NAJIB BUKAN PERAWI SAHIH ISU SKANDAL LCS
Skandal pembinaan
kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang menjangkau
seminggu sejak didedahkan semakin mendapat ulasan pelbagai pihak, dari kalangan
menteri, golongan profesional sampailah ke rakyat biasa
Namun pada sisi lain,
bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika kontrak kapal tersebut
diluluskan, Najib Razak bermati matian untuk membersihkan namanya dan kerajaan
BN yang kononnya tidak bersalah sama sekali.
Malah hujah Najib
seolah olah apa yang dilakukannya adalah untuk memudahkan pembinaan kapal
tersebut biar pun rakyat maklum pelbagai masalah berlaku apabila kerajaan
membenarkan syarikat yang membekalkan kapal selam Scorpene terlibat dalam
membina LCS.
Bagi Ketua Pembangkang
Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata kata Najib amat tidak layak
didengar dan rakyat tidak seharusnya termakan hujah beliau yang berbelit belit.
“Datuk Seri Najib
bukan perawi (rujukan) yang sahih. Kalau nak tanya, tanyalah (lihat) apa yang
dilakukan oleh Jawatankuasa Kementerian Pertahanan semasa Datuk Seri Ismail
Sabri (menjawat) Menteri Pertahanan. Dia kemukakan laporan pada 3 Ogos 2020.
“Jawatankuasa
Kementerian Pertahanan telah mengenalpasti beberapa kelemahan dan masalah pada
ketika itu. 3 pilihan dibeeri termasuk pembatalan projek
“Kemudian Jawatankuasa
Kira kira Wang Negara (PAC) Parlimen yang juga mengambil pandangan (daripada)
audit forensik. Ingat debat dengan Najib dulu, yang paling dia takut ialah
audit forensik.
“Saya tak peduli siapa
salah (dalam skandal LCS). Saya nak kenal pasti siapa bertanggungjawab
mengambil keuntungan, komisen dan membuat kerosakan,” kata Anwar dalam sidang
media petang tadi.
Menurut Ahli Parlimen
Port Dickson itu lagi, Najib sepatutnya tidak lepas tangan dan memberikan
penjelasan terperinci mengenai pelbagai isu berhubung projek LCS, termasuk
punca bayaran sebesar RM6 bilion dilepaskan oleh kerajaan ketika itu sedangkan
progres pembinaan kapal amat lembab.
“Najib Menteri
Pertahanan tidak boleh lepas tangan. Sebab itu kita minta SPRM menyegerakan
tindakan. Laporan PAC itu diedar kepada Ahli Parlimen, kita baca.
“Soal yang saya
tekankan bukan LCS sahaja. Tetapi setiap projek mega mesti ada rompakan. Ini
apa punya jenis negara yang biarkan perkara ini berlarutan? macam mana selesai?
Cara selesai selamatkan Melayu, gerakan Melayu.
“(Bagi saya) cara
selesai buang pemimpin Melayu, Cina India, Iban yang merosakkan negara dengan
rompakan ini. Itu pendirian kita,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment