November 23, 2022

 

BENTUK KERAJAAN PERPADUAN PH - PN


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Yassin menolak cadangan terbaik Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

 

Menurut laporan berita Astro Awani, Muhyiddin mengakui Agong mencadangkan satu kerajaan yang bersatu padu untuk rakyat pelbagai kaum dibentuk, tetapi beliau tidak ingin melakukannya atas dasar perjuangan PN.

 

".... kerana dikatakan tidak ada satu pun mempunyai jumlah bilangan mencukupi Tuanku mencadangkan kita kerjasama dengan PH membentuk kerajaan perpaduan. Tetapi kami berbincang perkara itu, kami tidak akan kerjasama dengan PH. Atas tujuan apa sekali pun, kita tidak setuju

 

"Kita diminta untuk tandatangan dokumen (oleh Agong) supaya kalau kami bersetuju. Saya sain tetapi di atas jawab tidak bersetuju," katanya

 

Perkataan itu bertentangan dengan sidang media Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelumnya yang bersetuju satu kerajaan inklusif dibentuk mengambil kira semua bangsa dan wilayah.

 

Katanya beliau, konsep kerajaan perpaduan telah dibangkitkan oleh Agong sejak 2021 dan melibatkan semua pihak namun Muhyiddin mahu pun Ismail Sabri tidak melakukannya

 

"Yang di-Pertuan Agong sejak dahulu menitahkan agar kerajaan perpaduan dibentuk samada semasa (Datuk Seri) Ismail Sabri membentuk kerajaan dan juga semasa (Tan Sri) Mahiaddin. Tetapi mereka tidak patuh," katanya.

 


No comments:

Post a Comment