April 14, 2022

 RAFIZI TIDAK PERLU BERSIFAT TERLALU MANJA DALAM POLITIK

Salam reformasi kepada semua ahli majlis pimpinan pusat, ketua-ketua cabang, ranting dan akar umbi. Penamaan calon sudah selesai dan tiba masanya untuk berkempen walaupun masih ada tempoh untuk bantahan dalam beberapa hari ini. Sebagai ahli parti, amat memalukan melihat seorang calon timbalan presiden seolah-olah belum 'move on' dari kekalahan pada pemilihan yang lepas dan terus menyerang presiden secara terbuka barangkali didorongi perasaan takut akan dimalukan sekali lagi.

Mengapa Rafizi merujuk kepada pemimpin tempatan sebagai 'warlord' walhal mereka inilah tunjang jentera ketika pilihanraya setiap kali. Adakah Rafizi tidak berasa terhutang budi atau hormat pada ahli parti yang mungkin tidak sofistikated seperti beliau? Janganlah buat kesilapan merendahkan martabat ahli parti hanya kerana mereka lebih kepada on the ground dan bukannya terlalu idealistik dan selesa di dalam bangunan pejabat bernilai juta ringgit seperti Invoke.

Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding dan itu juga satu tanda bahawa akar umbi masih percaya kepada kepimpinan beliau. Jika Rafizi suka berkias tentang ada calon menggunakan nama Presiden, kenapa dia tidak calonkan diri sendiri untuk jawatan itu? Bukannya kita tidak tahu ada cubaan Rafizi untuk mengugut ketua-ketua cabang menyokongnya sekiranya bertanding jawatan Presiden. Agaknya setelah gagal meraih sokongan Rafizi mula meroyan di media.

Strategi dan hala tuju calon-calon pimpinan lain harus dihormati kerana itulah adat berpolitik. Rafizi masih gagal belajar adab di dalam parti atau bersikap pragmatik. Sudah lama merajuk sejak kalah pemilihan yang lalu tapi Rafizi masih belum ubah perangai cuma tubuhnya berbeza. Kalau luaran nampak elok tapi dalamnya rosak, kepimpinan sebeginilah yang akan merosakkan parti.

Barisan pimpinan yang dibawa oleh Rafizi bukannya muka-muka baru malah ada yang duduk di dalam biro politik! Di mana suara mereka ketika berbicara tentang strategi? Perlukah tunggu musim pemilihan baru nak terhegeh-hegeh menjenamakan diri sebagai membawa pembaharuan?

Imbas kembali saat Ketua AMK Akmal Nasir bersama macai-macai memperlekeh Anwar Ibrahim kemudian merombak AMK atas alasan persiapan demi PRU. Bukannya ahli parti tidak tahu mereka ini sering mendapat hidayah Invoke. Setiap kali tidak puas hati ke atas Presiden parti atau pimpinan lain yang tidak bersama Rafizi, ada saja hidayah Invoke untuk bertindak agresif.

Rafizi perlu fokus pada diri sendiri dan cubalah bersikap lebih matang. Kalau terlalu manja janganlah masuk gelanggang politik. Kamu kalah kerana tidak cukup sokongan sebelum ini, janganlah asyik menuding jari.

Semoga kita mengangkat parti bersama-sama dan memilih bakal pemimpin yang ada adab dan sifat rendah diri.

No comments:

Post a Comment