SIDANG PARLIMEN KHAS TENTU KEABSAHAN MAHIADDIN MESTI DIADAKAN SEGERA, BUKANNYA SEPTEMBER
Kami, Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang bersependapat bahawa satu
sidang khas Parlimen mesti diadakan SESEGERA MUNGKIN TIDAK LEWAT DARI 9 OGOS
berasaskan Peraturan Mesyuarat 11(3) untuk membentang, membahas dan memutuskan
usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.
Kami tidak boleh menerima isu sokongan terhadap Perdana Menteri ini
ditangguhkan sehingga bulan September.
Adalah amat tidak munasabah bagi sebuah Kerajaan yang dipertikai
keabsahan dan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk melengah-lengahkan
proses menentukan sokongan di Parlimen.
Ini kerana kami mengambil kira keadaan pandemik yang terus
mencengkam rakyat, jumlah kematian akibat wabak COVID-19 yang terus meningkat
begitu tinggi setiap hari, situasi ekonomi yang terus lesu, dan persoalan
kestabilan kerajaan yang mesti diselesaikan sekarang.
Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawasanya usul undi
percaya tersebut wajib dibentang, dibahas dan diputuskan sekarang sekaligus
menamatkan isu keabsahan Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim
(Parti Keadilan
Rakyat, KEADILAN)
Mohamad Sabu
(Parti Amanah Negara,
AMANAH)
Lim Guan Eng
(Parti Tindakan
Demokratik, DAP)
Shafie Apdal
(Parti Warisan Sabah,
WARISAN)
Mukhriz Mahathir
(Parti Pejuang Tanah
Air, PEJUANG)
Wilfred Madius Tangau
(Pertubuhan Kinabalu
Progresi Bersatu, UPKO)
Baru Bian
(Parti Sarawak
Bersatu, PSB)
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
(Parti Ikatan
Demokratik Malaysia, MUDA)
Maszlee Malik
(Bebas)
No comments:
Post a Comment