Anwar dedah apa berlaku di sebalik Langkah Le Meridien
Krisis dalaman Umno telah
mendedahkan kewujudan Akuan Berkanun (SD) yang telah ditandatangani oleh Ahli
ahli Parlimen Umno untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri ke 9 sejak 2 tahun lalu.
Namun rakyat masih belum pasti
apakah sebenarnya berlaku sehingga pihak Umno menukar calon PM mereka dan
kemudian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula yang dilantik sebagai PM pada
2021.
Bagi Datuk Seri Anwar, pengakuan
Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman beberapa hari lalu merupakan kebenaran
yang akhirnya muncul setelah 2 tahun pengumuman beliau memilik ‘strong,
formidable and convincing majority’ di Hotel Le Meridien yang kemudiannya
dikecam dan diperolok olokkan.
“Dulu saya hanya sebut saya
mempunyai jumlah yang mencukupi, convincing. Ini ramai yang memperolok tetapi
saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang lebih daripada itu kerana
melibatkan istana.
“Sekarang bila telah dibongkar, saya
tak tahu macam mana SD juga keluar. SD itu untuk Duli Yang Maha Mulia Yang
di-Pertuan Agong tetapi yang nyata ialah apabila saya sebut demikian jumlah itu
mencukupi, ini termasuk pembangkang. Tun Mahathir mungkin dia terlupa, dia pun
tandatangan menyokong.
“Jumlah itu keseluruhannya tidak
dikirim semuanya melalui saya. Ada yang diutus terus ke istana. Ini termasuk
yang disebut 15 dari Umno.
“Tetapi Pakatan Harapan masa itu
menyatakan, walaupun jumlah itu menjangkau sehingga 120 (kerusi), prinsip kita
tidak menerima SD daripada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid, walaupun dia
ada hak untuk tandatangan menyokong sesiapa ikut proses. Jadi tidak boleh
dijadikan ini isu kerana keputusan PH, kita tidak menerima walaupun diutus
kepada Agong. Kita ada (berpegang pada jumlah) 118,” katanya kepada wartawan
dalam satu program di Port Dickson, pagi tadi.
Bagaimanapun, menurut Pengerusi
Pakatan Harapan itu, gugurnya nama belau sebagai calon PM adalah kerana
pemimpin Umno yang telah menandatangani SD kemudiannya berubah fikiran kerana
beliau tidak mahu berkompromi ke atas badan kehakiman.
Anwar bertegas akan membiarkan
proses mahkamah berjalan ke atas mana mana pemimpin Umno yang telah didakwa,
sama ada dibebaskan atau didapati bersalah.
“Apa yang berlaku lepas itu adalah
saya diminta untuk memberikan kepastian bahawa urusan mahkamah terutama
melibatkan Datuk Seri Najib tidak diteruskan, dan saya harus guna kuasa saya
selaku PM mempastikan ini tidak diteruskan. Saya tidak bersedia melakukan itu
“Walaupun jumlah cukup dan laluan
untuk PM itu sudah cukup kuat, saya tidak bersedia untuk kompromi soal
kebebasan badan kehakiman.
“Saya didera kerana proses tercela,
saya tidak fikir ini wajar diteruskan di negara ini. Maka oleh demikian saya
nyatakan saya tidak sedia campur urusan badan kehakiman
“Kerana keputusan tegas saya itulah
Najib usulkan calon lain di saat akhir dan menafikan saya,” katanya.
Justeru, Anwar menyerahkan kepada
pertimbangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum berikutnya untuk membuat keputusan
sama ada memilih pemimpin berintegriti atau yang sedia mengkompromikan prinsip
perjuangan demi jawatan PM.
“Tetapi saya masih yakin ini
keputsuan rakyat. Kalau politik kita masih bergantung kepada mereka sehingga
terpaksa korbankan tunggak Perlembagaan dan badan kehakiman, saya tidak
bersedia,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment