Katanya Melayu orang budiman, tetapi mengapakah apabila diberikan mandat dia khianat. Sudah elok-elok masuk secara terhormat, dia pilih masuk pintu belakang yang dilaknat.
Diberikan amanah dengan gaji lumayan dia khianati amanah dan buat kejahatan. Sudah sinonim dengan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Diserahkan anak murid untuk
diajar, mereka cabul kehormatan. Lebih keji daripada haiwan.
Diberikan Kitab Suci
dan Hadis, mereka jaja sebagai modal politik untuk memenuhi nafsu dan gaya
hidup hedonisme.
Tidak ada hari berlalu tanpa
orang berbangsa Melayu dipasung, diheret ke mahkamah dan dipenjara macam haiwan
ganas kerana pelbagai angkara.
Apa sudah jadi dengan orang
Melayu yang dikatakan berbudi kerana bangsanya dan beriman kerana agamanya?
Ke manakah hilang Melayu yang dikatakan budiman itu?
Ingatkah lagi Melayu kepada cogan
kata "Suluh Budiman" yang menjadi misi suci Maktab Perguruan Sultan
Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan kebanggaan setiap orang
guru?
Atau Melayu mudah lupa?
Lagilah mudarat jika Melayu tidak
pernah tahu dan tidak pernah beringat.
No comments:
Post a Comment