July 31, 2021

 RANCANGAN SULIT KLEPTOKRAT

 

Sebelum ini UMNO telah membuat keputusan didalam Perhimpunan Agung untuk menolak Perikatan Nasional. Kemudian tak lama selepas itu Mahiadin mengumumkan perlantikan Naib Presiden UMNO ( Ismail Sabri ) sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 

Lantikan ini adalah bertujuan untuk membeli sokongan daripada ahli-ahli parlimen UMNO untuk menyokong Mahiadin supaya Mahiadin kekal kedudukannya sebagai perdana menteri.

Dalam pada masa yang sama, UMNO sehingga hari ini masih bermain tari dendang wayang didalam kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional kerana tidak mahu terpalit dengan kegagalan kerajaan tebuk atap pimpinan Mahiadin.

 

Rancangan penyamun didalam UMNO ini sebenarnya adalah untuk mengambil alih tempat Mahiadin dan mahu menjadi Perdana Menteri. Ini terbukti melalui satu klip audio mersyuarat AMPT UMNO yang tersebar baru-baru ini. Dalam klip itu ada suara yang menyatakan bahawa UMNO hanya menunggu masa untuk menarik sokongan untuk merebahkan Mahiadin seterusnya mahu mengambil tempat sebagai Perdana Menteri.

 

Kita semua tahu bahawa Zahid Hamidi ini adalah Presiden UMNO dibawah kawalan Najib Razak dan Zahid ini berperanan sebagai 'Bishop' yang dikawal oleh Najib. Najib yang pegang remote control dan sedang mengawal Zahid dan semua kepala-kepala didalam UMNO yang masih terhutang 'budi' dengan Najib. Secara taktikalnya, helah UMNO ini tidaklah susah untuk dibaca kerana kita dapat lihat sebelum ini UMNO banyak bagi kenyataan yang berbelit-belit umpanya kenyataan dibawah ini.

 

Pada 7 julai yang lalu UMNO dah bagi keputusan untuk menarik sokongan dari PN. Kemudian sekali lagi UMNO kata akan tarik sokongan daripada Mahiadin selepas 1 Ogos. Dan harini pula UMNO sekali bersilat bahawa masih sokong Perikatan Nasional tetapi tidak lagi menyokong Mahiadin.

 

Ini adalah strategi untuk menjadi Perdana Menteri supaya UMNO kembali berkuasa penuh didalam kerajaan dan dapat mengawal segala akses yang ada dalam negara ini.

 

Dan bila Mahiadin sudah tersepit dan dicop sebagai derhaka kepada AGONG, maka rancangan seterusnya adalah UMNO akan muncul sebagai hero dan penyelamat kerajaan Perikatan Nasional setelah Mahiadin berjaya ditumbangkan tak lama lagi.

 

Ini semua dalam perancangan elit para penyamun UMNO untuk kembali berkuasa penuh. Dan sekarang ini adalah soal taktikal dan urusan untuk membahagi jawatan dan kedudukan apabila berlaku rombakan kabinet baharu nanti untuk disusun oleh dinasour UMNO ini.

 

BERSATU pula sebagai satu parti kecil didalam kerajaan hanyalah dijadikan sebagai 'lapdog' supaya segala perancangan penyamun ini berjaya. Dan apabila segala perancangan elit ini berjaya, kerajaan kleptokrasi pimpinan penyangak akan kembali berkuasa semula. Maka segala kes-kes dimahkamah samada yang belum didakwa atau yang sedang didakwa akan dirubah dan dirombak semula mengikut kehendak kleptokrat yang berkuasa.

 

PAS seperti biasa , bak kata Ku Li PAS ini seperti pelacur yang akan menempel pada pihak yang mempunyai kuasa dan kedudukan untuk mendapatkan laba dan kepentingan mereka.

 

BERSATU juga akan berpecah berai bilamana sebahagian MP dari UMNO yang melompat ke BERSATU kembali semula ke sarang asal. Masing-masing mahu jaga kedudukan sendiri.

 

Rancangan halus kleptokrat ini masih lagi ontrack . Dan sekiranya rancangan ini berhasil, maka PH, PEJUANG, MUDA dan WARISAN kekal melopong sebagai pembangkang sehingga PRU 15 .

 

Akhirnya penyamun UMNO berjaya checkmate semua sekali. Namun UMNO harus ingat, percaturan ini tidak habis setakat itu sahaja kerana nyawa UMNO hanya mampu bertahan sehingga parlimen dibubarkan saja.

 

Jika berlaku pilihanraya, rakyat mungkin akan menghukum UMNO sekali lagi. Kerana UMNO juga sebahagian daripada pengkhianat, penderhaka dan juga #KerajaanGagal.

 

Saya bersungguh-sungguh mahu melihat PH bersatupadu didalam satu gagasan pembangkang kerana kamu semua berpotensi untuk menang dan selamatkan negara ini. Kalian adalah harapan kami semua .

 

No comments:

Post a Comment