January 23, 2026

 KERAJAAN TARIK BALIK RUU PSB


Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) 2025 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang lalu, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam sidang media hari ini, Fahmi yang merupakan jurucakap kerajaan berkata keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan beberapa pindaan dilakukan terhadap RUU berkenaan untuk “ditambah baik”.

Dia berkata, kabinet mengambil keputusan itu selepas mengambil kira perbahasan para ahli Parlimen di Dewan Rakyat, serta maklum balas daripada Umno dan anggota kabinet yang lain.

“Jemaah menteri setuju RUU ini ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa pindaan yang akan diteliti, dibincang dan diputuskan oleh jemaah menteri (kemudian)

“Ia seterusnya akan dibentang semula dalam bentuk baru di Parlimen,” katanya.

Fahmi berkata cadangan udang-undang tersebut akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara untuk dipinda dan kemudian disemak oleh kabinet sebelum dibentangkan semula di Dewan Rakyat.

 


January 14, 2026


 PERKUKUH HAL EHWAL ISLAM


DS Anwar mengiringi Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74


Kerajaan MADANI komited untuk terus memperkukuh pengurusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan berteraskan semangat musyawarah antara negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta nilai dan aspirasi Malaysia MADANI bagi memastikan kesejahteraan umat Islam terus terpelihara, sekali gus menjamin keharmonian negara dalam jangka panjang.

Terdahulu, beliau berkongsi kehadirannya ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Mesyuarat ini mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dalam merangka keputusan strategik demi kepentingan umat Islam, sejajar dengan realiti masyarakat majmuk Malaysia.

"Titah dan nasihat Tuanku yang menekankan amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa di samping membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini," katanya dipetik.

Terdahulu, Sultan Nazrin menegaskan mengenai kepentingan untuk mengangkat dan menghormati keputusan dibuat MKI.

 


 SERANGAN GLOBAL TERHADAP TALIBAN 

Kenapa Amerika menyerang dan berundur dari Afghanistan? Ia bermula isu 9/11 atas nama melawan keganasan. Kesempatan konspirasi tersebut telah menghalalkan Amerika utk menyerang Iraq dan Afghanistan. Maka segala tindakan Amerika dilihat sebagai penyelamat kpd negara tersebut. Lihat bijakkan bagaimana mereka menghalalkan cara dgn melahirkan persepsi kpd masyarakat dunia  dgn putar belit sejarah yg dicipta oleh barat.

Pelbagai hujah mengatakan mereka tewas kerana budaya rasuah yg diamalkan oleh Amerika kpd pemimpin dan pegawai2 Afghanistan. Ada mengatakan Amerika telah membuat perjanjian damai dgn Taliban. Faktor utama Amerika meninggalkan bumi Afghanistan adalah kerana pembelanjaan yg terlalu besar. Mereka bukan tewas berperang. Amerika telah membelanjakan melebihi RM 2 trillion sejak 2002 utk tujuan ketenteraan dan pembangunan Afghanistan. Malah lebih 2 ribu tentera Amerika mati dan lebih 20 ribu cedera sepanjang tempoh 20 tahun tentera Amerika di bumi Afghanistan.

Amerika bermain persepsi menggunakan hak asasi wanita dlm perang psikologi terhadap Taliban 1.0. Begitu hebat barat menggunakan media utk memanipulasi bagi melahirkan persepsi. Sedangkan berapa ramai wanita Afghanistan dan Iraq dirogol oleh tentera Amerika dan kanak2 mati disembunyikan. 

Org kita ramai yg tidak tahu Taliban juga dibiayai oleh Amerika. Sepertimana dahulu sewaktu Jepun menjajah negara kita, British telah menyalurkan bantuan senjata kpd komunis utk menentang Jepun. Begitu juga Tok Janggut yg gambarnya mati tergantung dihukum kerana menentang penjajahan British. Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman itu juga adalah pejuang Melayu yg menentang British. Tapi British tidak kita dijadikan sebagai musuh negara.

Tiap2 tahun bila bulan kemerdekaan yg dimainkan filem atau drama tak habis2 kisah melawan komunis. Kenapa tiada siapa berani membuat filem atau drama mengenai perjuangan Tok Janggut dan Mat Kilau?

Taliban 2.0 berjanji bahawa wanita boleh bekerja, boleh berniaga, boleh pergi ke sekolah dan Universiti. Mengapa kita tidak boleh memaafkan kesilapan ideologi mereka bersifat ektrimis sebelum ini? Sdgkan datuk nenek kita dahulu ditampar atau dipancung oleh tentera Jepun kita boleh melupakannya.

Kisah paling menyayat hati apabila Jepun membawa ribuan org Melayu utk menjadi buruh kasar membina landasan keretapi maut Siam Burma. Lebih 100 ribu terkorban dan ribuan org Melayu mati di bumi Burma atau Myamar skg. Ada yg mati kerana malaria, cirit birit, kelaparan, kaki luka hingga bernanah.  

Persoalannya mengapa kita boleh forgive and forget kekejaman bangsa Jepun kpd datuk nenek kita dahulu. Skg kita boleh memuji dan memuja bangsa Jepun seolah tiada dosa mereka kpd datuk nenek kita. Baguslah kita boleh lupakan kisah silam dan maju ke depan. 

Cuma cuba bertanya kpd diri kita, mengapa kita hanya membenci komunis sehingga sekarang tetapi bukan kpd bangsa Jepun dan Inggeris? Ini semua adalah kerana persepsi. Jika org Melayu malas membaca dan berfikir apa yg dibaca atau didengar mereka akn mudah terkeliru propaganda pihak2 tertentu…

 

December 29, 2025

RASUAH RM5 JUTA DAN LAMBORGHINI 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta dan kereta mewah jenis Lamborghini melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.

Menurut sumber, bekas menteri terbabit datang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini bagi dirakam keterangan dan siasatan pada peringkat mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era Covid-19 berada dalam radar siasatan SPRM susulan dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat di sebuah kementerian, membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

 

December 25, 2025

KEJAYAAN YB FADHLINA SIDEK

Berikut adalah ringkasan kejayaan YB Fadhlina Sidek sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berdasarkan laporan berita dan kenyataan rasmi terkini: 

Kejayaan Utama dalam Sektor Pendidikan

1. Pelaksanaan Pendidikan Menengah Wajib

Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 telah diluluskan dengan persetujuan Parlimen untuk menjadikan pendidikan menengah wajib sehingga Tingkatan Lima.

 

Ini bermakna setiap kanak-kanak Malaysia mempunyai perlindungan undang-undang untuk kekal bersekolah sehingga tamat sekolah menengah, sekaligus mengurangkan kadar pelajar putus sekolah selepas Tahun Enam.

2. Reformasi Guru dan Penyelesaian Kekurangan Guru

Kementerian berjaya melantik hampir 53,000 guru baru, dengan kadar pengisian jawatan guru mencapai 98%, tertinggi dalam hampir sedekad, memastikan hampir semua kelas di seluruh negara mempunyai guru yang mencukupi.

       Isu kekurangan guru yang kronik telah berjaya diatasi,           hasil reformasi bersama Suruhanjaya Perkhidmatan               Perguruan.

 

 3. Pengurangan Beban Kerja Guru

Sistem pengurusan tertentu telah dibubarkan untuk mengurangkan beban tugas guru, membolehkan mereka lebih fokus kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

 

4. Pembangunan Infrastruktur Sekolah

Pembangunan infrastruktur mencatat kemajuan penting termasuk:

44 sekolah baharu dibina,

44 projek pembaikan sekolah tamat dilaksanakan,

pelaksanaan inisiatif “sek21amat” dengan peruntukan tambahan untuk CCTV dan kakitangan keselamatan di sekolah.

 

 5. Intervensi Literasi dan Numerasi

Program intervensi untuk mengukuhkan kemahiran asas membaca, menulis dan kiraan (3M) menunjukkan hasil yang positif dengan bilangan murid yang berjaya menguasai 3M meningkat ketara berbanding sebelum pelaksanaan.

 

 6. Pengembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan prasekolah diperluaskan untuk memberi akses awal kepada semua murid, termasuk di kawasan luar bandar dan terpencil.

 7. Pencapaian Antarabangsa

Malaysia telah dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO (2025–2029), memperkukuhkan peranan negara dalam persatuan pendidikan antarabangsa.

 

 8. Agenda Pendidikan Masa Depan

Fadhlina turut mengetuai perancangan dan pelaksanaan Pelan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Kurikulum Sekolah 2027, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta pengukuhan STEM dan nilai sahsiah murid.

 

 Ringkasan Manfaat Utama

                 i.          Pendidikan menengah kini diwajibkan secara undang-undang

                ii.          Penyelesaian isu kekurangan guru dengan lebih ramai guru dilantik

              iii.          Pengurangan beban kerja guru untuk meningkatkan fokus PdP

              iv.          Perbaikan dan pembangunan infrastruktur sekolah

               v.          Intervensi literasi dan numerasi yang lebih efektif

              vi.          Pendidikan prasekolah diperluas

             vii.          Representasi Malaysia di persada pendidikan antarabangsa

 


December 21, 2025

 SUSULAN LANTIKAN

 

Menteri,

                 17 Melayu,

5 Cina,

2 India,

5 Bumiputera Sarawak dan

3 Bumiputera Sabah. 

9 PKR,

5 DAP,

2 Amanah,

8 Barisan Nasional (BN),

5 Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan

1 Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

 

Timbalan Menteri

10 Melayu

5 Cina lima

2 India dua

7 Bumiputera Sarawak

6 Bumiputera Sabah

 

 

December 16, 2025

 


DS Anwar menegaskan usaha membanteras rasuah, ketirisan dan penyeludupan di Dewan Negara

Usaha penguatkuasaan berteraskan integriti mencatat sejarah baharu di bawah Kerajaan MADANI apabila nilai rampasan, lucut hak dan kutipan penalti hasil membanteras rasuah, ketirisan dan penyeludupan mencecah RM15.5 bilion.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut merupakan yang tertinggi pernah direkodkan di negara ini.


Katanya, pencapaian jumlah berkenaan tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa komitmen dan amalan integriti yang kukuh.


"Isu integriti ini merupakan isu utama. Kalau tanpa integriti tidak mungkin nilai rampasan, lucut hak serta kutipan penalti berjumlah RM15.5 bilion dapat dicapai.


"Ini kali pertama dalam sejarah negara ini. Ini memberi gambaran bahawa sebelum ini nampak ada kelonggaran, kelompongan, mana mungkin dalam satu negara kita mampu mengutip RM15.5 bilion daripada ketirisan, rasuah, penyeludupan dan lain-lain," katanya di Dewan Negara hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Senator Amir Md Ghazali mengenai langkah Kerajaan dalam memperkukuh integriti dan ketelusan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam Agensi Penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Daripada jumlah RM15.5 bilion, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya mengumpul jumlah nilai lucut hak berjumlah lebih RM8 bilion.

 

Namun katanya, walaupun pelbagai isu berkaitan politik sering dihebahkan, tindakan tegas SPRM terhadap perasuah, kadangkala tidak mendapat sokongan, malah ada yang mempertahankannya termasuk dalam kalangan beberapa Ahli Dewan Rakyat sendiri.


"PDRM pula melibatkan nilai rampasan hasil penyitaan berjumlah hampir RM4 billion. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket haram dan penyeludupan dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM2.5 bilion.


"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) membuat rampasan dan kutipan penalti berjumlah RM1 bilion.


"Ini termasuk langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih berkesan termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," ujar beliau lagi.