July 20, 2024

 

DOA BUKAN UNTUK MENUNJUK-NUNJUK, APATAH LAGI BERPOLITIK 

- Mufti Perlis


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan doa yang dipanjatkan kepada ALLAH SWT bukan untuk menunjuk- nunjuk kepada pihak lain, apatah lagi untuk berpolitik dalam berdoa.

Beliau berkata, tiada siapa yang dapat memakbulkan doa melainkan ALLAH SWT sahaja.

"Doa merupakan permohonan hamba kepada Pencipta yang memiliki segalanya.

"Ia merupakan luahan hajat dan keinginan hamba yang memohon agar tuhan memustajabkannya," katanya dalam status yang dimuat naik di Facebook milik beliau pada Sabtu.

Menurut beliau, doa dipohon dalam keadaan pasrah dan rendah diri seorang hamba.

"Apa yang tersimpan dalam dada seorang hamba ketika berdoa hanyalah harapan yang sepenuhnya kepada ALLAH Maha Agung semata, tidak kepada sesiapa," katanya.

Pada Khamis, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) membaca doa Qunut Nazilah selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan keputusan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan.

Bacaan itu dipimpin Zulkifli Islam (PN-Jasin) yang juga pemimpin Pas Melaka dan dibacakan di dalam Dewan Rakyat sebaik persidangan ditangguhkan untuk rehat.

 


 

No comments:

Post a Comment