BELAJAR JADI PEMBANGKANG
Hampir sebulan Pilihan Raya Umum ke 15 tamat seharusnya peranan pembangkang PN adalah menentukan pembinaan semula negara berjalan dengan lancar sebagai pengawas kepada kerajaan memerintah, bukannya terus berpolitik adu domba.
Menurut Ahli Parlimen Segamat,
Yuneswaran Ramaraj, pihak pembangkang wajar berhenti seketika berpolitik
sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan
Perpaduan menangani pelbagai masalah melanda rakyat.
Selain itu, beliau juga
mempersoalkan kewibawaan PN sebagai gabungan yang pernah mentadbir kerajaan
sebelum ini, sepatutnya PN mampu menjadi pembangkang yang berkesan demi
memastikan dasar yang penting dilaksanakan dengan baik
“Sepatutnya mereka (PN) menjadi
pembangkang yang lebih efektif dengan memberi nilai tambah, dan mereka juga
perlu memberikan idea-idea yang lebih baik. Itulah yang sepatutnya dimainkan
oleh pembangkang.
“Apa yang saya nampak sekarang, PN
lebih kepada berpolitik dan tidak membincangkan soal dasar,” katanya kepada
Malaysia Dateline.
Katanya lagi, kritikan pembangkang
terhadap penyelesaian isu-isu rakyat yang sedang diusahakan oleh Kerajaan
Perpaduan sekarang ini cukup membuktikan bahawa PN tidak prihatin dan peka
dengan keperluan rakyat.
Antara Menteri yang kini mendapat
perhatian rakyat ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke apabila banyak
peralatan kemudahan awam di stesen-stesen LRT dan MRT telah dibaiki dalam
tempoh seminggu beliau mentadbir sistem pengangkutan di Malaysia.
Sementara itu, Yuneswaran berkata
sekarang tibalah masanya untuk Kerajaan Perpaduan bekerja dan berbakti kepada
rakyat meskipun sebelum ini PN turut berpeluang memerintah tetapi tiada
penyelesaian dilakukan oleh mereka.
“Kalau tiada perkara hendak kritik
atau semata-mata hendak politikkan segalanya. Nanti tidak nampaklah pengurusan
atau pentadbiran yang telah dilakukan oleh kerajaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment