dan memastikan pengagihan kekayaan yang
adil.
Ia juga mensasarkan
PKS bumiputera, seperti syarikat Safwan, akan menyumbang kepada 20 peratus
daripada KDNK tahunan menjelang 2030.
Seperti sasaran ekuiti
yang ditetapkan oleh DEB pada awal tahun 1970-an, ia meletakkan sasaran yang
bercita-cita tinggi, dari hanya sembilan peratus pada tahun 2015.
Bagi pengusaha
bumiputera seperti Safwan dan perniagaan kecil seperti Petak, bagaimanapun,
2030 mungkin terlalu jauh untuk dilihat.
Matlamatnya hari ini
sama seperti PKS lain, bumiputera atau sebaliknya; dia hanya berharap dapat
bertahan daripada wabak yang sedang melanda ini.
No comments:
Post a Comment