HARI KEDUA PMX DI TIANJIAN
Anwar bersama Wan Azizah disambut Presiden China, Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan semasa menghadiri Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak SCO 2025 di Pusat Konvensyen Tianjin Meijiang (TMCC) pada Ahad.
TIANJIN (China) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan memfokuskan kepada usaha memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia
serta mengulangi semula komitmen negara terhadap multilateralisme, pada hari
kedua lawatan kerja beliau di sini.
Program beliau hari ini bermula dengan penyampaian
syarahan umum bertajuk "Sovereign Interdependence: Building a Shared
Future in Asia”, di Universiti Tianjin iaitu universiti moden tertua di China.
Selepas syarahan umum itu, Anwar yang juga Menteri
Kewangan akan mengadakan pertemuan perniagaan secara bersemuka dengan dua
syarikat terkemuka China iaitu Rianlon Corporation dan China Communications
Construction Company Limited (CCCC).
No comments:
Post a Comment