MANA ORANG MUDA YANG HEBAT2?
DS Anwar Ibrahim umur 23 dah buka sekolah
Pada 1971 Ketika berusia 23 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim
dibantu oleh seorang ahli perniagaan bernama Daud Seman telah menubuhkan
sekolah Yayasan Anda Akademik di mana Anwar sendiri menjadi tenaga pengajar dan
juga guru besar sekolah tersebut.
Nama Yayasan Anda diambil sempena nama Anwar dan Daud.
Sedih melihat nasib anak bangsa Melayu ketika itu ramai yang
keciciran dalam peperiksaan dan terpaksa mengambil peperiksaan berulang kali,
dan kebanyakan mereka gagal maka beliau menubuhkan sekolah dengan bayaran yuran
hanya RM1 setahun bagi membantu mereka mendapat peluang kedua seterusnya dapat
melanjutkan pelajaran ke universiti.
Antara tenaga pengajar yang terlibat adalah sukarelawan,
pensyarah dan mahasiswa rakan-rakan Anwar yang sudi menyumbangkan tenaga demi
anak bangsa.
Sambutan sangat luar biasa dari orang ramai calon-calon Sijil
Pelajaran Malaysia (MSE) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (HSE)
yang mahu menuntut di Yayasan Anda, tetapi tempat terhad untuk mereka.
Akhirnya Yayasan Anda mewujudkan sistem pembelajaran Gaya Pos
untuk pelajar dari seluruh Malaysia. Sistem ini telah berjaya membantu ratusan
ribu pelajar seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian
tinggi selain mendapat kedudukan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta.
No comments:
Post a Comment