KEPADA PEMUDA PEMUDI MALAYSIA
Terlebih
dahulu saya mohon maaf secara ikhlas. Generasi saya telah gagal mencapai
aspirasi membentuk satu masyarakat bersepadu, demokratik, adil, liberal dan
progresif yang termaktub dalam Rukunegara.
Kami
gagal menunaikan komitmen. Kami gagal membendung kemerostan masyarakat kita
walaupun terdapat tanda tanda nyata. Kami tersilap menaruh kepercayaan kepada
golongan politik yang memerintah!
Dan
apabila sebilangan kami bertaubat dan melancarkan initisiatif untuk
memulih usaha, kami tidak berkesan atau terlalu lewat.
Saya
minta maaf.
Kini
golongan anda sejumlah 9.8 juta merangkumi 50.1% penduduk dewasa. Berdasarkan
purata jangka hayat anda dijangka hidup di antara 35 hingga 55 tahun lagi. Masa
depan anda adalah di tangan anda sendiri. Jangan biarkan golongan politik kini
menentukan masa depan anda. Mereka telah gagal secara besar besaran! Mereka
telah membuatkan Rakyat sebagai peminta sedekah!
Politik
kita adalah berasaskan personaliti, bukan prinsip!
Mengetepikan
budaya politik berasaskan personaliti yang telah menghalang kemajuan masyarakat
kita. Fikir dan gubal ide anda berdasarkan lunas lunas tadbir urus yang baik. Golongan
anda mempunyai kekuatan demografi dan kemahiran teknologi demi membina satu
gabungan yang hebat untuk Negara.
Kini
terdapat beberapa kumpulan pemuda pemudi yang mulakan inisiatif baru bagi
melangkah ke hadapan. Sertai dan sumbanglah ide ide dan daya kepada kumpulan
sedemikian.
Kajisemula
kepercayaan dan persepsi sosial anda yang kian lama dianggap sebagai kebenaran!
Gunakan kekuatan anda bagi membina satu masa depan untuk semua Rakyat tanpa
mengira identiti. Lindungi Rakyat yang miskin dan terpinggir dengan penuh
hormat dan bermaruah.
Majoriti
Warga kita saling hormat menghormati satu sama lain, ramah dan berbudi. Mereka
sentiasa berusaha untuk mengukuhkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan
komuniti tempatan. Rakyat akan respon secara positif terhadap usaha murni orang
yang dipercayai beramanah. Ambillah langkah bagi membina satu Negara gemilang
yang kami idamkan tetapi tidak cukup berusaha untuk mencapai. Usahalah demi
membangunkan satu Negara aman dan berharmoni yang bakal disanjung tinggi oleh
seluruh dunia.
Kami
serahkan takdir Tanah Air ke dalam tangan anda. Semoga ‘kekuatan alam semesta’
bersama Anda.
No comments:
Post a Comment